You are on page 1of 25

Tajuk : Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Sunnah Karya : Al-Allamah Dr.

Yusuf Al-Qardawi

Terbitan: Budaya Ilmu Sdn. Bhd. Tahun : 1996

Alhamdulillah akan nikmat Iman juga Islam, disusuli selepas itu nikmat akal yang cerdas, badan yang cergas, masa yang lapang, ibu bapa yang penyayang. Lain-lain nikmat tidaklah muat tempatnya untuk penulis tuliskan kerana infiniti kiraannya. Sudah lama penulis idamkan untuk membaca dan memahami buku ini dan alhamdulillah berkait dengan kerja kursus mustolah hadith dapat juga akhirnya penulis tamatkan bacaan dan sedikit memahami kandungan buku ini.

Tidak penulis sifatkan karya Dr. Yusuf Al-Qardawi ini ringan melainkan penulis sifatkan karya ini berat. Kerana ketinggian ilmu Al-Allamah, dapatlah sedikit umat Islam mengambil manfaat. Dan kita merasa kesal dengan satu firqah sesat yang sibuk menyesatkan Dr. Yusuf Al-Qardawi di disiangnya dan kalut mengkafirkan Dr. Yusuf Al-Qardawi di malamnya. Moga Allah s.w.t. menunjukkan jalanNya kepada mereka. Sudah lama buku ini diterjemahkan, dan hanya sekarang penulis membacanya. Sungguh kecil dunia ilmu penulis. Dan tahniah kepada Dr. Huda Mohsin, Dr. Jawiah Dakir juga Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang ketika itu di bawah pimpinan Dr. Muhammad Nur Manuty kerana menterjemah dan menerbitkan buku ini. Inilah yang dikenal sebagai ganjarannya daripada Allah s.w.t.

yang

Ini hanyalah rumusan bab ke-3 daripada buku ini. Penulis rasakan inilah satu bab yang paling penting dalam buku ini. Penulis seperti biasa kerana kecetekan ilmu dan pengalaman membuat rumusan dengan mengambil kembali seperti yang dikatakan oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi dan sesekali mengubah ayat bahasanya mengikut kefahaman penulis. Penulis juga - di setiap akhir tajuk kecil -memasukkan sedikit daripada kesimpulan juga yang difahami penulis. Penulis mengharapkan akan dengan membaca, memahami, dan membuat rumusan sebegini, dapatlah sedikit sebanyak menguatkan akal dan hati penulis untuk terus mengikut jejak-jejak generasi awal yang Allah s.w.t. meredhai mereka dan mereka juga meredhai Allah s.w.t. Tidak dilupakan penulis mengharapkan penguasaan penulis dalam Bahasa Arab meningkat.

Tajuk : Karya

Terbitan: Tahun : 5002

Ini bukunya dalam Bahasa Arab yang menjadi teman sisi ketika penulis membaca buku terjemahnya dalam Bahasa Melayu. Tujuannya adalah kerana penguasaan bahasa. Penulis mengerti belum cukup bahkan tidak memadai hanya dengan cara ini untuk penulis menguasai Bahasa Arab, perlu untuk penulis gandakan usaha.

Buku ini menjadi buku tukaran yang diberikan oleh seorang sahabat penulis yang kini belajar di Tanta University insyallah bakal doktor berprinsip Islam dan penulis juga memberikan kepada beliau buku yang lain. Indahnya bersahabat andai saling memberi. Dan penulis belum lagi mampu untuk membuat rumusan dalam Bahasa Arab. Penulis bercita-cita kepada itu. Insyallah nanti.

