You are on page 1of 1

.

Ya Allah Ya Tuhan Kami


Sesungguhnya pada ketika ini kami berkumpul kerana-Mu
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Sesungguhnya ketentuan dan takdir-Mu itu telah mengalahkan kami, dan ikatan nafsu syahwat
telah menawan diri kami, maka jadilah Engkau ya Allah penolong kami, sehingga menolong kami
melawan hawa nafsu kami, dan menolong sahabat kami terhadap musuh-musuh mereka , dan
kayakanlah kami dengan kurnia-Mu sehingga kami merasa puas dan kaya dengan Engkau
daripada meminta-minta daripada selain Engkau .
Ya Allah , Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya
Ghaffar,
Ya Allah wahai tuhan kami, berkati apalah kiranya kedua-dua pengantin ini dan temukanlah
kedua-duanya dalam kebahagiaan. Ya Allah lembutkanlah hati kedua-dua pengantin ini
seperti mana lembut tanah apabila terkena air, dan jadikanlah keturunan kedua-duanya
sebagai keturunan orang yang baik-baik hingga hari kiamat.
Ya Allah palingkan kami dan kedua-dua pengantin ini daripada bala bencana, penularan
penyakit dan daripada pelbagai cubaan yang tidak tertanggung.

You might also like