You are on page 1of 10

Nama : _____________________________________ Tarikh : ______________

SULIT 011
011
Bahasa
Melayu
LTS 2006
Set 1
50 minit

JABATAN PELAJARAN PERAK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


_____________________________________________

MODUL LEARNING TO SCORE UPSR 2006

011 – BAHASA MELAYU


Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.


2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

011 2006 Hak Cipta Unit Kurikulum JPN Perak SULIT


SULIT KERTAS 011

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B,
C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian,
tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 20


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

1 Encik Zainuddin hendak __________ bil elektrik dan bil


astro di pejabat pos.
A jelas
B menjelas
C menjelaskan
D memperjelas
Gambar 1

2 __________ riangnya Muhammad Nordin apabila melihat kepulangan abangnya


sekeluarga dari luar negara.
A Agak
B Sering
C Betapa
D Demikian

Soalan 3 berdasarkan Gambar 2

3 Puan Norehan menggubah dua __________ tuala untuk


dijadikan gubahan berbentuk dua __________ cendawan.
A helai ... kaki
B bidang ... pokok
C keping ... pasang

Gambar 2

Soalan 4 berdasarkan Gambar 3

4 “Bukan __________ caranya hendak menjadi seorang murid


yang cemerlang,” kata Puan Salmi kepada anaknya.
A selalu
B begitu
C mudah
D pernah
Gambar 3

2
SULIT KERTAS 011

Soalan 5 berdasarkan Gambar 4


5 Pak Samad __________ jalanya untuk menangkap udang
galah di sungai itu.
A membaling
B membuang
C menebar
D melabuh

Gambar 4

6 Sanak-saudara yang jauh mahupun yang dekat akan __________ semasa menyambut
hari raya puasa.
A tegur-menegur
B kenang-mengenang
C kunjung-mengunjungi
D pandang-memandang

Soalan 7 berdasarkan Gambar 5


7 Pak Cik Alias sedang __________ papan untuk dibuat
dinding rumahnya.
A meraut
B melarik
C mengetam
D menggosok

Gambar 5

8 Banyak pekerja di kilang elektronik itu telah __________ akibat kemelesetan ekonomi.

A berhentikan
B diberhentikan
C menghentikan
D memberhentikan

Soalan 9 berdasarkan Gambar 6


9 Razak meminta datuknya __________ buah durian kerana
dia sangat suka __________rasanya.
A membelah … pada
B mengupas … akan
C memotong … dengan
D mengopek … tentang
Gambar 6

3
SULIT KERTAS 011

Soalan 10 berdasarkan Gambar 7

10 Harwan Singh sedang __________ gambar pemandangan


di dalam biliknya.
A melukis
B melakar
C melorek
D menconteng
Gambar 7

11 “__________ ada usaha dan kesungguhan, kita boleh berjaya dalam semua bidang,” kata
Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Gerik kepada peserta Kem Gerak Gempur.
A Sementara
B Semenjak
C Sekiranya
D Semasa

Soalan 12 berdasarkan Gambar 8

12 Budak lelaki itu sedang __________ jambatan gantung di


kawasan hutan rekreasi itu.
A menaiki
B melintasi
C merentasi
D mengharungi
Gambar 8

13 “Semasa bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran sekolah, janganlah pula


ada yang mengambil kesempatan untuk __________,” kata Cikgu Ali.
A mandi peluh
B langkah kiri
C akal kancil
D curi tulang

Soalan 14 berdasarkan Gambar 9

14 Syahriman sedang __________ di kawasan air terjun pada


cuti hujung minggu yang lalu.
A bermadah
B bersantai
C bersenda
D bertapa
Gambar 9

4
SULIT KERTAS 011

Soalan 15 berdasarkan Gambar 10


15 Raja Mahmud akan mewarisi takhta kerajaan Mahawangsa
kerana baginda merupakan __________ negeri itu.
A anak tunggal
B anak gahara
C anak manja
D anak emas
Gambar 10

16 Nawawi, Kim Seng, dan Nathan berusaha bersungguh-sungguh untuk __________ projek
reka cipta itu.
A mendirikan
B menyiapkan
C mengindahkan
D membangunkan

Soalan 17 berdasarkan Gambar 11


17 Pak Cik Dollah memegang se __________ anak padi.
A gemal
B pokok
C batang
D rumpun
Gambar 11

Soalan 18 berdasarkan Gambar 12


18 Pihak polis __________ sijil penghargaan kepada Encik Ali
kerana membantu polis menangkap seorang peragut.
A menganugerahkan
B menghadiahkan
C menganugerahi
D menghadiahi
Gambar 12

