You are on page 1of 1

Sejarah Pendidikan Alam Sekitar

Merangka suatu garis panduan prinsip, matlamat dan objektif Program Pendidikan Alam Sekitar 1.Persidangan Stockholm pada 5-16 Jun 1972 di Sweden tema "Prinsip dan Alam Sekitar Manusia" olen United Nations bertujuan untuk mencapai satu keputusan tentang pendekatan global yang diperlukan bagi mencari penyelesaian terhadap situasi kemerosotan alam sekitar yang semakin bertambah teruk. 2.Persidangan Tbilisi, Georgia (USSR) pada 14-26 Oktober 1977 mengenai Pendidikan Alam Sekitar yang pertama didunia yang dikendalikan UN Education, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) dengan kerjasama UN Environment Programme (UNEP), yang melibatkan 265 delegasi, 65 pembentang serta pemerhati termasuk 3 organisasi antara kerajaan dan 20 organisasi bukan kerajaan (NGO) antarabangsa. Dalam Persidangan ini, garis panduan, matlamat serta objektif Pendidikan Alam Sekitar Merentas KUrikulum dan latihan dalam pra-perkhidmatan bagi guru-guru telah diputuskan. 3.The Belgrade Charter 1975 4. Persidangan Malta 1991 berkenaan Seminar Latihan Alam Sekitar anjuran UNESCO, seminar ini mengesorkan bahawa matlamat utama Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk 4.1 membantu masyarakat sarwajagat menyedari dan memahami isu-isu alam sekitar 4.2 menguasai kemahiran dan kesungguhan dalam usaha mengatasi isu-isu alam sekitar 4.3 mengekalkan kualiti alam sekitar dan secara langsung dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia. 5. Agenda 21 1992 6. Laporan Kabinet 1979. Hasil Laporan Jawatankuasa Kabinet yang ditubuhkan 1974 memutuskan pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dalam struktur KBSR dan KBSM

You might also like