Pengenalan As-Sunnah mempunyai kedudukannya yang istimewa dalam Islam. As-Sunnah menjadi sumber syariat Islam selepas Al-Quran. Firman Allah s.w.t.;


Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali-Imran: 31) Kata Al-Hafiz Ibn Kathir (w.774H): Ayat ini adalah pemutus kepada sesiapa yang mendakwa mencintai Allah tetapi tidak di atas jalan Muhammad s..a.w. Maka sesungguhnya dia adalah pendusta atas apa yang didakwa sehinggalah dia mengikuti syariat Muhammad s.a.w. dan agama nabawi dalam semua perkataan, perbuatan, dan hal ehwalnya seperti yang pasti diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari (w.256H) daripada Rasulullah s.a.w.:


Sesiapa yang beramal dengan suatu amalan yang tidak di atas petunjuk Kami, maka amalannya itu ditolak. Al-Mubarakfuri (w.751H) dalam ulasannya berkata: Allah telah memerintahkan dalam ayat ini setiap orang yang mendakwa mengasihiNya supaya mengikut Muhammad s.a.w., dan tidak bermakna mengikutNya kecuali dengan mengikut baginda s.a.w. dalam seluruh perkataan, perbuatan, keadaan dan hidayatnya yang

semua ini adalah hadith nabi. Sudah nyata, bahawa sesiapa yang tidak mengikut hadith nabi dan tidak berpendapat yang berpegang dengannya adalah wajib, maka dakwaan kecintaannya pada Allah adalah wajib, maka dakwaan keimanannya kepada Allah juga dusta. Sesiapa yang dakwaannya dusta, maka dakwaan keimanannya kepada Allah juga dusta tanpa sebarang keraguan lagi. As-Sunnah adalah tafsiran amali bagi Al-Quran dan Rasulullah s.a.w. adalah susuk tubuh yang menunjukkan perlaksaan amali ini. Dalam hanya akhlak, seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (w.261H) daripada Aisyah r.a., ketika Aisyah r.a. ditanya mengenai akhlak Rasulullah s.a.w. maka dijawabnya Aisyah r.a.:

As-Sunnah juga adalah penyelamat kehidupan orang-orang yang beriman di dunia dan akhirat. Orang-orang yang beriman yang menisbahkan dirinya sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah orang-orang yang beriman yang mengikut petunjuk AsSunnah Rasulullah s.a.w. Kata Syeikh Al-Islam Imam Ibn Taimiah (w. 728H); Ternyata bahawa manusia yang paling berhak menjadi firqah najiyyah (golongan yang berjaya) ialah ahl hadith dan sunnah, yang bagi mereka tiada ikutan yang mereka bertaksub kepadanya melainkan Rasululluh s.a.w. Mereka adalah manusia yang paling mengetahui perkataan dan hal ehwal Baginda s.a.w. Mereka dapat membezakan antara hadith yang sahih dan yang cacat. Kata Ibn Taimiah lagi; Kami tidak maksudkan ahli hadith itu hanya terbatas kepada mereka yang mendengar, menulis, dan meriwayatkan hadith. Yang kami maksudkan ialah mereka yang benar-benar menghafal, mengetahui, memahami zahir dan batin, juga mengikuti zahir dan batin. Demikian juga Al-Quran. Paling kurang sifat mereka itu mencintai Al-Quran dan Al-Hadith. Mengkajinya dan maknanya. Beramal dengan segala kewajipan yang mereka ketahui daripadanya. Maka fuqaha ahli hadith lebih mengetahui tentang Rasul daripada fuqaha lain. Kaum sufi ahli hadith lebih mengetahui Rasul daripada sufi yang lain. Para pemerintah ahli hadith lebih berpegang kepada siyasah nabawiyah daripada selain mereka.

Maka dapatlah disimpulkan bahawa As-Sunnah itu penting dalam Islam yang antaranya ialah As-Sunnah sebagai sumber syariat Islam selepas Al-Quran, AsSunnah sebagai tafsiran amali bagi Al-Quran, As-Sunnah sebagai penyelamat kehidupan orang-orang yang beriman di dunia dan akhirat dan banyak lagi. Oleh sebab itu, perlu diterangkan dan dijelaskan akan Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah selepas melihat kepentingan-kepentingannya itu. As-Sunnah Saya membawakan pengertian tentang As-Sunnah; Dari sudut bahasa bererti: At-Tariqah dan As-Sirat, samada jalan yang terpuji mahupun yang yang tercela. Firman Allah s.w.t.;


