Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
129Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sejarah Malaysia Suzana - Imigran

Sejarah Malaysia Suzana - Imigran

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 8,380 |Likes:
Published by payedd87

More info:

Published by: payedd87 on Aug 27, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/11/2013

pdf

text

original

 
1.0Pengenalan
Tahun 1800 hingga 1900 merupakan titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu. Dalamlingkungan tempoh masa ini, Tanah Melayu bukan sahaja mengalami transformasi politik tetapi juga transformasi sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahansosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatanganorang Cina dan India ke Tanah Melayu. Kedatangan imigran Cina dan India di Tanah Melayutelah bermula sejak zaman kegemilangan Melayu Melaka lagi. Kedatangan mereka pada waktuitu hanyalah sekadar datang untuk berdagang dalam jangka waktu yang singkat sahaja danmereka tidak bercadang untuk menetap di Tanah Melayu dalam tempoh yang lama.Pendudukan British di Tanah Melayu bermula dari pergelokan politik dan perebutantakhta yang berlaku di Perak dan Johor sehingga beberapa negeri di Tanah Melayu telah menjadimilik British. Selepas perjanjian British-Belanda 1824, kedudukan British di Tanah Melayusemakin kuat. Ekoran dari permintaan bahan mentah untuk industri Barat, mencari pasaran baruuntuk barangan siap dan mancari peluang baru untuk pelaburan di Barat, British telahmengeksploitasi semua kelebihan yang terdapat di Tanah Melayu. British bertindak membawamasuk imigran Cina dan India ke Tanah Melayu untuk menampung kekurangan jumlah tenagakerja bagi keperluan penjanaan ekonomi yang ingin dimanipulasi dan dimanopoli. Jumlahkedatangan kedua-dua imigran ini telah meningkat secara mendadak di Tanah Melayu selepasitu. Tindakan British membawa masuk imigran-imigran ini adalah kerana terdapat pelbagaikelebihan pada mereka contohnya berkemahiran dalam mengendalikan aktiviti perlombongandan pertanian yang mampu meningkatkan hasil pengeluaran terhadap hasil bumi yang terdapat diTanah Melayu kepada pihak British.Kesannya kedua-dua imigran ini menguasai dua sumber ekonomi yang berbeza sehinggaterbentuk pola-pola ekonomi terhadap masyarakat. Penambahan penduduk dan peningkatankegiatan ekonomi secara tidak langsung telah mendorong pertumbuhan bandar, jalan-jalan raya,landasan kereta api dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Selain itu juga,kedatangan imigran ini telah memberi kesan yang besar ke atas Tanah Melayu kerana telahmengubah pola kependudukan dan juga membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk.
1
 
2.0Faktor-Faktor Kemasukan Imigran Cina Dan India Ke Tanah Melayu2.1Kemasukan Imigran Cina Ke Tanah Melayu
Imigran Cina ke Tanah Melayu juga adalah kesan permasalahan yang timbul di negara asalmereka dari segi sosial, ekonomi dan politik. Dari segi sosial masalah wujud apabila berlakunya bencana alam seperti kemarau yang panjang dan juga banjir besar. Pengalihan air Sungai Kuningdan Honan ke Shantung telah menyebabkan banjir besar berlaku.
1
Selain itu juga berlakukemarau yang panjang pada tahun 1900.
2
 Kesannya masyarakat tidak dapat meneruskan pekerjaan mereka dan juga menyebabkan masalah kebuluran dan juga penyakit berjangkit.Dari segi ekonomi turut berpunca daripada bencana alam yang berlaku. Selain itu, kesan pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan masalah kepada ekonomi Cina pada masa itu.Keadaan yang tidak stabil dan penambahan penduduk yang ramai menyebabkan berlakunyamasalah bagi mendapatkan pekerjaan. Pada tahun 1741 penduduk Cina berjumlah 137 juta orangmeningkat kepada 430 juta orang pada tahun 1850.
3
Keadaan menjadi bertambah buruk apabilakerajaan Manchu mengenakan cukai yang tinggi dan menyebabkan para petani tidak dapatmembayar cukai yang dikenakan. Terdapat juga petani yang bertindak menjual tanah merekauntuk membayar cukai yang dikenakan. Kesannya, hampir 60 peratus hingga 90 peratus petanikehilangan tanah yang dimiliki mereka. Keadaan ini menunjukkan pertambahan penduduk yangsangat besar jumlahnya berbanding pertambahan kawasan pertanian yang hanya 35 peratussahaja. Jelas ini merupakan faktor mengapa orang Cina bertindak mencari sumber rezeki yang baru.Bukan itu sahaja, keadaan politik di Cina turut menjadi faktor penolak kenapa imigranCina datang ke Tanah Melayu. Keadaan politik Cina pada masa itu adalah tidak stabil keranakerajaan Manchu merupakan sebuah kepemimpinan yang tidak adil dan bersikap diskriminasi
1
Mohd Isa Othman.
Sejarah Malaysia, 1800-1963
. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Hal 173.
2
K. G. Tregonning. 1984.
 A History Of Modern Malaya
. Singapura: Singapore Press. Hal 174.
3
Mohd Isa Othman.
Sejarah Malaysia, 1800-1963
. Hal 173.
2
 
