You are on page 1of 27

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Kajian berkaitan perkembangan manusia sering dilakukan daripada sudut fizikal,


kognitif, sosial, emosi atau moral. Woolfolk dan Margetts mentafsirkan
perkembangan fizikal sebagai perubahan di dalam badan, perkembangan
kognitif sebagai perubahan dalam pemikiran, perkembangan sosial sebagai
perubahan dalam hubungan dengan individu lain dan perkembangan emosi
sebagai perubahan dalam kefahaman, ekspresi serta pengurusan emosi.

Pertumbuhan dan Perkembangan

Manusia menunjukkan perubahan dalam perkembangannya. Perkataan


perkembangan dan pertmbuhan lazimnya ditakrifkan oleh kebanyakan orang
sebagai dua perkataan yang sama makna tetapi hakikatnya dua perkataan ini
adalah berbeza cuma ia tidak dapat dipisahkan.

Untuk melahirkan anak cemerlang ibu bapa mesti mengetahui tahap


perkembangan menyeluruh kanak-kanak yang berubah dengan pesat pada
peringkat awal berbanding kehidupan mereka selepas ini. Mereka akan melalui
tahap perkembangan mengikut umur, kebolehan, pengalaman, minat dan
keperluan masing-masing.Semua kanak-kanak akan melalui corak
perkembangan sama iaitu daripada satu tahap ke satu tahap yang lain. Misalnya,
kanak-kanak berdiri sebelum berjalan.

Bagaimanapun, kemampuan dan kecekapan mereka berbeza. Ada kalanya


lambat dan cepat. Perkembangan yang berlaku pada satu tahap juga akan
mempengaruhi tahap seterusnya. Misalnya ketegangan emosi pada
peringkat awal akan mengganggu sahsiah kanak-kanak pada kemudian hari.
Mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak akan menjadikan ibu bapa
lebih sedar dan fokus dalam menyediakan persekitaran, kegiatan dan
rangsangan yang sesuai dengan kebolehan dan kesediaan anak mereka.
Menurut kajian Harvard Business School, faktor yang paling penting
untuk menentukan kejayaan adalah sikap. Sikap menyumbang 93 peratus
kepada kejayaan seseorang. Ini berbanding ilmu pengetahuan, maklumat
serta kemahiran hanya tujuh peratus. Bermain adalah cara paling berkesan
untuk kita membangun dan memantapkan perkembangan menyeluruh yang
seimbang dalam diri anak-anak.

Justeru, ibu bapa seharusnya membuat anjakan paradigma dalam diri


mereka supaya suka bermain dengan anak-anak seperti yang dipesan oleh
Saidina Ali: "Bermain-mainlah dengan anakmu sehingga dia mencapai
tujuh tahun. Kemudian disiplinkan mereka selama tujuh tahun, kemudian
berkawan selama tujuh tahun dan selepas itu anggaplah mereka sebagai
seorang dewasa."

Kanak-kanak pada peringkat awal sangat mudah meniru apa saja di


keliling mereka. Mereka lebih banyak belajar dengan melihat apa yang
berlaku di sekeliling mereka.

Ibu bapa adalah 'role model' kepada anak mereka. Pastikan akhlak ibu
bapa dan persekitaran yang disediakan akan menggalak dan menyokong
semua aspek perkembangan yang positif dalam diri anak-anak.
Konsep Perkembangan
 Menurut Santrock (2008) perkembangan adalah perubahan dalam corak
biologi, kognitif, dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat
percambahan sehingga ke akhir hayat.
 Perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara
kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada
peringkat lebih awal.
 Perbezaannya dengan pertumbuhan ialah pertumbuhan dapat dilihat dari
segi fizikal seperti pertambahan saiz bahagian anggota badan, ketinggian
dan juga bilangan saraf-saraf ke otak.
 Perubahan pertumbuhan juga dapat dilihat secara nyata dan dapat diukur
dari satu peringkat ke peringkat yang lain.

