You are on page 1of 15

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku. Kemahiran ini merupakan keupayaan murid untuk mendengar dengan teliti, memahami perkara yang telah didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas

Kemahiran Mendengar

Kemahiran Bertutur

Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

Kemahiran Membaca

Kemahiran Menulis

Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.

Rajah 1: Jenis-jenis kemahiran Bahasa

PISMP PS 1110

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)


Menurut Mackey (1974), secara umum terdapat empat kemahiran yang dipentingkan iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis dalam pengajaran bahasa. Dalam keemppat-empat kemahiran tersebut, kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling kompleks.

Kemahiran menulis melibatkan pergerakan mata, pergerakan tangan dan kepintaran otak.

Ia terbahagi kepada tulisan mekanis dan tulisan kreatif. Tulisan mekanis hanya untuk tulisan berbentuk peniruan manakala tulisan kreatif memerlukan pelahiran buah fikiran oleh penulis.

Tulisan mekanis amat penting pada peringkat awal proses pembelajaran di sekolah.

Rajah 2

PISMP PS 1110

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)


Menurut Don Bryne (1979), simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. Terdapat beberapa aspek dikenal pasti, iaitu:

menggunakan pelbagai jenis ayat

mencatat dan menyusun maklumat

menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca

Rajah 3

PISMP PS 1110

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)


KONSEP MENULIS MENURUT PANDANGAN ORANG TIMUR:

Kamarudin Hj Husin (1988:178):

Tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semua ia dikatakan bahasa. Tulisan ialah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkairangkai kata dan ayat-ayat.

Juriah Long dan rakan-rakan (1990)

Menulis adalah satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khayalak atau pembaca dengan menggunakan bentuk grafik.

Raminah Hj. Sabran (1985:183)

Penulisan ialah penglahiran perasaan, fikiran dan idea ke dalam bentuk grafik. bentuk-bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.

Rajah 4

PISMP PS 1110

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)


KONSEP MENULIS MENURUT PANDANGAN ORANG BARAT:

Walshe, R.D. (1981)

Writing is the process of selecting, combining, arranging and developing ideas in effective sentences, paragraphs, and often, longer units of discourse.

Don Bryne (1979:1)

Menyatakan bahawa kita menggunakan simbol-simbol grafik semasa menulis, iaitu penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang-lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. Rajah 5 Penulisan adalah suatu proses dimana bahan yang dalam bentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan dirakam atau dihasilkan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri. Selain itu, menulis juga proses memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang panjang mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan pelahiran idea yang jelas dan tersusun. Di samping itu, penulisan merupakan satu proses penghasilan pertuturan simbol-simbol grafik yang disusun menjadi ayat-ayat. Ayat-ayat yang disusun itu adakalanya panjang dan pendek berdasarkan beberapa urutan bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan-bahan bercetak. Bagi murid sekolah rendah, kemahiran menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.

PISMP PS 1110

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)


TUJUAN KEMAHIRAN MENULIS Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998), beliau menyatakan terdapat dua tujuan kemahiran menulis. Antaranya ialah: a) Tujuan serta-merta b) Tujuan lanjut

membolehkan kanak-kanak mengeja perkataanperkataan dengan pantas dan menyusun ayatayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca. mendirikan asas menulis yang kukuh bagi mebolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas.

kanak-kanak mempelajari dengan cara membaca tulisan yang tercata atau membaca buku luar untuk menambah isi bacaannya. membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan.

Tujuan Sertamerta

Rajah 6

PISMP PS 1110

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)


Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan. meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan.

Menyediakan mereka dengan pengetahuan in supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan untuk orang ramai umumnya.

Tujuan Lanjut

Rajah 7 Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu. Melatih murid-murid melahirkan idea Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk

pemerengganan yang betul Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu. Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari Menyiapkan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan. Menyuburkan minat Meluaskan kosa kata Memberikan kepuasan jiwa.

PISMP PS 1110

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)


Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998), terdapat dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran tulisan.

Jenis-jenis Kemahiran Tulisan

Kemahiran menulis secara Mekanis

Kemahiran menulis untuk Pelahiran (Mental)


Rajah 8

harus dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca.

aktiviti tulisan seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf dan lain-lain adalah penting untuk memberi latihan dan pengalaman asas yang diperlukan.

berupaya membantu murid-murid menguasai kemahiran menulis selanjutnya seperti menulis huruf, menulis suku kata, perktaan, rangkai kata dan ayat.

Kemahiran Menulis Secara Mekanis


Rajah 9

PISMP PS 1110

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)


latihan mental untuk mendapatkan kemahira menulis untuk pelahiran ialah: (a) latihan pernyataan fikiran atau pendapat banyak melibatkan mental. (b) latihan pernyataan perasaan (c) latihan pernyataan kehendak (d) latihan mengeluarkan pendapat yang tulen dan asli

dikuasai setelah kanakkanak mendapat kemahiran mekanis.

Kemahiran Menulis untuk Pelahiran (Mental)


Rajah 10

PISMP PS 1110

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)


PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS Menurut buku Pedagogi Bahasa (Perkaedahan), peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga:

Peringkat Pramenulis (Persediaan)

Peringkat Mekanis (Mendirikan Asas)

Peringkat Pelahiran

Rajah 11 Peringkat Pramenulis Peringkat ini merupakan tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambinglambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pramenulis yang berbentuk bebas. Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut:
Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna

Melakukan latihanlatihan pergerakan tangan.

Melakukan latihanlatihan kordinasi tangan dan mata.

melakukan latihanlatihan pergerakan mata.

Rajah 12

PISMP PS 1110

10

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)


Aktiviti-aktiviti Latihan Pramenulis

Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan. Ini adalah latihan menulis dari kiri ke kanan.

Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.

Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di rumput tanpa menggunakan alat tulis.

Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekankan jari, menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagaina.

Latihan-latihan membentuk garisan lurus.

Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus. Dilakukan secara bebas.

Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat.

Rajah 13

PISMP PS 1110

11

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)


Peringkat Tulisan Mekanis

Setelah murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan.

Pada peringkat awal, murid dicadangkan membentuk huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan.

Setelah didapati memuaskan, murid baharulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan.

Ia harus bermula daripada garisan yang lebar hingga kepada lembaran satu garis.

Rajah 14

PISMP PS 1110

12

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)


Dibawah adalah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis itu.

Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal.

Latihan menulis hurf di atas kertas bergaris dua.

Latihan menulis huruf di atas kertas bergarus satu.

Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam dan mudah dibaca.

Rajah 15

PISMP PS 1110

13

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)


Aktiviti Menulis Mekanis

Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan.

Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan.

Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna.

Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.

Menyalin perkataan yang mudah.

Menyalin ayat-ayat yang mudah dan sebagainya.

Rajah 16

PISMP PS 1110

14

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)


Peringkat Menulis Pelahiran Murid-murid patut digalakkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis. Cara-cara yang dicadangkan ialah bermula daripada yang terkawal iaitu berpandukan gambargambar dan perkataan, mengisi tempat kosng, melengkapkan ayat-ayat dan perenggan sehingga murid itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan.

Akitiviti Menulis Pelahiran

Mengisi silang kata

Mengisi tempat kosong dalam ayat

Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai

Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi

Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai

Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita

Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan

Menulis jawapanjawapan kefahaman

Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan

Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan dan sebagainya

Rajah 17

PISMP PS 1110

15

You might also like