Soalan 19 dan Soalan 20 berdasarkan Gambar 13


19 Kereta lembu merupakan kenderaan yang ________ pada
zaman dahulu.
A popular
B serasi
C antik

Gambar 13

5
SULIT KERTAS 011

20 Kereta lembu masih boleh dilihat di negeri Melaka. Perkataan seerti bagi kereta lembu
ialah __________.
A beca
B lanca
C tandu
D pedati

Soalan 21
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

21 Adakah peraturan sekolah ini akan kamu patuhi ?


A Benar, peraturan sekolah mesti kita patuhi.
B Ya, kami akan mematuhi peraturan sekolah ini.
C Ya, saya akan mematuhi peraturan sekolah ini.
D Tidak pasti sama ada mereka akan mematuhinya atau tidak.

Soalan 22
Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

22 Saya menyiapkan projek reka cipta itu selama tiga hari.


A Bilakah kamu menyiapkan projek reka cipta itu?
B Bagaimanakah kamu menyiapkan projek reka cipta itu?
C Benarkah kamu menyiapkan projek reka cipta itu selama tiga hari?
D Berapa lamakah masa yang kamu ambil untuk menyiapkan projek reka cipta itu?

Soalan 23
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

23 A Cili Sos Aminah Hassan memang lazat.


B Goreng pisang Mak Cik Lijah sungguh rangup.
C Mereka telah menyertai pertandingan Pop Kuiz baru-baru ini.
D Estet mini diwujudkan bagi membantu golongan miskin mengusahakan tanah mereka.

Soalan 24 dan Soalan 25


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

24 I Emak membeli bahan untuk membuat kek lapis.


II Fahmi mencari bahan untuk berhujah dengan pihak lawan.
III Farah Dila belajar menggunakan bahan perhiasan daripada kakaknya.
IV Bahan perbicaraan kes penyeludupan kereta import itu dihadapkan di mahkamah.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

6
SULIT KERTAS 011

25 I Karmila telah melancarkan lukisannya di bilik darjah.


II Kerajaan telah melancarkan kempen anti merokok baru-baru ini.
III Pasukan tentera darat telah melancarkan serangan ke atas kubu-kubu pengganas.
IV Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu mengadakan perjumpaan setiap hujung minggu
untuk melancarkan lagi perjalanan persatuan.
A II dan IV sahaja
B I, II dan III sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 26 dan Soalan 27


Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

26 “Saya tidak mampu membeli kasut sukan yang mahal itu,” kata Faris kepada Hashim.
A Faris memberitahu Hashim tidak mampu membeli kasut sukan yang mahal itu.
B Faris memberitahu Hashim bahawa dia tidak mampu membeli kasut sukan yang
mahal itu.
C Faris berkata kepada Hashim bahawa dia tidak akan membeli kasut sukan yang
mahal itu.
D Faris menjelaskan kepada Hashim apabila dia tidak mampu membeli kasut sukan
yang mahal itu.

27 Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah dapat diatasi jika mereka tidak memilih
kerja.
A Jika tidak memilih kerja semua siswazah tidak akan menganggur.
B Kalangan siswazah jangan memilih kerja, kelak berlaku pengangguran.
C Jika para siswazah tidak memilih kerja, masalah pengangguran dapat diatasi.
D Pengangguran berpunca daripada sikap kalangan siswazah yang memilih kerja.

Soalan 28 dan Soalan 29


Pilih ayat-ayat yang betul.

28 I Aduhai, sakitnya luka ini!


II Amboi, cantiknya lukisan kamu!
III Wah, pandainya kamu berlakon!
IV Cis, berani sungguh dia mencabar saya!
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

7
SULIT KERTAS 011

29 I Pantun ini kami tujukan khas untuknya.


II Mak Cik Safiah menjunjung bakul yang berisi padi.
III Keempat-empat orang itu adalah pegawai perangkaan.
IV Kesihatan mereka diawasi daripada semasa ke semasa.
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

Soalan 30
Pilih ayat yang betul.

30 A Di hari minggu, ayah membawa kami bersiar-siar.


B Burung-burung terbang di sarang apabila senja tiba.
C Para-para peserta dikehendaki melaporkan diri pagi esok.
D Budak itu hanya tersengih apabila dipuji oleh kawan-kawannya.

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hingga ke saat ini


hembusan bayu menerjah
tubuhku yang kerdil
namun langkahku tetap bersemangat
mencari sesuap nasi
demi keluarga tercinta.

