2008). Pengajaran ialah satu proses mengajar yang melibatkan aktiviti menerang,menyoal, mendengar, menjawab serta menggalakkan sesuatu. Pembelajaran puladikatakan telah berlaku sekiranya kebolehan murid telah meningkat di antara duamasa yang berlainan. Guru harus menyediakan strategi serta perancangan P&P yangmengintegrasikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dengan teknik-teknikpenyampaian tertentu, serta penggunaan bahan dan aktiviti yang boleh mewujudkaniklim P&P yang kondusif, bermakna dan berkesan untuk meningkatkan kecemerlangandan kualiti pendidikan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990).Sebagai menyahut seruan PPK tersebut saya mengamalkan pedagogi berkualiti melaluikepelbagaian pendekatan, kaedah mahupun teknik agar proses P&P berjalan denganlancar, berkesan dan mampu menarik minat murid-murid untuk belajar. Saya sentiasaberusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kualiti pendidikan dengan mengorbankanmasa dan tenaga dalam membuat perancangan P&P yang rapi dan persediaan yangmencukupi sebelum mengajar serta mengaplikasikan pelbagai Alat Bantu Mengajar(ABM) dan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran.Prof. Dr. Mohd Yusof Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari, UniversitiKebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan, "dengan membuat persediaan rapi, seseorangguru akan lebih yakin untuk berdepan dengan pelajarnya.” (Mohd Fuad Razali,2008b). Saya juga sentiasa kreatif dalam menarik minat murid-murid untuk belajardengan turut menyelitkan unsur kecindan dalam pengajaran supaya mereka tidakbosan dan P&P yang kondusif terhasil. Pelbagai kaedah pengajaran berpusatkanpelajar seperti Kajian Luar, Inkuiri-Penemuan, Sumbang Saran, Pembelajaran Masteridan Konstruktivisme diaplikasikan untuk merangsang perkembangan minda murid ketahap tertinggi bagi mencapai objektif P&P dan seterusnya membolehkan muridmenguasai ilmu yang dipelajari. Dedikasi saya dalam mempelbagaikan kaedah P&P inimemberi ruang kepada murid-murid untuk meningkatkan keupayaan kognitif merekaseperti membuat analisis, sintesis dan penilaian serta melatih murid-murid untukberdikari, bersikap berani dan membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaranbaru dalam situasi yang berlainan pada masa hadapan.Sebagai contoh, saya sebagai guru Geografi STPM tanpa gagal telahmenganjurkan P&P melalui kaedah Kajian Luar. Terbaru, saya telah menganjurkankajian luar untuk murid-murid Geografi STPM di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang.Melalui kajian luar ini murid-murid didedahkan kepada persekitaran sebenar untukmengukuhkan kefahaman mereka tentang teori yang telah dipelajari di bilik darjah.Saya memberi sepenuh komitmen untuk menjayakan aktiviti ini dengan memohonkebenaran daripada beberapa agensi kerajaan, membuat tinjauan awal ke lokasikajian dan menguruskan penginapan serta makan minum murid sepanjang masa kajiandiadakan. Kesemua itu dilakukan di luar waktu bekerja serta menggunakanperbelanjaan sendiri. Bagi mengurangkan beban kewangan murid, saya turut berusahamendapatkan tajaan bagi merealisasikan kajian lapangan itu. Usaha saya ini,selaras dengan pernyataan yang terkandung dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengahiaitu guru merupakan penggerak utama yang boleh mendorong murid secara langsunguntuk meningkatkan perkembangan intelek. Hasilnya, program ini telah menjadiprogram prototaip kepada guru-guru lain kerana didapati ianya mampu merangsangserta mengukuhkan kualiti pengetahuan murid-murid. Hasil dedikasi saya ini jugatelah memperlihatkan bahawa murid-murid saya lebih memahami konsep-konsep yangdipelajari di dalam bilik darjah dan mereka berjaya mengaplikasikannya ketikamenjawab soalan-soalan peperiksaan. Program kajian lapangan seperti ini tidak akanterlaksana serta tidak mencapai matlamat jika saya sebagai guru tidak komited dantidak bersedia berkorban masa, tenaga dan kewangan dalam merancang danmelaksanakannya.Sebagai guru yang mementingkan kecemerlangan akademik murid, saya sentiasaberusaha mendapatkan informasi tambahan berkaitan subjek yang saya ajar melaluipelbagai sumber untuk menambah baik kualiti pendidikan. Saya turut menggunakankemudahan TMK untuk menarik minat murid dalam proses P&P. Informasi tambahan yang