lebih menumpukan dalam adat perkahwinan berbentuk moden. Namun hanya segelintir sahaja yang menumpukan kepada adat perkahwinan tradisional. Walau bagaimanapun,dalam hasil maklumat dan kajian kami, sedikit sebanyak dapat membantu kami dalammenyiapkan laporan ini.Walaupun perkahwinan pada masa kini perlu didaftarkan tetapi upacara dankenduri perkahwinan penting untuk mengiktiraf perkahwinan. Mengikut kepercayaanmereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggapkan tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan di kalangan orang Cina, iaitu pasangan dicari olehibu bapa atau saudara- mara, atau pasangan hidup yang dipilih sendiri. Cara pertamatidak begitu diamalkan sebab dianggap kolot. Namun, cara tersebut merupakan tradisimasyarakat Cina, kata mereka perkahwinan itu "arahan ibu bapa dan suruhan tukangrisik". Sebelum zaman moden, perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin. Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan memilih bakal suaminya.Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan untuk membiak dan nama baik keluarga, sertakeperluan bapa dan suaminya. Cara kedua lebih praktikal kerana seseorang diberikankebebasan untuk milih jodoh mereka sendiri. Ibu bapa biasanya akan menurut kehendak anak mereka zaman sekarang yang mementingkan kebebasan. Unsur paksaan tidak digalakkan dalam pemilihan kerana hal ini menafikan kematangan dan kemampuan anak mereka membuat keputusan. Namun begitu, segala upacara perkahwinan akan diatur olehibu bapa atau mereka yang lebih tua supaya segala pantang- larang tdak dilanggar.Bagi kaum Cina adat dan upacara perkahwinan kekal sejak turun temurun lagi.Walaupun mempunyai sejarah yang lama serta banyak kawasan geografi yang berbeza,