Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
45Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Soalan 2(a) - Laporan Ujian Diagnostik -Kkbi2009

Soalan 2(a) - Laporan Ujian Diagnostik -Kkbi2009

Ratings: (0)|Views: 2,557 |Likes:
Published by taikkambing

More info:

Published by: taikkambing on Aug 27, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

 
KKBI 2009
LAPORAN UJIAN DIAGNOSTIK – BAHASA MELAYU (PEMULIHAN)SK.ST.FRANCIS XAVIER KENINGAU, SABAHPELAKSANAAN
Ujian Diagnostik memainkan peranan yang penting dalam program Pemulihan Khas. Iadapat membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan-kesulitan yang dihadapioleh murid-murid. Guru akan dapat mengetahui sama ada masalah yang dihadapi olehmurid-murid itu ringan atau kompleks. Berdasarkan analisis Ujian Diagnostik guru akandapat menghalusi dan merancangkan aktiviti-aktiviti pemulihan bagi setiap murid yangmemerlukan pemulihan. Sebelum menjalankan atau mentadbir Ujian diagnostik ini, guruharus mengenalpasti dahulu apakah tujuan utama mengadakan ujian diagnostik ini. Ujiandiagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan - kesulitanyang dihadapi oleh murid. Selain itu membantu guru mengenal pasti punca kegagalanmurid untuk menguasai sesuatu kemahiran. Dengan adanya ujian ini guru mengenal pastikumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapioleh murid. Ini dapat membantu guru merancang satu program pengajaran yang khususpada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Selain itu ujian inimembolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengajar (BBM)yang bersesuaian mengikut tahap murid.Ujian Diagnostik telah mula dijalankan pada 24 Jun 2009. Pada awal pelaksanaan ujiandiagnostik ini guru telah menjalankan ujian lisan kepada murid-murid saya seramai 11orang. Ujian lisan ini jalankan secara individu. Sebelum guru menguji mereka, merekatelah diajar tentang kemahiran yang akan disoal kelak. Semasa ujian lisan dijalankan didapati murid-murid dapat menjawab soalan dengan baik dan tepat.
KEKUATAN
Semasa ujian ini dijalankan sama ada secara lisan dan juga bertulis murid-murid telahmelaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik. Mereka dapat mendangar dan
KKBI 2009 1
 
KKBI 2009
menerima arahan dengan jelas. Oleh kerana bilangan murid yang menjalani ujiandiagnostik ini tidak ramai iaitu seramai 11 orang memudahkan untuk ujian ini dijalankan.Soalan-soalan ujian yang disediakan boleh dikatakan mudah kerana disediakan mengikutaras turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi iaitu pengetahuan,pemahamandan diikuti dengan penggunaan. Semasa ujian dijalankan di dapati murid-murid yakin apabila menjawab soalan. Murid-murid juga memberikan kerjasama yang baikkerana mereka menjawab soalan tanpa banyak bertanya. Dengan penerangan yang jelasdan contoh yang diberikan membuatkan mereka begitu teruja untuk menjalankan ujian ini.Keputusan ujian yang akan direkodkan nanti akan menentukan dan dapat memberipanduan kepada guru untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid - muridtersebut. Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-keterangan atau data-data yang diberi cara mana murid belajar.
KEKANGAN
Semasa menjalani ujian diagnostik ini terdapat beberapa kekangan yang dihadapi.Disebabkan kelas pemulihan ini berkongsi kelas dengan kelas biasa maka murid-muridagak terganggu semasa menjawab soalan. Kebisingan dari kelas sebelah menyebabkantumpuan mereka terganggu. Terdapat juga beberapa orang murid yang mengalamimasalah dalam memahami huruf, nombor, simbol dan perkataan yang ditulis oleh guru. Iniagak menyukarkan mereka untuk menjawab soalan dengan baik dan tepat. Semasa ujiandiagnostik yang pertama dijalankan ada beberapa orang murid tidak dapat menunjukkan
KKBI 2009 2
 
KKBI 2009
huruf yang disebut oleh guru dan juga tidak dapat membatangkan suku kata KV.Kekangan masa juga menyumbang kepada kesukaran untuk menyelesaikan ujian yangdiberikan. Keadaan lebih menyukarkan apabila ada di antara mereka yang mengambilmasa yang agak lama untuk menyelesaikan soalan 1. Murid juga ada yang mengambilkesempatan untuk mengasah pensil agak lama dan apabila masa tamat mereka kelam-kabut untuk menyelesaikan soalan.
KKBI 2009 3

Activity (45)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
dennieboy liked this
HT Hong liked this
Leong Fung liked this
Zaleha Zainol liked this
Dolphin Yee liked this
Abrar Maravilla liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->