/  2
 
 
Datuk Tatparanandam Ananda Krishnan
Tatparanandam Ananda Krishnan
(lahir 1938) merupakanusahawanyang kedua terkaya diMalaysiaserta yang ke-138 di dunia, dengannilai bersih yang dianggarkan sebanyak AS$4 bilion,menurutMajalah Forbes (2005). Beliau terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknyaminyak,  penternakankuda bibit(diAustralia), perjudian, studio kartunHollywood,telekomunikasi,multimedia,  perkapalan,tenaga, danharta tanah.Syarikat- syarikatnya beroperasi di kebanyakan tempat diAsiaTenggara.Pada tahun1985, bersama Bob Geldof dariBritain,  Ananda menjadi penaja konsert
 Band Aid 
yang sulungdan yang memainkan peranan penting dalam pengenalan
 Live Aid 
keAsiaBeliau tidak sukamenonjolkan diri dan sentiasa memeliharakan profilyang rendah, akan tetapi kegiatan-kegiatan perniagaannya yang amat berjaya selalu menyebabkannya menjadi perhatian ramai.Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, iaitu tempat asalnya, latar belakang Ananda sebelumtahun1992merupakan satu misteri. Banyak cerita mengenai kejayaannya melaluikegiatan-kegiatan perjudiannya di Australia dan sebagai pembuat tawaran perniagaan(
dealmaker 
) kini telah pun disiarkan di media tempatan dan asing. Salah satu sukudaripada kekayaannya datangnya daripada usaha perjudian (loteri, pertaruhan perlumbaankuda).Usaha Ananda yang sulung adalah dalam bidang perdagangan minyak. Sebelum 1992,Ananda merupakan seorang pembuat tawaran perniagaan dalam urus niaga minyak mentah yang mempunyai hubungan rapat dengan golongan pemimpin negara dan pegawai korporat industri petroleumdiAsia.Beliau juga amat berjaya dalam pelbagai  bidang perniagaan, termasuknya spekulasi pasaran minyak di Amerika Syarikat.Pada masaTengku Razaleigh Hamzahberada di kemuncak kekuasaannya sebagaiMenteri Kewangan Malaysia,Anandalah yang merupakan rakan yang sentiasamenghadiri perjumpaan-perjumpaan, baik sosial mahupun rasmi, bersama-samanya. Danapabila Tengku Razaleigh terlibat dalam perunding-perundingan yang penting, Anandalahyang menjadi orang perantaraan. Tengku Razaleigh adalah yang memperkenalkanAnanda kepadaDr Mahathir dalam tahun1970-an.Tetapi Ananda sendiri yang telah  berusaha memupuk perhubungan beliau dengan Dr Mahathir. Walaupun hubungannyadengan Dr Mahathir semakin rapat, beliau mengekalkan hubungannya dengan TengkuRazaleigh. Setelah Tengku Razaleigh meninggalkanUMNOdan menubuhkanSemangat 46, Ananda telah memainkan peranan yang utama dalam pemulihan semula hubungannyadengan Dr Mahathir yang berakhir dengan pengembalian Tengku Razaleigh ke UMNO pada tahun1996.

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...