(Kami menetapkan yang demikian) sebagai suatu ketetapan terhadap rasul-rasul Kami yang Kami utus sebelum kamu dan tidak akan kamu dapati perobahan bagi ketetapan Kami itu. (Surah Al-Isra: 77) Sabda Rasulullah s.a.w.;


Hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Al-Khulafa Ar-Rasyidin selepasku. (Riwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi) As-Sunnah pula daripada istilahnya; Ulamak fiqh membahaskan mengenai Rasulullah s.a.w. daripada sudut segala perkataan dan perbuatan baginda s.a.w. yang tidak terkeluar daripada dalil-dalil hukum syarak yang lima iaitu wajib, sunat, haram, harus, dan haram. Maka AsSunnah munurut ulamak fiqh ialah: Sesuatu yang ditetapkan daripada Rasulullah s.a.w. selain daripada wajib iaitu salah satu daripada hukum-hukum taklif yang lima iaitu wajib, sunat, haram, haram, makruh, mubah.

Ulamak usul pula membahaskan mengenai Rasulullah s.a.w. sebagai pembawa syariat, yang menetapkan kaedah-kaedah yang harus dipatuhi oleh sekalian para mujtahid generasi berikutnya, yang menjelaskan undang-undang kehidupan. Maka, As-Sunnah menurut ulamak usul: Segala sesuatu yang bersumberkan daripada Rasulullah s.a.w. selain Al-Quran samada perkataan, perbuatan, dan taqrir Rasulullah s.a.w. Ulamak hadith pula membahaskan tentang Rasulullah s.a.w. sebagai teladan yang baik dan ikutan samada hidup baginda s.a.w., ataupun ketetapan baginda s,a,w,, ataupun perkataan dan perbuatan baginda s.a.w., ataupun akhlak baginda s.a.w. Maka, As-Sunnah menurut ulamak hadith: Segala sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. samada perkataan, perbuatan, ketetapan, sifat-sifat, dan kisah perjalanan hidup baginda s.a.w. Pengertian As-Sunnah yang bebeza-beza ini berpunca daripada perbezaan pendapat ulamak terhadap objektif bidang kajian mereka masing-masing. Di bawah adalah disiplin-disiplin yang patut dipatuhi ketika berinteraksi dengan AsSunnah;

Pertama: Memahami As-Sunnah Menurut Perspektif Al-Quran Al-Quran merupakan roh dan asas agama Islam. Ia merupakan ibu dan dustur asli di mana segala undang-undang dalam Islam adalah merujuk kepadanya. As-Sunnah An-Nabawiyah menjelaskan dustur ini (Fahmu sunnah fi Dhau'il Qur'an). Ia juga menerangkan Al-Quran secara teori dan praktiknya secara amali (Bayanu taudhih, tafsir). Dengan ini peranan Rasulullah s.a.w. adalah untuk menjelaskan kandungan Al-Quran yang diturunkan kepada manusia. As-Sunnah juga menambah apa yang tidak ada dalam al-Quran (Bayanu tsabit). Tidak sesekali As-Sunnah yang menjelaskan dan menerangkan itu bertentangan dengan Al-Quran. Semacam tidak sesekali yang furu itu bertentangan dengan yang asal. Oleh sebab itu, penjelasan dan penerangan Rasulullah s.a.w. hanya akan berada di sekitar pengajaran Al-Quran dan tidak akan melebihinya.

Dengan itu, tidak akan didapati As-Sunnah yang sahih bertentangan dengan ayatayat Al-Quran yang muhkamat dan penjelasan-penjelasan Al-Quran yan terang. Andai kata terjadi pertentangan, maka ketahuilah bahawa ini menunjukkan bahawa kemungkinan yang tiga; 1. Hadith itu yang tidak sahih, atau 2. Fahaman kita yang tidak betul, atau 3. Tidak ada pertentangan pada hakikatnya. Contoh 1 Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Anas r.a.;