Ciri-Ciri Perkembangan
 Perkembangan bersifat kualitatif dan perubahan-perubahan yang berlaku
adalah dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral.
 Perubahan ini adalah stabil, berlaku secara teratur dan progresif dalam
arah tertentu. Misalnya seseorang kanak-kanak akan mula mengenal
objek, memberi nama kepada objek, mengenal perkataan dan
mengaitkannya dengan objek.
 Perubahan tersebut berterusan sepanjang hayat melalui peringkat
kematangan tertentu di mana perubahan tersebut ditentukan oleh genetik.
 Perkembangan adalah dipengaruhi oleh baka dan persekitaran hasil
daripada kematangan dan pembelajaran.
Prinsip Asas Perkembangan
 Proses perkembangan belaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi
pada peringkat awal boleh duduk tetapi masih memerlukan bantuan untuk
membuat demikian, kemudian merangkak disusuli dengan kebolehan
berdiri dan seterusnya berjalan. Perkembangan juga bermula daripada
konkrit kepada abstrak. Ia dapat dilihat dalam perkembangan kognitif dan
bahasa.
 Perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur dari
keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Seorang bayi boleh
menggengam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari
tangan. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar terlebih dahulu
sebelum beransur-ansur ke otot-otot yang halus.
 Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara
berterusan. Seseorang kanak-kanak akan menambah kemahiran sedia
ada dan kemahiran tersebut akan menjadi asas untuk mencapai
kemahiran baru.
 Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar
perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Sesetengah
kanak-kanak boleh berjalan pada usia 10 bulan manakala ada yang baru
boleh mula berjalan pada usia 18 bulan. Ini adalah salah satu factor
perbezaan antara manusia yang dapat kita lihat.
 Perkembangan bergantung kepada hasil interaksi di antara kematangan
dan pembelajaran. Kematangan seseorang individu adalah dipengaruhi
oleh factor genetik dan pembelajaran adalah bergantung kepada usaha
sendiri.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan
Faktor Baka Dan Persekitaran

 Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diwarisi daripada
ibu-bapa. Gen-gen ini terkandung dalam kromosom. Ia menguasai
perkembangan manusia dan unik bagi setiap manusia. Antara
pertumbuhan dan perkembangan yang dipengaruhi oleh faktor genetik
ialah saiz dan bentuk badan, ketinggian, rambut dan mata.
 Persekitaran pula dipengaruhi oleh pengalaman luar yang dilalui oleh
seseorang individu tersebut. Ia merangkumi pengalaman sebelum dan
selepas lahir. Pengalaman sebelum lahir ialah semasa dalam kandungan
dari segi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu misalnya samada
ibunya merokok semasa hamil, rawatan yang diterima ibu, usia dan
keadaan emosi ibu. Pengalaman selepas lahir pula ialah seperti
pemakanan, sosio ekonomi dan tahap pendidikan keluarga, rakan sebaya,
sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran dunia.
Semua faktor ini mempengaruhi perkembangan individu.
 Saya berpendapat faktor baka lebih mempengaruhi perkembangan
individu tersebut. Alasan saya berpendapat sedemikian ialah kerana bagi
saya, saya menganggap gen yang diperolehi daripada ibu bapa mereka
akan lebih kuat mempengaruhi individu tersebut setelah mereka lahir ke
dunia. Sifat peribadi yang dimiliki oleh ibu bapa mereka akan diwarisi
sedikit sebanyak dan ini dapat dilihat dalam kebanyakan komuniti
keluarga sekarang. Namun saya tidak menafikan faktor persekitaran juga
memainkan peranan yang agak penting dan ia juga dapat dibentuk
dengan adanya bimbingan daripada ibu bapa.
 Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) menjelaskan perkembangan
kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan
kanak-kanak tersebut. Menurut beliau, perkembangan kanak-kanak
adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan ciri-ciri kanak-kanak
tersebut ke atas persekitaran.
Menurut beliau persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem
iaitu :
 Mikrosistem : Persekitaran terdekat di mana kanak-kanak dapat
berinteraksi secara langsung seperti ibu bapa,adik beradik,rakan,jiran dan
guru.
 Mesosistem : Perhubungan antara mikrosistem. Misalnya keadaan di
rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah seperti
rumah-sekolah, rumah-jiran, sekolah-jiran.
 Ekosistem : Pengalaman persekitaran yang tidak melibatkan murid secara
langsung tetapi keputusan yang diambilnya memberi kesan kepada orang
yang terlibat dengan kanak-kanak seperti di sekolah-pasar raya.
 Makrosistem : Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma,
nilai, dan amalan masyarakat. Misalnya di sesetengah masyarakat,
peranan jantina dititikberatkan.
 Kronosistem : Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya
kanak-kanak sekarang lebih gemar menonton televisyen tidak seperti
kanak-kanak dulu yang lebih gemar bermain permainan tradisional.

Perbezaan Individu

Perkembangan berlaku pada kadar berbeza mengikut kematangan dan


pengalaman pembelajaran individu tersebut. Kematangan bermaksud
perkembangan ciri-ciri yang sedia ada dalam individu yang diwarisi oleh gen
masing-masing ( Hurlock, 1978 ). Misalnya kebolehan merangkak, berdiri,
berjalan dan berlari. Kebolehan ini tidak perlu dilatih tetapi jika ada sekatan di
dalam persekitaran kanak-kanak tersebut ia boleh menyebabkan
perkembangan kanak-kanak tersebut terbantut. Pembelajaran pula ialah
perkembangan yang melibatkan latihan dan usaha. Seseorang kanak-kanak
belajar menggunakan potensi yang diperolehi melalui pembelajaran
( Hurlock, 1978 ).
Perbezaan antara individu boleh dilihat daripada beberapa aspek iaitu :

