You are on page 1of 2

RPH Pengajaran Wang Tahun 4

Mata Pelajaran : Matematik Tarikh Masa Kelas Bil. Murid Tajuk Pengetahuan Sedia Ada : 9/12/2013 : 8:00 a.m. ~ 8:30 a.m. : Tahun 4 : 15 orang : Penolakan Wang hingga RM10,000 : Murid dapat melakukan operasi penolakan semasa pelajaran nombor perpuluhan yang lalu.

Hasil Pembelajaran : Murid dapat menolak sebarang nilai wang daripada sejumlah wang hingga RM10,000 Murid dapat menganggar baki atau beza nilai wang hingga RM10,000 Kemahiran Berfikir Penerapan Nilai Alat Bantu Mengajar : Wang kertas, gambar barang jualan : Keyakinan diri dan bekerjasama : Menganalisis, penyelesaian masalah dan menjana idea

Langkah Set Induksi

Isi Kandungan Lakonan jual-beli dan mengembalikan baki

Aktiviti P&P Guru memanggil dua orang pelajar untuk melakonkan aktiviti jual beli. Pembeli: Berapakah harga buah ini? Penjual : Harganya seringgit lima puluh sen sebiji. Pembeli: Berikan saya empat biji, ya. Penjual : Baiklah, semuanya enam ringgit sahaja, encik. Pembeli: Terima kasih, ini wangnya sepuluh ringgit. Penjual : Sebentar encik, ini wang bakinya empat ringgit, terima kasih.

Catatan ABM: Gambar buah delima, wang 50 sen, RM1, RM10, RM5

Langkah 1

Perkembangan

Guru memberi situasi harian yang lain.

ABM: Gambar sabun basuh

Ibu kamu meminta kamu membelikan beberapa barangan dapur. 1. 2. 3. 4. Sabun basuh kain = RM17.60 Gula 4 kg = RM10.00 Tepung gandum = RM6.80 Minyak masak = RM 12.30

kain, gula, tepung gandum, minyak masak, 10sen, 20 sen, 50 sen, RM1, RM5, RM10, RM50 RM17.60 RM10.00 RM 6.80 +RM12.30 RM 46.70 Baki: RM50.00RM46.70 = RM3.30

Wang RM50.00 dibekalkan untuk membeli barangan tersebut. Kira baki wang selepas membayar semua barangan di atas. *Guru menerang dalam bentuk lazim *Wang RM50 perlu ditambah 00 untuk menunjukkan nilai sen *Titik perpuluhan sentiasa selari Langkah 2 Menganggar baki Dalam situasi yang sama dari langkah 1, guru membimbing pelajar untuk menganggar baki wang tersebut. Semua nilai sen 50 dan keatas naik satu ringgit Bawah 50 sen kekalkan nilai ringgit sahaja tanpa nilai sen.

RM18.00 RM10.00 RM 7.00 +RM12.00 RM 47.00

Sekarang mari lihat nilai wang yang baharu. Apa perbezaan antara baki yang sebenar dan yang dianggar. *Guna untuk menyemak kemunasabahan jawapan. Langkah 3 Pengukuhan RM4050.10 RM1832.90 *buat secara bentuk lazim (kump. 1) * buat secara anggaran (kump. 2) Penutup Rumusan Guru bertanya murid apa yang telah dipelajari dan merumuskan pelajaran hari ini.

*Galak murid mengira secara minda

You might also like