Sesungguhnya bapaku dan bapamu di dalam neraka. Hadith ini diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. ketika baginda s.a.w. ditanya oleh seorang lelaki, di manakah bapaMu? Di sini Dr. Yusuf Al-Qardawi bertanya: Apakah dosa Abdullah bin Abd Muttalib yang menjadikan dia penghuni neraka sedangkan dia adalah daripada golongan fitrah. Mengikut pendapat yang sahih, ahli fitrah terlepas daripada azab neraka. Terlintas di hati saya bahawa yang dimaksudkan dengan bapaku di dalam hadith ini ialah bapa saudaraku. Kemudian Dr. Yusuf Al-Qardawi berdalilkan ayat 133, Surah Al-Baqarah. Jika difahami bahawa bapaku dalam hadith di atas adalah Abdullah maka pemahaman ini bertentangan dengan;


Kami tidak akan mengazab sesuatu kaum sehinggalah Kami utuskan kepada mereka seorang Rasul. (Surah Al-Isra: 15)

Dr. Yusuf Al-Qardawi menyambung: Para fuqaha apabila memperkatakan fitrah yang mereka maksudkan ialah orang-orang yang hidup di antara zaman Nabi Isa a.s. dengan zaman Nabi Muhammad s.a.w. Jarak masa di antara kedua-duanya, menurut riwayat Al-Bukhari daripada Salman ialah selama enam ratus tahun. Kesimpulannya ialah: Maka pemahaman sebenar hadith di atas ialah bapaku itu bermaksud bapa saudaraku berdalilkan ayat 133, Surah Al-Baqarah. Dan pula zaman hidup Abdullah adalah pada zaman fitrah iaitu zaman di antara Nabi Isa a.s. dengan Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak diutuskan pada zaman itu walau seorang Rasul. Dan Allah s.w.t. hanya akan mengazab umat yang sudah diutuskan pada umat itu Rasul (Surah Al-Isra: 15). Contoh 2

- - - -
Maka apakah patut kamu (hai orang-orang musyrik) menganggap al-Lata dan alUzza,. Dan Manah yang ketiga, yang paling terkemudian (sebagai anak perempuan Allah)?. Apakah (patut) untuk kamu (anak) laki-laki dan untuk Allah (anak) perempuan?. Yang demikian itu tentulah suatu pembagian yang tidak adil. Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan bapa-bapa kamu mengadakannya; Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun untuk (menyembah) nya. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka dan sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari Tuhan mereka. (Surah An-Najm: 19-23) Al-Quran dengan jelas mengeji berhala-berhala yang bernama al-Lata, al-Uzza, alManna ini. Tidak dapat diterima akal apabila terdapat hadith yang memuji berhalaberhala ini pula. Contohnya;

Itu adalah Al-Gharaniq yang tinggi dan syafaat daripadanya adalah diharapkan. Kesimpulannya ialah: Maka dengan jelas diyakini bahawa hadith ini tidaklah tsabit di sisi ahli hadith oleh kerana hakikat hadith ini tidak selari dengan Al-Quran. Contoh 3 Al-Quran mengharamkan bangkai, tetapi hukum tersebut dihapuskan oleh AsSunnah untuk bangkai ikan dan belalang dalam hadits berbunyi:

:
Kesimpulannya ialah: Maka diharamkan segala jenis bangkai seperti yang dinyatakan Al-Quran melainkan bangkai ikan dan bangkai belalang seperti yang dinyatakan oleh As-Sunnah.

Kedua: Menghimpunkan Hadith-Hadith Yang Berkaitan Dalam Satu Tajuk Menggabungkan hadith-hadith dalam satu pengertian (Jam'ul ahadits fi maudhu'in wahid). Jika melihat hadith-hadith bertentangan maka digabungkan sehingga dapat satu pengertian yang benar. Hadith-hadith yang mutasyabih hendaklah dirujuk mengikut maksud hadith-hadith yang muhkam. Hadith-hadith yang mutlak hendaklah dihubungkan dengan hadithhadith yang muqayyad. Hadith-hadith yang umum hendaklah ditafsirkan dengan hadith-hadith yang khusus. Dengan demikian, akan jelaslah maksud hadith-hadith tersebut dan tidak bercanggah sesamanya. Contoh 1 Hadith berkenaan dengan isbal iaitu melabuhkan pakaian jatuh melebihi buku lali. Antara contoh-contoh hadith tersebut adalah;