 Kognitif
Kebolehan individu menyelesaikan masalah, berbahasa, berfikir
secara logik, menaakul dan mengira.
 Fizikal
Perbezaan dari segi paras rupa, berat, ketinggian, jantina dan rambut.
 Sosial
Kemahiran berinteraksi, bergantung sama ada individu tersebut berifat
introvert atau ekstrovet.
 Emosi
Kebolehan, mengenali, mengawal dan mengurus perasaan serta sikap
sabar dan toleransi terhadap orang lain.
 Kecerdasan
Kecerdasan boleh didefinisikan sebagai kebolehan mendapat
pengetahuan untuk menyelesaikan masalah dengan menyesuaikan
diri dengan kehidupan di dunia ini.

Kecerdasan Pelbagai
Menurut Howard Gardner, ada lapan jenis kecerdasan iaitu :
Linguistik : Sensitif kepada bunyi, maksud perkataan dan
fungsi yang berbeza di dalam bahasa.
Muzik : Kebolehan menghasilkan dan menghargai irama
dan muzik.
Spatial : Keupayaan menggunakan imaginasi dalam bentuk
gambar dan rajah.
Logikal-metamatik: Kebolehan mencerap dan menyelesaikan masalah
yang melibatkan operasi Matematik.
Kinestetik : Kemahiran memanipulasi objek dan menggunakan
otot-otot badan dengan baik.
Interpersonal : Kebolehan memahami dan berinteraksi.
Intrapersonal : Kebolehan memahami diri dan menentukan arah
hidup sendiri.
Naturalis : Kebolehan memerhati dan memahami corak dalam
alam semula jadi.

Kecerdasan Emosi

-Kecerdasan emosi ialah kebolehan individu memahami dan mentafsir


perasaannya sendiri dan menggunakan maklumat ini sebagai
panduan semasa berfikir dan bertindak.
-Ia juga dijelaskan sebagai kebolehan individu mengurus emosi dan
meluahkan perasaan dengan tepat.
-Konsep kecerdasan emosi ini telah diperkembangkan oleh Peter
Salovey John Mayer dan dipopularkan oleh Danial Goleman.

 Potensi
Potensi ialah bakat atau kecenderungan yang ada pada individu
tersebut. Keupayaan atau kebolehan yang ada dalam diri individu yang
boleh dicungkil.
 Latar Belakang
Cara asuhan sama ada dengan penuh kasih sayang, tegas dan
berdisiplin ataupun diberi kebebasan akan mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak. Taraf sosio-ekonomi, tempat tinggal
sama ada di kawasan setinggan, bandar atau luar bandar, rakan
sebaya, media massa.
Perkembangan Bahasa

Perkembangan bahasa merupakan suatu pengkajian, bagaimana seseorang


manusia itu memperolehi bahasa, tidak kiralah pengetahuan bahasa tentang
tatabahasa atau semantik, sintaksis, morfologi dan juga fonologi. Kebanyakan
orang tertarik untuk memperhatikan bunyi bahasa seseorang terutamanya di
dalam kajian bahasa. Dengan itu, fonologi adalah merupakan salah satu bidang
linguistik yang menumpukan unsur bunyi, bentuk-bentuk rumus atau peraturan
bunyi dan penerapan rumus, susunan penerapan rumus-rumus bunyi. Adalah
difahamkan bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak ini bukanlah satu topik
yang baru. Ini terbukti dengan adanya beberapa pengkaji yang telah membuat
kajian tentang bahasa kanak-kanak dari segi fonologi, seperti di dalam buku The
Proceedings of The Twenty-sixth Annual Child Language Research Forum (1994)
yang di dalamnya mempunyai beberapa tajuk yang berkaitan tentang
perkembangan bahasa kanak-kanak. Misalnya, How Children Talk about
Conversations: Development of roles and Voices (Asli ÖzyÜrek, 1994), 12-
month-old Infants Have the Conceptual Resources to Support the Acquisition of
Count Nouns (Fei Xu et.al, 1994) dan sebagainya. Selain beliau, ada lagi
seorang pengkaji yang tertarik dengan kajian pemerolehan bahasa kanak-kanak,
iaitu Roman Jacobson (lihat Paitoon 2002: 42). Jacobson ingin mengetahui
sejauh mana hubungan antara proses pembelajaran bahasa kanak-kanak
dengan teori fonologi. Dengan berbuat demikian, Jacobson telah dapat
menghasilkan rumus-rumus yang memperlihatkan perkembangan bahasa
kedua-dua orang kanak-kanak yang dikajinya. Rumus-rumus tersebut adalah
seperti, rumus yang pertama ialah pemerolehan bahasa kanak-kanak yang ada
hubungannya dengan kajian fonologi. Ini adalah disebabkan Jacobson telah
mendapati bahawa kanak-kanak telah mula mempelajari bahasa dengan
mengungkapkan bunyi bahasa terlebih dahulu. Manakala rumus yang kedua,
pemerolehan bahasa kanak-kanak berlaku secara berperingkat-peringkat
berdasarkan perkembangan alat penghasilan bunyi bahasa.
Memahami perkembangan bahasa adalah penting kerana :

