Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
dato onn jaafar

dato onn jaafar

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 3,837|Likes:
Published by syafa qiesyaz
sesapa nak tau lebih lanjut tentang dato onn din jaafar amat dialu-alukan.......insyaallha sy akn sentiasa membantu....
sesapa nak tau lebih lanjut tentang dato onn din jaafar amat dialu-alukan.......insyaallha sy akn sentiasa membantu....

More info:

Categories:Types, Research, History
Published by: syafa qiesyaz on Aug 24, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/06/2011

pdf

text

original

 
Dato Onn Jaafar
(12 Februari 1895-19 Januari 1962). Beliau ialah pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO). Beliau dilantik sebagaiMenteri Besar   Johor pada1 Oktober  1946tetapi tiga tahun kemudian, meletakkan jawatan untuk  menumpukan perhatiannya kepada UMNO.
Isi kandungan
[sunting] Kehidupan awal
Dilahirkan diBukit Gambir ,Muar ,Johor , Dato Onn ialah anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad,Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara olehSultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar  sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayusebelum melanjutkan pelajarannya di England. Dato Onn bekerja sebagaiwartawanpada tahun1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman PendudukanJepun, Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.
[sunting] Kerjaya politik 
Dato Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajahBritish, tetapikemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.Pada 1-4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun diKelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur  untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentangMalayan Unionyang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yangmewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada1 Mei 1946. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakannasionalismeMelayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadiMenteri Besar Johor . Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya,UMNOberjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkanMalayan Union dan diganti denganPersekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syaratkerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi"Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan ituditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidanganMajlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada25 -26 Ogos 1951.
 
Dato Onn kemudian menubuhkanParti Kemerdekaan Malaya(IMP) pada 26 Ogos,1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkanParti Negarabagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama diPersekutuan Tanah Melayupada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperolehsokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapatsokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, DatoOnn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjayamendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala TerengganuSelatan dalamPilihan Raya Umum 1959dengan bantuan parti PAS.Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka ialah AllahyarhamTun Hussein bin Dato' Onn. Beliaumeninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah,  Johor Bahru,Johor .
[sunting] Garis masa
1895: Dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru .
1901Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana Johor.Belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris.
1902Ibunya Rugayah meninggal dunia
1903Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England . Dia ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor.
191025 Mac kembali ke Johor dengan perawakan Barat.
1910-1911Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar agar 'diMelayukan'.
1911 Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .
1911 Berkahwin kali pertama Rafeah Abdullah ( gadis Cina, anak angkat bapanya).Mendapat 4 anak dan isterinya meninggal dunia.
1915Berkahwin kali ke-2 dengan Che Jamilah dan mendapat anak - Ismail bin Onn.Isterinya meninggal dunia.
Berkahwin kali ke-3 dengan Che Kah, seorang pelakon Bangsawan.
1917Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati,Singapura- markas JMF. Pangkat Leftenan.
1919Berkahwin kali ke-4 dengan Halimah Hussein , janda adiknya.Mendapat 3 anak termasuk Hussein Onn.
1920Bekerja semula di Pejabat Pnasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920 kerana membidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.
1922Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor kerana pujukan Tengku Ismail.
1923Pegawai di Pejabat Tanah Muar 
1924Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00.
1927Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai British menahanelaun RM200.00 setahun, tidak diberi motokar kerajaan dan tidak disediakan rumahkerajaan sedangkan pegawai British mendapat pelbagai kemudahan.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->