Anak isteriku tetap menanti


rezeki yang kubawa
penuh resah dan gelisah
yang tersembunyi di lubuk hati
namun pasrah pada ketentuan Ilahi.

Kuredah lautan yang ganas


tanpa teman tanpa rakan
nyawa menjadi pertaruhan
demi memenuhi harapan keluarga.

Jauh di sudut hati


azamku terus membara
melihat anak-anak
menggapai kejayaan

8
SULIT KERTAS 011

31 Penulis menyara keluarganya dengan cara


A menangkap ikan.
B menternak ikan.
C menjual ikan.
D meraih ikan.

32 Suasana yang digambarkan oleh pemuisi dalam sajak di atas jelas menunjukkan bahawa
pada masa itu musim
A luruh.
B bunga.
C kemarau.
D tengkujuh.

33 Penulis terpaksa ke laut walaupun rakan-rakannya tidak berbuat demikian kerana


A dia perlu menyara keluarganya.
B dia seorang yang tabah dan berani.
C dia ingin meningkatkan taraf hidupnya.
D dia dan keluarganya berada dalam kelaparan.

34 Keluarga penulis berada dalam keadaan resah dan gelisah kerana


A risau akan penulis lewat pulang.
B bimbang akan keselamatan penulis.
C risau akan keadaan laut yang bergelora.
D bimbang akan penulis tidak mendapat hasil tangkapan.

35 Manakah antara yang berikut tidak benar tentang puisi di atas?


A Penulis tidak ada kerja lain selain daripada mencari rezeki di laut.
B Penulis telah karam di laut akibat dipukul ombak yang tinggi dan ganas.
C Penulis terpaksa ke laut walaupun dia tahu bahawa keadaan di laut berbahaya.
D Penulis yang hidup dalam kemiskinan sanggup menggadai nyawa demi keluarganya.

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bot yang kutunggu sudah tiba. Penumpang berebut-rebut memasukinya. Perut bot itu
hanya boleh memuatkan dua belas orang tetapi kini terdapat tujuh belas orang penumpang di
dalamnya. Semua penumpang tidak mahu beralah walaupun pemandu bot mengatakan bot
sudah terlebih muatan.
Pemandu bot terpaksa memulakan perjalanan. Bot tidak dapat bergerak laju kerana
menanggung muatan yang berlebihan. Aku membatukan diri walaupun perasaanku resah.

Aku memakai jaket keselamatan. Namun ada juga penumpang yang tidak berbuat
demikian kerana jaket yang disediakan tidak mencukupi. Laut mula bergelora. Aku semakin
resah apabila bot terumbang-ambing dipukul gelombang. Keadaan menjadi tidak terkawal
apabila ada penumpang yang menjerit ketakutan.

9
SULIT KERTAS 011

Tiba-tiba bot terbalik akibat pukulan ombak dan gelombang yang sungguh kuat. Aku dan
penumpang bot yang lain tercampak ke laut. Aku bernasib baik kerana memakai jaket
keselamatan. Kami berenang mencari pantai dalam keadaan laut yang bergelora.
Mujurlah ada sebuah bot yang kebetulan lalu di kawasan itu dan menyelamatkan kami.
Kami dibawa balik ke jeti. Walau bagaimanapun, dua orang penumpang mati lemas.
Pengalaman ngeri itu sukar untuk aku lupakan. Aku berharap agar tragedi itu tidak berulang
lagi.

36 Bot itu tidak dapat bergerak laju kerana


A terlebih muatan. .
B laut bergelora.
C enjin bot rosak
D terlanggar beting pasir.

37 Apakah yang menyebabkan “aku” begitu resah?


A Lambat sampai di destinasi.
B Takut akan ombak yang ganas.
C Tidak menyukai penumpang yang lain.
D Bimbang penumpang tidak memakai jaket keselamatan.

38 Apakah yang terjadi kepada penumpang apabila bot terbalik?


A Berenang mencari pantai.
B Menjerit meminta tolong.
C Menangis ketakutan.
D Terhumban ke laut.

39 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas.


A Keadaan dalam bot terlalu padat.
B Lima belas orang penumpang bot itu terselamat.
C Bot itu dinaiki oleh dua belas orang penumpang.
D Terdapat penumpang yang tidak memakai jaket keselamatan.

40 Perkataan tragedi dalam petikan di atas bermaksud


A cerita.
B sejarah.
C salasilah.
D peristiwa.

KERTAS SOALAN TAMAT

10

You might also like