 Bahasa sebagai pemangkin perkembangan kanak-kanak. Semasa


mereka berinteraksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya, mereka
membina kefahaman dan idea-idea tentang perkara yang berlaku di
persekitaran mereka.
 Perkembangan berbahasa memudahkan proses pengajaran ( Berk,
2001 ) dan ia berkait rapat dengan kemahiran membaca dan menulis.
Dengan meningkatnya perkembangan bahasa, ia akan memudahkan
pelajar mempelajari konsep-konsep abstrak (Santrock, 2007).
 Kemahiran bahasa menjadi alat kepada perkembangan kendiri dan
sosial.
Pemerhatian.

Nama : Mohd Wafiq bin Haji Mohd. Salleh


Umur : 3 tahun
Tempat : Sungai Ara, P. Pinang.

Berdasarkan pemerhatian saya ke atas adik Mohd Wafiq, saya mendapati


perkembangan bahasa yang dialaminya adalah lebih maju berbanding kanak-
kanak yang seusia dengannya kerana pada pendapat saya ia adalah disebabkan
persekitarannya yang dikelilingi orang-orang dewasa seperti kedua orang
tuanya, ibu dan bapa saudaranya, datuk dan nenek serta rakan-rakan yang
selalu menemaninya. Pada usia ini Mohd Wafiq boleh menyebut 4 hingga 5
patah perkataan tetapi sebutannya adalah tidak jelas kerana dia masih tidak
boleh menyebut huruf konsonan seperti huruf k dan r. Contoh perkataan yang
disebutnya ialah duda(kuda) dan bujun(burung). Selain itu Mohd Wafiq boleh
memahami apa yang diperkatan oleh emaknya apabila dia memberi respon
apabila emaknya bercakap kepadanya. Saya juga dapat memahami apa yang
dikehendaki oleh Mohd Wafiq apabila dia meminta emaknya mendukungnya.
Ayat yang dituturkannya ialah “ mama, adik nyak u’kong “ bermaksud dia hendak
didukung oleh emaknya. Pemerhatian lain yang dapat saya catatkan ialah Mohd
Wafiq juga mempunyai minat seperti budak lain iaitu meminati cerita kartun dan
dia dapat memahami lagu dan bunyi bahasa dalam cerita tersebut apabila dia
tergelak dan bertepuk tangan apabila menonton cerita tersebut. Menurut teori
Roman Jacobson saya mendapati teorinya iaitu pemerolehan bahasa kanak-
kanak berlaku secara berperingkat-peringkat adalah benar apabila saya
mendapati Mohd Wafiq boleh mula bercakap dengan lebih jelas walaupun hanya
beberapa perkataan contohnya dia boleh menyebut perkataan burung dengan
jelas tidak seperti tahun sebelumnya dia hanya mampu menyebutnya ‘ buyung’.
Pemerhatian

Nama : Nur Syazwani bt Yusof.


Umur : 5 tahun
Tempat : Taman Tunku Putra.

Berdasarkan pemerhatian saya ke atas adik Syazwani pula saya dapati butir
percakapannya lebih jelas berbanding adik Mohd. Wafiq dan ini mungkin kerana
faktor usia mereka. Pada usia ini Syazwani sudah boleh memahami apa yang
telah diperkatakan kepadanya dan mampu untuk memberi respons apabila
individu lain seperti emaknya meminta pertolongannya. Contoh yang dapat saya
berikan melalui pemerhatian yang telah saya lakukan, apabila saya sendiri
menyuruh adik Syazwani untuk mengambil surat khabar di atas meja dia
membalas dengan ayat pertanyaan “ yang tu ke bang?”. Percakapannya lancar
kerana dia memahami arahan yang telah diberikan kepadanya. Menurut teori
Roman Jakobson juga beliau meyatakan bahawa huruf vokal lebih senang
disebut oleh kanak-kanak berbanding huruf konsonan. Bukti kebenaran teori itu
dapat saya catatkan apabila saya dapat mendengar Syazwani dapat menyebut
semua huruf vokal dan tidak dapat menyebut sesetengah huruf konsonan
contohnya huruf ‘r’.Saya juga mendapati percakapannya adalah tenang
walaupun dia melafazkannya secara lembut dan sedikit lambat. Setiap kata yang
disebut oleh Syazwani mengalami beberapa perubahan seperti, penukaran
bunyi, pengguguran dan juga penambahan. Contohnya perkataan habis, adik
Syazwani menyebutnya ‘ abis ‘ iaitu berlakunya pengguguran huruf ‘h’ di awal
perkataan. Bagi pandangan saya ini adalah perkara biasa kerana faktor
persekitaran di sekelilingnya di mana adik beradiknya yang selalu menuturkan
perkataan sebegitu di rumahnya.
Perkembangan sosioemosi

