You are on page 1of 7

1.

Refleksi Sorotan Literatur Secara mudahnya dapatlah difahami bahawa untuk menguasai kemahiran menulis

ayat-ayat yang gramatis, pelajar-pelajar atau sesiapa sahaja perlu banyak membaca sumbersumber bahasa yang berbentuk ilmiah. Contoh yang paling mudah adalah surat khabar, majalah-majalah pelajar juga buku-buku teks yang terdapat di sekolah-sekolah. Dalam konteks pelajar tahun Enam Zuhal, oleh kerana mereka berada di dalam kelas yang paling bawah maka pengkaji menerapkan gambar animasi supaya mereka tidak menjadi bosan dan membangkitkan minat mereka untuk cuba sedaya upaya membina ayat berdasarkan gambar animasi tersebut. Seandainya mereka sudah agak maju, barulah pengkaji meminta mereka membaca buku yang lebih mencabar kemampuan mereka. Walau bagaimanapun mereka perlu juga banyak membaca buku-buku, umpamanya buku-buku cerita yang terdapat di perpustakaan sekolah. Amalan ini sedikit sebanyak akan memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar-pelajar dan seterusnya akan mencari bahan-bahan bacaan yang lebih mencabar dan berbentuk akademik. Menurut Kamus Dewan Edisi ke Empat, muka surat 483, gramatis bermaksud berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Ini bermaksud sewaktu hendak membina ayat, perlu mengikut disiplindisiplin tertentu iaitu patuh kepada prinsip-prinsip nahu dan penggunaan tatabahasa yang tepat dan betul. Pengetahuan tentang tatabahasa merupakan unsur penting yang perlu diketahui oleh setiap pelajar dalam mempelajari Bahasa Melayu. Pendek kata ilmu tatabahasa perlulah dikuasai oleh mereka kerana ilmu itu dapat memahirkan dari segi membina ayat untuk tujuan penulisan dan juga sebagai penutur Bahasa Melayu yang baik.

Kelemahan menguasai tatabahasa dalam penulisan dan pertuturan menandakan kurangnya keindahan gaya bahasa atau kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya

Bahasa Melayu. Selain itu amalan ini dapat membantu mereka menghasilkan bahasa tulisan dan bahasa pertuturan yang gramatis. Menurut Kamus Dewan Edisi ke Empat, muka surat 1614, tatabahasa bermaksud pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat (penyusunan kata dalam ayat) dll, nahu. Menurut Kamaruddin Hj. Husin (1988) di dalam bukunya Pedagogi Bahasa, tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semula, ia dikatakan bahasa. Tulisan adalah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat.

Seseorang individu akan dapat menikmati hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran tulisannya. Oleh itu pelajaran menulis sangatlah penting kerana ia bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang. Menurut Noorazman Mahat (2009), murid perlu mahir menulis kerana hampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat. Murid yang tidak menguasai kemahiran menulis yang baik, sering menghadapi masalah untuk menjawab soalan. Lantaran itu murid perlu menguasai kemahiran menulis untuk menghuraikan datadata yang tepat, berupaya menyusun jawapan dalam bentuk yang mudah, teratur dan meyakinkan. Sehubungan itu kemahiran menulis adalah sangat penting dan perlu dilaksanakan berdasarkan penguasaan kemahiran. Roselan Baki (2003) berpendapat, menghasilkan penulisan merupakan suatu proses yang kompleks. Oleh sebab itu penulisan perlulah dilaksanakan mengikut tahap-tahap secara sistematis. Menurut Suhaimi Yunus (2009), ternyata kemahiran menulis dilihat begitu penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana kemahiran ini perlu

dikuasai oleh murid-murid untuk menduduki peperiksaan bertulis. Kemahiran menulis yang efektif amatlah penting untuk kejayaan akademik dalam sistem persekolahan di seluruh dunia. Menurut Chua Soon Bui (2008) pula, berdasarkan Ujian Penapisan K1A2M pada bulan Januari 2008, peratusan dan bilangan murid-murid tahun 1 sekolah kebangsaan yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dalam program K1A2M di Sabah adalah sebanyak 65.5% atau sebanyak 28,700 orang. Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said pula mendedahkan sehingga bulan Mei 2008, seramai 7,430 murid tahun 1 di Terengganu masih belum dapat menguasai kebolehan membaca dan menulis. Sehingga bulan Februari 2010, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mendedahkan 60% murid tahap satu di sekolah rendah seluruh negara masih belum menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis. Fakta-fakta yang dipaparkan menunjukkan masalah penguasaan membaca dan menulis murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia masih lagi pada tahap yang membimbangkan.

Allen (1991), tugas menulis merupakan aktiviti yang kompleks oleh sebab menulis dalam apa jua bahasa pun merupakan aktiviti mental yang kompleks dan melibatkan kemahiran menyelesaikan masalah serta kebolehan berkomunikasi. Tambahan pula penulisan melibatkan kemahiran menulis untuk pelbagai tujuan dan konteks. Menulis bukan sahaja setakat mempelajari struktur dan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu sahaja. Apabila murid-murid menulis, mereka bukanlah penerima bahasa yang pasif (passive receptors) tetapi

