You are on page 1of 11

Sejarah Dan Pendidikan Alam Sekitar

Stockholm (1974) Tblisi (1977)

nur hafizah jamasri 2012

Matlamat Pendidikan Alam Sekitar


Menggalakkan kesedaran dan keprihatinan terhadap ekonomi, sosial, politik, and saling bergantungan ekologikal di bandar dan luar bandar. Menyediakan peluang kepada semua orang untuk memperoleh pengetahuan, nilai, sikap, komitmen dan kemahiran untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. Menghasilkan corak tingkah laku baru terhadap alam sekitar dalam kalangan individu, kumpulan dan masyarakat seluruhnya
nur hafizah jamasri 2012

Objektif Pendidikan Alam Sekitar


Kesedaran: untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh kesedaran dan sensitiviti terhadap alam sekitar seluruhnya dan permasalahan alam sekitar. Pengetahuan: untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh pelbagai jenis pengalaman dan kefahaman asas terhadap alam sekitar dan permasalahan alam sekitar. Sikap: untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh satu set nilai dan perasaan keprihatinan terhadap alam sekitar dan motivasi untuk aktif terlibat dalam pemeliharaan dannur pembaikan alam sekitar hafizah jamasri 2012

Kemahiran: untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh kemahiran untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah alam sekitar. Penglibatan: untuk menyediakan peluang kepada kumpulan sosial dan individu terlibat secara aktif pada semua peringkat bagi menghasilkan resolusi terhadap masalah alam sekitar. Menurut Muthoka (1985), objektif utama Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk memperbaiki kesedaran, membangkitkan prihatin yang berupaya membawa kepada perubahan komitmen dan mengambil tindakan nur hafizah jamasri 2012

Persidangan Stockholm (1972)


diadakan pada 5-16 Jun, 1972 di Stockholm, Sweden dengan tema Prinsip dan Alam Sekitar Manusia (Human Environment and Principles) mencapai satu keputusan tentang pendekatan global yang diperlukan bagi mencari penyelesaian terhadap situasi kemerosotan alam sekitar yang semakin hari semakin bertambah.
nur hafizah jamasri 2012

Persidangan Tblisi (1977)


persidangan Pendidikan Alam Sekitar yang pertama di dunia dan melibatkan ramai pemerintah atau kerajaan di seluruh dunia diadakan di Tbilisi, Georgia (USSR) pada 14-26 Oktober 1977 garis panduan, matlamat, serta objektif Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dan latihan dalam dan praperkhidmatan bagi guru-guru telah diputuskan
nur hafizah jamasri 2012

Semasa Persidangan Tbilisi 1977 juga terdapat 12 prinsip Pendidikan Alam Sekitar telah ditetapkan iaitu: (i) Mengambil kira keseluruhan alam sekitar termasuklah alam sekitar semula jadi dan buatan, teknologi dan sosial seperti ekonomi, politik, sejarah, budaya, etika dan estetika. (ii) Menjadi satu proses sepanjang hayat, bermula dari peringkat prasekolah dan disambung sehingga peringkat pendidikan formal dan bukan formal
nur hafizah jamasri 2012

(iii) Menggunakan pendekatan merentas kurikulum dengan menerapkan nilai-nilai alam sekitar kepada mata pelajaran khusus setiap disiplin dalam bentuk perspektif yang holistik dan seimbang. (iv) Menilai isu-isu utama alam sekitar dari pandangan tempatan, nasional dan antarabangsa. (v) Memfokuskan kepada potensi situasi alam sekitar terkini dengan mengambil kira perspektif sejarah.
nur hafizah jamasri 2012

(vi) Mempromosikan nilai dan keperluan berasaskan tempatan, nasional dan kerjasama antarabangsa dalam mencegah dan menyelesaikan masalah alam sekitar. (vii) Mengambil kira dengan terperinci setiap aspek alam sekitar dalam plan pertumbuhan dan pembangunan. (viii) Membolehkan pelajar berperanan dalam merancang pengalaman pembelajaran dan mendapat peluang untuk membuat dan menerima keputusan bersama

nur hafizah jamasri 2012

(ix) Menghubungkait sensitiviti alam sekitar, pengetahuan, kemahiran penyelesaian masalah dan nilai yang jelas kepada semua peringkat umur dengan memberi penekanan khusus terhadap sensitiviti alam sekitar. (x) Membantu pelajar meneroka simptom dan penyebab bagi masalah sebenar alam sekitar

nur hafizah jamasri 2012

(xi) Menekankan kompleksiti masalah alam sekitar dan keperluan untuk membina pemikiran kritikal dan kemahiran penyelesaian masalah. (xii) Menggunakan pembelajaran alam sekitar secara pelbagai dan pendekatan pendidikan yang meluas bagi mengajar, belajar tentang dan dari alam sekitar dengan menekankan kepada aktiviti praktikal dan pengalaman sebenar

nur hafizah jamasri 2012

You might also like