Perkembangan sosio-emosi diperlukan supaya seorang kanak-kanak dapat


menunjukkan kesedaran, penerimaan rakan-rakan yang berbeza serta
meluahkan emosi dan perasaannya. Kanak-kanak boleh menggunakan bahan
mainan bagi menjelaskan perasaan dan menyelesaikan masalah sosio-emosi.
Kebolehan menghadapi cabaran harian dan penyesuaian kepada perubahan
sepertipenerimaan apa yang tidak boleh diubah mengakibatkan pilihan alternatif.
Perkembangan teknik menangani masalah menambahkan perkembangan
esteem kendiri (selfesteem), penghormatan antara kanak-kanak dengan rakan-
rakan lain memerlukan kemahiran penyelesaian masalah. Pembinaan nilai-nilai
murni, sikap keyakinan diri dan inisiatif pergaulan serta persefahaman antara
mereka juga diperkembangkan bila mereka sendiri digalakkan membuat
keputusan yang bertanggung jawab dan berkesan.

Mengapa guru perlu membina kemahiran sosioemosi ?

 Selalunya guru-guru terpaksa menguruskan konflik atau


percanggahan antara murid-murid mereka.
 Jika murid boleh berdikari dan mampu menyelesaikan
konflik, suasana pembelajaran di bilik darjah dan sekolah
tidak terjejas dan akan berjalan lancar.
 Sekiranya murid tidak tahu menyelesaikan konflik dalam
kehidupan seharian, mereka sukar bertanggung jawab ke
atas tingkah laku mereka.
Guru bermain peranan yang kritikal dalam perkembangan sosioemosi kanak-
kanak.

 Gunakan cara bermain sambil belajar yang terancang


untuk membolehkan pembelajaran yang mencabar dan
menyeronokkan.
 Mengajar kanak-kanak untuk memahami hak orang-orang
lain, akibat dari kelakuan dan percakapan. Guru
menunjukkan sikap dan kemahiran seperti ini semasa
mengajar dan kanak–kanak akan menganggap guru
sebagai ‘role model’.

Mengapa guru perlu mengajar kemahiran berfikir dan kemahiran berkomunikasi


serta mengajar penyelesaian masalah ?

 Pembawaan yang positif untuk belajar bermula dari


pengalaman yang menyeronokkan dan boleh dikawal
oleh kanak-kank sendiri. Ini memberi keyakinan diri dan
keupayaan kepada mereka ke arah mencapai kejayaan.
 Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
menyelesaikan masalah, membina keyakinan diri dan
perasaan berdikari sehingga menjadi satu kelaziman.
Mereka diajar menghadapi setiap cabaran untuk mereka
tangani sendiri.
Matlamat Perkembangan Diri dan Sosial-Emosi Kanak-Kanak.

 Bermotivasi dan bersemangat untuk belajar.


 Menunjukkan keyakinan.
 Memberi perhatian dan berfokus tentang sesuatu.
 Kesedaran tentang keperluan, pandangandan perasaan diri sendiri serta
orang lain.
 Menghormati kebudayaan dan kepercayaan sendiri dan orang lain.
 Memberi respon yang sesuai dan menunjukkan pelbagai jenis perasaan
terhadap pengalaman yang penting.
 Mempertimbangkan akibat dari percakapan dan tingkah laku diri sendiri
 Mencuba aktiviti baru.
 Memberi idea dan berkomunikasi.
 Tahu tentang apa yang betul dan salah.
 Memilih aktiviti dan sumber sendiri.
 Saling menghormati pandangan, keperluan dan kepercayaan orang lain
yang berbeza.
 Pengurusan diri dan kesihatan diri.
 Bekerjasama dan memahami peraturan serta persefahaman nilai dan
tingkah laku ke arah keadaan berharmoni.
Teori Erik Erikson.
 Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-
individu di persekitaran kanak-kanak.
 Menurut Erikson, peronaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil
daripada perkembangan psikososial ini.
 Di dalam teori ini, Erikson memperkenalkan lapan peringkat
perkembangan psikososial. Setiap peringkat saling berkait rapat antara
satu sama lain.
 Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisis
perkembangan di dalam setiap peringkat yang mana pada setiap
peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai.
 Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis
perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang
individu.