berperanan sebagai interaktor aktif (active interactors) yang saling bertindak dengan bahasa yang digunakannya. Tindal & Marston (1990), menulis memerlukan kemahiran berbahasa seperti bertutur, membaca, mengeja dan seterusnya. Johnson & Grant (1989), penulisan juga memerlukan integrasi pelbagai peraturan, kemahiran dan proses seperti tingkah laku kompleks yang lain. Barnow (1989) pelbagai definisi penulisan telah diutarakan oleh pakar penulisan dan bahasa antaranya melihat penulisan sebagai satu cara melahirkan bahasa manusia melalui simbol-simbol yang dapat dilihat. Graham & Harris (1989) ; Graham (1982), dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid berpencapaian rendah ketinggalan berbanding dengan rakan sebaya mereka dan salah satu sebab adalah terdapatnya kekurangan pengajaran penulisan yang efektif. Dell Hymes dalam Mahzan Arshad (2003), selaku pengasas pendekatan komunikatif menyatakan, kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh pelajar untuk memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain dalam konteks sosial. Oleh itu pendekatan ini menegaskan, seseorang yang mempunyai pengetahuan tentang struktur bahasa dan menguasai kemahiran membina ayat dengan gramatis. Pendekatan ini mengharapkan pelajar menulis untuk dibaca oleh pembaca. Oleh itu guru berperanan untuk menggalakkan pelajar menulis dalam situasi kehidupan mereka untuk dibaca oleh masyarakat. Marohaini Yusof (1989), mendapati bahawa guru lebih menumpukan penghasilan isi atau fakta semasa mengajar mengarang dan bukannya aspek penggunaan bahasa yang baik dan teknik mengarang yang berkesan. Oleh itu beliau menyatakan guru tidak merangsang pelajar berfikir untuk menghasilkan cara yang berkesan bagi menyampaikan sesuatu mesej atau idea. Dalam konteks komputer, multimedia merangkumi lima media yang terdiri daripada grafik, animasi, video, audio dan teks. Lima media tersebut bersesuaian dengan perkembangan teknologi komputer masa kini yang

memaparkan grafik, memaparkan teks, memperdengar audio, memainkan video dan menjana animasi di samping kepintaran buatan yang terdapat dalam sistem komputer.

ODay (2006) menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang mengikuti pembelajaran secara animasi memperoleh markah yang lebih tinggi berbanding pelajar yang mengikuti pelajaran secara teks dan grafik. Menurut ODay (2006) lagi, Students who viewed the approximately 3-min PowerPoint/Camtasia Studio animation Calcium and the Dual Signalling Pathway over 15 min scored significantly higher marks on a subsequent quiz than those who had viewed still graphics with text for an equivalent time. In addition, results from students evaluations provided some data validating the use of such animations in cell biology teaching with some interesting caveats

Kajian yang dijalankan oleh Mayer & Anderson (1992) menyatakan bahawa dalam membentuk satu animasi, pengkaji hendaklah memahami bentuk pedagogi yang terbaik untuk para pelajar. Telah terbukti sebelum ini bahawa animasi yang digabungkan dengan penceritaan adalah lebih berkesan berbanding dengan animasi tanpa penceritaan. Menurutnya lagi pelajar akan belajar dengan lebih berkesan apabila perkataan dan gambar digabungkan bersama-sama kesan multimedia berbanding dengan teks semata-mata. Data yang diperoleh ini adalah konsisten dengan teori kognitif yang menyatakan bahawa terdapat limitasi dalam memori, dengan menggunakan visual dan auditori, tahap memori dipertingkatkan.

Selain daripada kajian ini, terdapat satu lagi kajian yang dijalankan oleh Stith (2004) dalam artikelnya yang bertajuk Use of Animation In Teaching Cell Biology. Kajian ini juga mengkaji perbandingan antara penggunaan grafik statik dengan animasi berkomputer. Beliau menyatakan bahawa animasi sangat sesuai digunakan dalam topik-topik biologi yang melibatkan langkah-langkah yang teratur dan mempunyai mekanisme yang tertentu seperti mekanisme pengubahsuaian protein. Kearsly (1996) menyatakan penggunaan animasi bersama-sama dengan bunyi akan dapat mempersembahkan konsep dengan lebih berkesan berbanding dengan ilustrasi statik atau membaca teks. Beliau menyatakan bahawa, short sound effects (e.g. a squeak) or words can be used to highlights certain motions or steps in an animation (although the use of voiceover can increase the animation file size tremendously)

Menurut Williamson & Abraham (1995) dalam Stith (2004), pelajar yang didedahkan dengan animasi bagi proses pengajaran dan pembelajaran tentang konsep kimia mendapat skor peperiksaan yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang menerima pengajaran dalam kuliah yang sama dalam bentuk kuliah pasif tanpa melibatkan penggunaan animasi. Menurutnya lagi, The animations increased lecture time by only 3% - 6%, and the authors suggested that this increase did not play a role in the elevated exam averages. In addition, student contentment was higher in the section that viewed the animations.

Dalam konteks pelajar-pelajar tahun 6 Zuhal, mereka dilihat tidak mempunyai minat yang mendalam dalam membaca buku khususnya buku-buku yang berbentuk ilmiah. Mereka

lebih gemar membaca buku-buku komik yang tatabahasanya sangat tidak memuaskan. Oleh itu, pada pandangan pengkaji mereka perlu diberi kesedaran tentang pentingnya pelajaran untuk masa depan yang lebih cemerlang. Sebagai seorang kaunselor, pengkaji mengambil kesempatan ini untuk memberi tips-tips yang berguna kepada mereka khususnya dari segi sahsiah, persediaan kendiri, ilmu yang berkaitan dengan motivasi diri supaya mereka menyedari bahawa dalam hidup ini hanya ilmu yang dapat menjamin kehidupan kita hingga ke akhir hayat. Pengkaji terpaksa mendekati mereka secara psikologi terlebih dahulu dalam usaha untuk memupuk minat mereka supaya minat membaca bahan-bahan bacaan yang berkualiti dan mengharapkan mereka akhirnya dapat membina ayat-ayat yang gramatis ataupun ayat-ayat yang lengkap dan mantap.

You might also like