Daripada Abu Dhar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Ada tiga golongan yang Allah s.w.t. tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat: orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang-barang jualannya dengan sumpah palsu, dan orang yang melabuhkan pakaiannya (melebihi buku lali). (Riwayat Muslim) Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: (Orang yang melabuhkan) pakaian hingga di bawah dua buku lali adalah di dalam neraka. (Riwayat Al-Bukhari) Rasulullah s.a.w. bersabda: (Orang yang melabuhkan) pakaian hingga di bawah dua buku lali adalah di dalam neraka. (Riwayat An-Nasai) Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah tidak melihat kepada orang yang mengheret pakaiannya dengan bermegah-megah. (Riwayat AlBukhari) Daripada Abdullah ibn Umar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mengheret pakaiannya dengan bermegah-megah, Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat. Abu Bakr bertanya, Wahai Rasulullah, salah satu daripada tepi kainku labuh kecuali aku terpaksa menjaganya. Nabi s.a.w. menjawab: Engkau bukan daripada orang yang melakukan untuk bermegah-megah. (Riwayat Al-Bukhari) Dan banyak lagi contoh-contoh hadith yang berkaitan dengan isbal ini. Dalam menjelaskan hadith-hadith ini, saya membawakan; Menurut Imam An-Nawawi: Hadith-hadith yang umum tentang masalah ini hendaklah dikhususkan dengan hadith-hadith yang ada kaitannya dengan bermegah-megah. Oleh itu, maksud tegahan di dalam hadith ini ialah bagi orang yang mengheret-heret pakaiannya dengan bermegah-megah. Oleh itu Rasulullah s.a.w. mengharuskan Abu Bakr r.a. kerana Abu Bakr r.a. mengheret pakaian tidak kerana bermegah-megah. Kata Dr. Yusuf Al-Qardawi: Orang yang hendak memendekkan pakaiannya bertujuan kerana menikut sunnah, menjauhi sikap bermegah-megah, menjauhi

khilaf ulamak, dan hendak berpegang dengan yang lebih utama, insyaAllah, akan mendapat pahala dengan syarat dia tidak memaksa orang lain beruat demikian. Kesimpulannya ialah: Maka tidak haram melabuhkan pakaian tidak kerana bermegah-megah. Yang dimaksudkan dalam hadith-hadith berkaitan adalah haram melabuhkan pakaian dengan tujuan bermegah-megah dan balasannya adalah neraka Allah s.w.t. Contoh 2 Hadith yang menyatakan batalnya orang puasa yang berbekam, sementara hadith lainnya menyatakan tidak batal, ternyata setelah digabungkan ditemukan bahawa dalam hadith pertama orang tersebut berbekam sambil mengghibbah dan berdusta sehingga batalnya kerana hal tersebut dan bukan kerana berbekamnya. Contoh 3 Imam Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Umamah Al-Bahili, bahawa ketika beliau melihat alat pertanian (bajak), katanya, Aku mendengar Rasullul ah s.a.w. bersabda:


Tidak masuk alat ini ke dalam rumah sesuatu kaum kecuali Allah akan memasukkan ke dalam rumah itu kehinaan. Zahir hadith ini menunjukkan bahawa Rasullulah s.a.w. membenci kerja membajak tanah dan menanam tanaman yang membawa kepada hinanya orang-orang yang bekerja dalam bidang ini. Apabila dikumpulkan hadith-hadith berkaitan (dan banyak lagi yang tidak dibawakan disini); Rasullulah s.a.w. bersabda: Seseorang Muslim yang menanam, atu mencucuknya kemudian tanaman itu dimakan burung, manusia, atau binatang, itu merupakan sedekah daripada itu. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Rasullulah s.a.w. bersabda: Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan seseorang daripada kamu ada benih pokok tanaman, jika dia sanggup menanamnya sebelum berlakunya kiamat, hendaklah dia menamnya. (Riwayat Al-Bukhari dan Ahmad) Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani (w.852H) berkomentar: Hadith yang mencela alat pertanian iaitu apabila alat pertanian itu digunakan oleh penggunanya, maka dia akan menjadi lalai dan meninggalkan perkara yang sepatutnya ditunaikan seperti meninggalkan kewajipan berjihad Kesimpulannya ialah: Maka dapatlah difahami bahawa kejian Rasullulah s.a.w. pada alat pertanian itu hanyalah jika alat pertanian itu melalaikan seseorang daripada agama.