Peringkat-peringkat yang terlibat untuk kanak-kanak yang berusia 2-6 tahun


ialah:
Autonomi lawan keraguan
 Kanak-kanak akan cuba melakukan aktiviti fizikal tanpa memerlukan
bantuan contohnya ingin cuba makan dan minum dengan sendiri,
membuang air, memakai kasut dan sebagainya.
 Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk meneroka perlakuan fizikal ini
akan merasa mempunyai manakala yang tidak diberi peluang akan
merasa ragu-ragu kepada dirinya.
Inisiatif lawan rasa berasa bersalah
 Kanak-kanak cuba berdikari dengan meneroka persekitaran dan
kemahiran baru.
 Mereka suka bertanya dan mahu penjelasan untuk situasi yang berlaku.
 Sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-
kanak.
 Kanak-kanak yang tidak diberi peluang akan rasa bersalah kepada diriny

Pemerhatian

Nama : Nur Syazwani bt Yusof.


Umur : 5 tahun
Tempat : Taman Tunku Putra.

Berdasarkan permerhatian saya ke atas Syazwani dan mengikut teori Erik


Erikson saya dapati dia mempunyai semua luahan emosi yang positif dan
negatif. Contoh emosi positif yang ada padanya ialah gembira, teruja, dan girang
manakala contoh emosi negatif pula ialah marah, sedih, kecewa dan lain-lain
lagi. Keseluruhan pemerhatian saya ke atas adik Syazwani saya mendapati dia
banyak tersenyum iaitu luahan emosi yang tergolong dalam emosi positif
berbanding emosi negatif. Megikut teori Erik Erikson pula iaitu autonomi di mana
kanak-kanak akan mencuba untuk melakukan aktiviti fizikal dengan sendiri tanpa
bantuan, saya mendapati Syazwani menepati teori tersebut apabila tiba waktu
makan, walaupun emaknya ingin menyediakan nasi kepadanya, dia akan
meminta senduk nasi tersebut daripada emaknya kerana dia ingin melakukan
aktiviti tersebut dengan sendiri. Tetapi emaknya melarang dia berbuat demikian
dan menurut kesan daripada teori ini apabila emaknya berbuat demikian, ia
bermakna emaknya tidak memberi peluang kepadanya dan kesannya adik
Syazwani akan berasa ragu-ragu terhadap kebolehan dirinya. Selain itu saya
juga Syazwani banyak bercakap dan selalu bertanya apabila terdapat sesuatu
yang berlaku. Contohnya apabila Syazwani melihat seekor burung dan dia
bertanyakan ayahnya nama burung itu, di mana burung itu tinggal, apa yang
dimakan oleh burung itu dan lain-lain lagi. Dia mempunyai rasa ingin tahu dan
ayahnya menjawab semua soalannya. Jadi ini akan lebih menggalakkan inisiatif
dalam dirinya. Ayah dan emaknya juga memberikan pujian kepadanya apabila
dia menunjukkan lukisannya kepada mereka dan ini akan memberi Syazwani
keberanian untuk mencuba kemahiran baru.
Pemerhatian.

Nama : Mohd Wafiq bin Haji Mohd. Salleh


Umur : 3 tahun
Tempat : Sungai Ara, P. Pinang.

Saya mendapati adik Mohd Wafiq lebih banyak meluangkan masa dengan
bermain dan banyak berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya. Semasa
pemerhatian saya, Mohd Wafiq bersikap aktif dan sentiasa berasa girang dan
hanya beberapa kali sahaja saya dapat melihatnya menangis kerana diusik oleh
sepupunya yang tua sedikit daripadanya. Pada tahap ini bagi seorang kanak-
kanak yang berusia 3 tahun seperti adik Mohd Wafiq, mereka memerlukan
sokongan daripada kedua-dua ibu bapa mereka kerana segala aktiviti fizikal
yang dilakukan, sekiranya mereka berjaya melakukannya dan mendapat pujian,
ia akan menimbulkan rasa percaya kepada dirinya sendiri. Pada tempoh
perkembangan ini menurut teori Erik Erikson, perkembangan mereka tertumpu
kepada perkembangan fizikal. Jadi contoh yang dapat saya berikan ialah
semasa adik Wafiq hendak keluar rumah bersama. Dia dengan sendirinya akan
memakai kasut tetapi masih lagi salah dan dia mendapat sokongan dan galakan
daripada ibu bapanya dengan pertolongan daripada mereka sehingga dia
berjaya memakai kasut dengan betul. Selain itu terdapat juga luahan emosi yang
ditunjukkan oleh adik Wafiq apabila dia merajuk apabila permintaanya tidak
ditunaikan oleh emaknya. Wafiq meminta emaknya untuk membuka tv tetapi
emaknya menyuruhnya tidur. Sebagai respon yang diberikan akibat daripada
larangan oleh emaknya dia menangis dan berlari masuk ke bilik tidur emaknya.
Adik Wafiq boleh dikatakan mahu mencuba benda yang baru apabila dia
menconteng kertas kosong yang saya telah berikan padanya. Ini menunjukkan
dia mempunyai sikap ingin meneroka sesuatu yang baru dan dengan galakan
yang selalu diterima olehnya dia akan lebih mudah memasuki alam
persekolahan pada masa akan datang.

