You are on page 1of 4

Solat juga boleh rawat penyakit kritikal

Written by Super Admin


Wednesday, 22 October 2008 15:56 -

Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku
mengenai rahsia solat dari segi sains. Hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal
Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu
meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan
dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk
dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang
wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan
sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

ri alat analisis penyepadanan bio.

1/4
Solat juga boleh rawat penyakit kritikal

Written by Super Admin


Wednesday, 22 October 2008 15:56 -

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul
menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika
solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan
pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang
diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk
mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal
dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila
mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan
selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai
peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu
adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu
berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan
memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih
bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu
tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu
menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan
selamat, berbanding pengambilan darah.

2/4
Solat juga boleh rawat penyakit kritikal

Written by Super Admin


Wednesday, 22 October 2008 15:56 -

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat,
teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan
pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan
melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat,
solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara
sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh
yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai
kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu.
Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar
dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak
penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan
mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga
dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti
berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa,
komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah
akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah
jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan
tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan
beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu
dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan
menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk
wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman

3/4
Solat juga boleh rawat penyakit kritikal

Written by Super Admin


Wednesday, 22 October 2008 15:56 -

sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai
mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum
ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan
pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu
dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap
normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu
dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah
mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa
kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan
lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,”
katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada
posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi
solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu
melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

4/4

You might also like