Ketiga:

Pengelarasan

Atau

Tarjih

Diantara

Hadith-Hadith

Yang

Bertentangan Asasnya, nas-nas syarak yang sahih tidak akan bertentangan diantara satu dengan yang lain. Jika diandaikan ada pertentangan, sebenarnya pertentangan itu hanya pada zahir sahaja tidak pada hakikatnya. Kata Ibn Qudamah (w.620H): Ketahuilah bahawa percanggahan itu bererti saling berlawanan. Hal ini tidak boleh terjadi kepada dua dalil syarak kerana firman Allah dan sabda Nabi tidak saling mendustai antara satu dengan yang lain. Kata Abu Bakar bin Huzaimah (w.311H): Saya tidak mengetahui adanya hadithhadith Nabi yang sahih yang bercanggah. Sesiapa yang menemukan hal tersebut, sampailah kepada saya, saya akan menyelaraskan. Pertentangan diantara nas-nas yang sahih itu dapat di hilangkan dengan penyelarasan (tawfiq) menerima semua nas-nas itu - ataupun tarjih menerima satu nas dan menolak yang lainnya.

Dilihat sejarahnya (ta'arikh), jika tidak bisa digabungkan pengertiannya (tetap bertentangan), maka dilihat mana yang lebih dulu dan mana yang datang kemudian, sehingga yang datang kemudian itu adalah menghapus hukum yang lebih dahulu itu. Tarjih itu menerima satu nas dan menolak yang lainnya. Kaedah ini adalah dengan mencari mana yang lebih sahih (di antara hadith-hadith) dan dibuang yang kurang sahih. Contoh 1 Seperti dalam suatu hadith disebutkan Rasulullah s.a.w. meminta dijadikan orang miskin, sementara banyak hadith-hadith lain Rasulullah s.a.w. meminta kekayaan. Maka digabungkan bahawa yang dimaksud miskin dalam hadith pertama adalah sikap orang miskin yang rendah hati dan tidak sombong. Contoh 2 Seperti hadith nikah Mutah yang banyak dipakai kaum Syi'ah, memang benar Rasulullah s.a.w. pernah membolehkannya dalam satu peperangan tetapi kemudian dihapus selama-lamanya oleh Rasulullah s.a.w. setelah nampak bahaya dan kecelaruannya. Contoh 3 Hadith-hadith berkenaan dengan tajuk perempuan menziarahi kubur. Terdapat banyak hadith-hadith yang membenarkan perempuan menziarahi kubur dan banyak pula hadith-hadith yang melarang perempuan menziarahi kubur. Yang membenarkan lebih banyak daripada yang melarang. Untuk menyelaraskan, Caranya ialah larangan yang tersebut di dalam hadith itu sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Qurtubi adalah kepada wanita-wanita yang terlampau kerap menziarahi kubur. Kata Al-Qurtubi lagi: Sebabnya mungkin perbuatan itu (menziarahi kubur dengan terlalu kerap) akan membawa kepada berkurangnya dia memberi hak dan perhatian kepada suami, (ataupun) berlakunya pendedahan aurat, (ataupun) meraung-raung di atas kubur dan yang seumpamanya. Jika tidak berlaku demikian itu maka diizinkan bagi wanita menziarahi kubur, kerana mengingati mati adalah perlu bagi kaum lelaki dan wanita.