Implikasi Perkembangan Bahasa

 Apabila kanak-kanak menguasi bahasa, mereka akan lebih yakin untuk


berdepan dengan masyarakat untuk berkomunikasi dan hasilnya mereka
tidak akan menjadi seseorang yang terlalu pendiam, jadi ibu bapa tidak
harus memarahi anak mereka semasa proses perkembangan bahasa
berlaku supaya kanak-kanak tidak akan rasa rendah diri dan malu dengan
diri mereka sendiri.
 Kemahiran komunikasi adalah diperlukan apabila kanak-kanak mula
memasuki alam persekolahan kerana apabila kanak-kanak mempunyai
kemahiran ini, mereka akan mudah memahami dan menerima segala isi
kandungan pelajaran yang disampaikan oleh guru mereka di sekolah.
 Kanak-kanak akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan
rakan-rakan mereka yang baru.
 Isu-isu di persekitaran mereka yang sedang berlaku akan diambil tahu
oleh kanak-kanak kerana mereka dapat mengetahui dan memahami apa
yang sedang diperkatakan.
 Mereka akan dapat membantah sekiranya terdapat perkara yang tidak adil
berlaku ke atas diri mereka dan boleh memberi alasan untuk keadilan bagi
diri mereka.
 Keyakinan yang diperolehi boleh menjadi pemangkin kepada kanak-kanak
untuk menempa kejayaan dalam hidup mereka.
Implikasi Perkembangan Sosioemosi

 Setelah kanak-kanak menguasi kemahiran ini mereka dapat mencari jalan


penyelesaian yang terbaik jika terdapat konflik atau percanggahan yang
berlaku di antara mereka kerana mereka sudah mempunyai kesedaran
dan penerimaan mereka terhadap perkara-perkara seperti ini. Adalah
lebih baik jika guru pembimbing atau ibu bapa mereka sendiri membantu
mereka dalam hal ini.
 Apabila mereka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi, keyakinan
terhadap diri sendiri akan meningkat dan dari sini mereka akan mendapat
motivasi untuk lebih berdikari. Jadi proses pembelajaran dalam bilik darjah
akan menjadi teratur dan ini akan memudahkan penerimaan ilmu.
 Sikap bertanggungjawab ke atas tingkah laku diri mereka juga akan dapat
dipupuk dan ia akan menjadi peringatan kepada mereka untuk tidak
mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang.
 Kanak-kanak akan dapat membezakan perbuatan yang mereka lakukan
sama ada ia salah atau betul. Mereka juga akan mampu menjadi
penasihat kepada rakan sebaya sekiranya mereka mendapati apa yang
dilakukan adalah salah dari pengalaman yang telah dilalui.
 Pergaulan dan persefahaman antara kanak-kanak dapat
diperkembangkan apabila mereka sendiri digalakan membuat keputusan
yang bertanggungjawab untuk kebaikan mereka sendiri.
Rumusan dan Cadangan

Setelah saya menyiapkan kerja kursus ini apa yang dapat saya rumuskan ialah
kanak-kanak haruslah diberi perhatian untuk memastikan pertumbuhan dan
perkembangannya dari berbagai-bagai segi contohnya perkembangan bahasa
dan sosioemosi berjalan dengan lancar dan berkembang mengikut apa yang
telah digariskan oleh matlamat teori-teori yang telah dibincangkan. Dari segi
perkembangan bahasa, ibu bapa memainkan peranan yang paling penting
kerana sebelum kanak-kanak memulakan alam persekolahan, proses
pembelajaran mereka berlaku di rumah di mana perkataan-perkataan baru akan
dapat dipelajari daripada orang-orang yang berada di persekitaran mereka.
Walaupun baka adalah salah satu faktor yang menentukan tahap penerimaan
seseorang kanak-kanak itu untuk menerima apa yang dipelajari, mereka juga
tidak harus dipaksa atau dihukum semasa proses perkembangan sedang
berlaku sebaliknya mereka harus diberi galakn supaya keyakinan mereka akan
bertambah dan seterusnya ia menjadi motivasi kepada diri kanak-kanak untuk
mencuba kemahiran baru dan boleh berdikari. Perkembangan kendiri kanak-
kanak berlaku dalam beberapa aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial, jadi semua aspek ini tidak akan dapat dicapai oleh kanak-kanak jika tidak
mereka tidak mendapat bantuan daripada oleh orang dewasa. Dari segi
perkembangan sosioemosi pula, guru mula terlibat sama untuk bekerjasama
dengan ibu bapa untuk memenuhi tanggungjawab mereka untuk membentuk
peribadi kanak-kanak yang mulia. Di sekolah, guru harus memberi motivasi
kepada kanak-kanak supaya mereka dapat menguasai kemahiran untuk berfikir
di mana yang akan menentukan sama ada kanak-kanak akan menjadi
seseorang yang berguna ataupun tidak pada masa hadapannya. Antara
kemahiran penting yang perlu dikuasai ialah kemahiran untuk membezakan
perkara yang betul atau salah, membuat keputusan yang betul untuk
kebaikannya dan lain-lain lagi.
Senarai Semak

