DR. 1.7.20091
MALAYSIADEWAN RAKYATRabu, 1 Julai 2009Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagiDOA
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)
mempengerusikan Mesyuarat
]
_____________________________________________________________________________
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]:
Tuan Yang di-Pertua, Sebelum YangBerhormat Menteri bolehkah saya membuat pertanyaan kepada Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]:
Perkara apa, Yang Berhormat?
Datuk
Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]:
Perkara Parlimen, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]:
Dalam...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]:
Saya hendak buat pertanyaansahaja, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]:
Dalam keadaan sekarang inipertanyaan hanya boleh dibuat melalui
standing order
– peraturan mesyuarat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]:
Yalah, tetapi kerana kesuntukanmasa itu, hanya satu perenggan pertanyaan sahaja. Tuan Yang di-Pertua boleh jawab - jawab,tidak boleh jawab pun tidak apa.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]:
Baiklah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]:
Saya difahamkan, Tuan Yang di-Pertua, siaran langsung TV1 ini sekarang ia secara berpilih-pilih – setengah jam itu.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]:
Pembangkang langsung tidak ada.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]:
Saya difahamkan secara berpilih-pilih. Saya mendapat SMS daripada rakyat – tidak perlu saya jelaskan siapa, ada dua tiga SMS.Dia kata sudah tidak seronoklah. Biarlah macam yang lepas juga iaitu pada permulaan, daripadaawal hingga pukul 10.30 pagi. Kalau ada pergaduhan dan sebagainya biarlah rakyat menilai.Itulah sifat pembangkang, dia suka menghentam dan sebagainya. Penilaiannya kepadarakyatlah. Jadi, tidak perlulah RTM merasa bimbang apa-apa. Ini pandangan sayalah, TuanYang di-Pertua, daripada hasrat rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]:
Terima kasih, Yang Berhormat.Saya harap kementerian mengambil nota tentang perkara ini.
Leave a Comment