Contoh 4 Hadith-hadith berkenaan dengan tajuk Al-Azal; Daripada Jabir r.a. katanya: Kami melakukan azal pada zaman Rasulullah s.a.w. sedangkan pada masa itu Al-Quran sedang diturunkan. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Daripada Jabir r.a. katanya: Kami melakukan azal pada zaman Rasulullah s.a.w. Perkara itu sampai kepada Rasulullah s.a.w. tetapi baginda s.a.w. tidak menegahnya. (Riwayat Muslim) Daripada Jabir r.a. bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: Aku mempunyai seorang hamba perempuan. Dia adalah khadam kami. Aku mendatanginya tetapi aku tidak suka dia hamil. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Kalau engkau mahu, engkau boleh melakukan azal. Apa yang ditakdirkan kepadanya akan berlaku juga ke atasnya. (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud) Daripada Abu Said katanya: Orang-orang Yahudi berkata azal itu merupakan penanaman anak secara tidak langsung. Rasulullah s.a.w. menjawab: Orang Yahudi berdusta, bahawasanya Allah s.w.t. jika hendak menjadikan sesuatu tidak seorang pun yang boleh menghalangNya. (Riwayat Ahmad) Dan terdapat banyak lagi hadith-hadith yang membenarkan azal. Daripada Judamah binti Wahab Al-Usdiyyah katanya: Aku datang bersama orang ramai menemui Rasulullah s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w.: Aku bercita-cita hendak melarang daripada melakukan ghilah tetapi aku melihat orang Parsi dan Rom melakukan ghilah tetapi tidak membahayakan pun anak mereka. Kemudia orang ramai bertanya tentang azal. Rasulullah s.a.w. menjawab: Itu adalah penanaman anak secara tidak langsung. Perbuatan itu termasuk di dalam firman Allah s.w.t.: Apabila kanak-kanak yang ditanam itu ditanya (Riwayat Ahmad dan Muslim) Dan banyak lagi hadith-hadith yang zahirnya melarang azal. Al-Hafiz Ibn Qayyim (w.751H) telah membuat penyelarasan di antara hadith-hadith ini dengan katanya: Yang didustakan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap orang Yahudi itu ialah pendapatnya yang menyatakan bahawa azal itu tidak sesekali dapat menyebabkan kehamilan. Mereka menyamakan diantara memutuskan keturunan

dengan membunuh anak. Rasulullah s.a.w. memberitahu apabila Allah s.w.t. hendak menjadikan makhlukNya, maka tidak seorang pun yang dapat menghalangNya. Pada hakikatnya, jika Allah s.w.t. tidak mahu menjadikan, ia tidak dinamakan membunuh anak. Jadi ungkapan penanaman secara tidak langsung seperti yang terdapat pada hadith Judamah itu adalah kerana orang itu melakukan azal untuk mengelakkan kehamilan. Tujuannya itu disamakan dengan membunuh anak. Cuma perbezaan diantara kedua-duanya itu ialah penanaman secara langsung adalah merangkumi dua iaitu tujuan dan perbuatan. Adapun azal hanyalah tujuan sahaja tidak perbuatan menanam. Oleh itu perbuatan itu disifatkan sebagai tidak langsung. Dr. Yusuf al-Qardawi menyifatkan penyelarasan yang dibuat oelh Al-Hafiz Ibn Qayyim adalah cukup kuat dan berkomentar: Daripada zahir hadith-hadith yang telah disebutkan di atas, jelaslah bahawa tidak dilarang melakukan azal, kecuali daripada perempuan merdeka, hendaklah dengan izin dan keredhaaan perempuan itu terlebih dahulu kerana dia mempunyai hak untuk berseronok. Kesimpulannya ialah: Perbuatan azal diizinkan dengan kebenaran isteri dan ia termasuk dalam perbuatan membunuh secara tidak langsung tetapi tidaklah ia berdosa.