Nama: Mohd Wafiq bin Haji Mohd. Salleh

Bil Kelakuan Ya Tidak


1 Suka bertanya 
2 Kerap bermain dengan alat permainan. 
3 Bercakap dengan lancar 
4 Percakapan tergagap-gagap 
5 Berani menjawab soalan apabila ditanya 
6 Malu apabila berjumpa dengan orang yang tidak 
dikenali.
7 Mudah mesra dengan orang lain 
8 Menangis apabila ditegur. 
9 Gembira semasa bermain. 
10 Sering berasa sedih apabila ditinggal keseorangan. 
11 Butir percakapan yang jelas. 
12 Perlukan bantuan untuk melakukan sesuatu. 
13 Boleh melakukan sesuatu dengan sendiri. 
14 Fokus apabila menonton tv. 
15 Tahu mengurus kekemasan diri. 
16 Bersikap ingin mencuba sesuatu yang baru. 
17 Memahami percakapan orang-orang di sekitar. 
18 Mampu menjawab dengan betul apabila ditanya. 
19 Bertindak kasar apabila diusik. 
20 Bersikap tenang semasa berbual. 

Nama : Nur Syazwani bt Yusof.

Bil Kelakuan Ya Tidak


1 Suka bertanya 
2 Kerap bermain dengan alat permainan. 
3 Bercakap dengan lancar 
4 Percakapan tergagap-gagap 
5 Berani menjawab soalan apabila ditanya 
6 Malu apabila berjumpa dengan orang yang tidak 
dikenali.
7 Mudah mesra dengan orang lain 
8 Menangis apabila ditegur. 
9 Gembira semasa bermain. 
10 Sering berasa sedih apabila ditinggal keseorangan. 
11 Butir percakapan yang jelas. 
12 Perlukan bantuan untuk melakukan sesuatu. 
13 Boleh melakukan sesuatu dengan sendiri. 
14 Fokus apabila menonton tv. 
15 Tahu mengurus kekemasan diri. 
16 Bersikap ingin mencuba sesuatu yang baru. 
17 Memahami percakapan orang-orang di sekitar. 
18 Mampu menjawab dengan betul apabila ditanya. 
19 Bertindak kasar apabila diusik. 
20 Bersikap tenang semasa berbual. 
Tokoh-tokoh

Erik Erikson Bronfenbenner

Howard Gardner Roman Jakobson


Jean Piaget Peter Salovey

Nama : Muhd Mursyid Bin Zulkefli


IC : 880421-07-5173
Opsyen : PPPRPET (PJ)
Unit : F4
Pensyarah : En. Jalalullail
Tarikh Hantar : 1 April 2008
Asmah Hj Omar. 1993. Bahasa dan Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Daud Hamzah. 1996. Perkembangan Kanak-kanak dan Pembelajaran. Kuala


Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Eve. V. Clark. 1994. The Proceedings of the Twenty-sixth Annual Child Language
Research Forum. Stanford: Stanford Linguistics Association.

Mangantar Simanjuntak. 1989. Pertumbuhan dan Perkembangan Bahasa


Kanak-kanak Melayu. Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu, hlmn12-21.

Mataim Bakar. 1994. Fonologi Dialek Melayu Brunei: Satu Analisis Berdasarkan
Teori Standard Fonologi Generatif. Tesis MA. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Paitoon M.Chaiyanara. 2002. Pengenalan Teori Fonologi. Singapore: Deezed


Consult.

Sanford A Schane. 1992. Fonologi Generatif. Terj. Zaharani Ahmad & Nor
Hashimah Jalaluddin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sinclair,A. Jarvella,R.J. & Levelt, W,J,M. (pnyt.). 1978. The Child's Conception of
Language. New York: Springer- Verlag.

Soenjono Dardjowidjojo. 2000. Echa: Kisah Pemerolehan Bahasa Anak


Indonesia. Jakarta: PT Gramedia Widiasarana.

You might also like