terhadap rakyat mereka. Selain itu, keadaan sosio-politik yang huru hara menyebabkan keadaanmenjadi tidak terkawal dan sering terjadi pembunuhan dan kekejaman. Hal ini menyebabkangerakan menentang pemerintah sering meletus, antaranya ialah Pemberontakan Taiping,Pemberontakan Boxer dan Revolusi Cina. Namun, kebanyakan pemberontakan yang dilakukanmenemui kegagalan dan menyebabkan kerajaan bersikap lebih tegas dan kejam terhadap rakyat.Kesan daripada itu menyebabkan rakyat Cina bertindak dengan keluar daripada negara merekauntuk mencari pekerjaan yang mampu menampung kehidupan.Selain faktor penolak, terdapat beberapa faktor penarik yang menyebabkan imigran Cina berminat untuk berhijrah ke Tanah Melayu antaranya ialah kerana Dasar orang British, kestabilansistem politik Tanah Melayu dan juga perkembangan pesat ekonomi yang berlaku di TanahMelayu pada masa itu. Orang British menggalakkan kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayukerana berpendapat orang Cina mempunyai semangat kerja yang kuat, berdaya usaha dan bersifat keusahawanan.
4
Perkara yang jelas dapat dilihat dalam perkembangan penempatan Cinadi Tanah Melayu ialah hubungannya dengan British. Dikatakan, dimana sahaja bendera British berkibar disana ramai orang Cina bernaung.
5
Kedatangan imigran Cina secara beramai-ramai bermula di Negeri-negeri Selat. Sistem ekonomi bebas yang dijalankan British telahmenggalakkan kedatangan mereka ke Tanah Melayu malahan mereka turut berkembang dikeseluruhan Tanah Melayu sejajar dengan kependudukan British yang menguasai Tanah Melayu.Penghijarahan beramai-ramai Cina ke Tanah Melayu berlaku pada pertengahan kurun ke-19hingga ke-20. Berdasarkan bancian yang dibuat pada tahun 1891, separuh penduduk di Perak,Selangor dan Sungai Ujung merupakan imigran Cina.
6
Kebanyakan mereka berasal dari ChinaSelatan. Kawasan tumpuan mereka merupakan kawasan tumpuan ekonomi yang menjadi penarik utama mereka datang ke Tanah Melayu. Bidang utama dalam kegiatan ekonomi mereka adalah perlombongan.Dasar pemerintahan British yang bersifat liberal telah menggalakkan lagi kemasukan orangCina ke Tanah Melayu. Pelbagai kemudahan disediakan bagi menggalakkan kemasukan imigranCina seperti menyediakan kemudahan seperti subsidi tambang dan juga memperkenalkanundang-undang dan peraturan imigrasi di Tanah Melayu. Kestabilan politik di Tanah Melayu
4
Chan Hon Chai. 1967.
The Development Of British Malaya 1896-1909
. Kuala Lumpur. Hal 102.
5
Sidek Fadzil. 1970.
Sejarah Orang China di Tanah Melayu
. Kelantan: Pustaka Aman Press. Hal 21.
6
Mohd Isa Othman.
Sejarah Malaysia, 1800-1963
. Hal 171.
3

Activity (129)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Napie Husin liked this
Napie Husin liked this
Hafiq Amsyar liked this
Sean Chen liked this
Sean Chen liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->