Keempat: Memahami Hadith Melalui Sebab Berlakunya Perkara Yang Berkaitan Dan Tujuan Hadith Untuk memahami As-Sunnah An-Nabawiyah dengan sebaik-baiknya hendaklah dilihat sebab-sebab khusus mengapa hadith itu berlaku atau juga dikenali sebagai Asbabul Wurud Al-Hadith. Para ulama telah menjelaskan bahawa mengetahui Asbabul Wurud Al-Hadith semacam mengetahui Asbabul Nuzul Ayatul Quran. Ini penting supaya tidak berlaku sebagaimana yang berlaku kepada pelampau-pelampau Khawarij dan yang lainlainnya yang mengambil ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang Musyrikin kemudian menggunakan ayat-ayat ini ke atas orang-orang Muslimin. Ibn Umar r.a. menganggap mereka adalah seburuk-buruk makhluk Allah s.w.t. kerana perbuatan mereka yang menyeleweng daripada kitab Allah s.w.t.

Contoh 1 Seperti hadith antum a'lamu bi umuri dunyakum (kalian lebih mengetahui tentang urusan dunia kalian) hadith ini harus difahami berdasarkan sebabnya, iaitu Rasulullah s.a.w. melewati sekelompok kaum di Madinah yang sedang mengahwinkan pucuk kurma lalu Rasulullah s.a.w. mengucapkan kata-kata yang salah difahami oleh orang-orang tersebut sehingga tahun berikutnya mereka tidak lagi mengahwinkan pucuk-pucuk tersebut yang mengakibatkan gagal subur. Sehingga keluarlah sabda Rasulullah s.a.w. : Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian. Contoh 2 Rasulullah s.a.w. bersabda: Seseorang perempuan tidak boleh musafir melainkan beserta dengan mahramnya. (Riwayat Al-Bukhari) Illah tegahan ini ialah kerana bimbang keselamatan wanita yang bermusafir sendirian tanpa ditemani oleh mahramnya lantaran ketika itu musafirnya dengan menaiki unta atau keldai dan merentasi padang pasir yang luas. Ini berbeza pada zaman sekarang apabila musafirnya itu menaiki bas atau kapal terbang yang penumpangnya itu berpuluh-puluh malahan berates-ratus orang. Maka wanita tidak lagi dikatakan sebagai bermusafir seorang diri. Sebagai mana dijelaskan oleh hadith Rasulullah s.a.w.: Akan berlaku seorang wanita yang bersuami keluar dari Al-Hirah menuju Kaabah dan suaminya tidak bersamanya. (Riwayat Al Bukhari) Contoh 3 Ibn Khaldun telah menafsirkan hadith;


Pimpinan itu daripada orang Quraisy. (Riwayat Ahmad) Bahawa Rasulullah s.a.w. melihat orang Quraisy pada masa itu memiliki kekuatan dan kekeluargaan yang melayakkan mereka memegang jawatan khalifah. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. mensyaratkan orang Quraisy hanya semata-mata untuk

mengelakkan pergaduhan kerana mereka mempunyai keluarga yang banyak dan kuat. Kita menganggap ini sebagai illah mengapa kepimpinan itu untuk orang Quraisy. Dengan itu kita mensyaratkan orang yang hendak menjadi pemimpin kepada orang Islam hendaklah terdiri daripada mereka yang mempunyai keluarga yang kuat supaya orang lain mengikutnya dan bersatu dengannya, maka pemerintahan akan menjadi stabil.

Kelima: Membezakan Diantara Wasilah Yang Dapat Berubah Dengan Tujuan Yang Tetap Bagi Sesebuah Hadith Menjadi kaedah untuk memahami As-Sunnah adalah membezakan di antara wasilah dan juga matlamat sesebuah As-Sunnah. Wasilah itu tidak boleh dianggap sebagai matlamat juga sebaliknya. Bagi orang yang benar-benar faham As-Sunnah dan hikmah-hikmahnya, apa yang penting adalah matlamat yang tetap dan tidak berubah sedangkan wasilah itu boleh berubah mengikut tempat, masa, adat, dan lain-lain. Contoh 1 Hadits bahawa Rasulullah s.a.w. memakai gamis, ternyata banyak hadith yang menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. juga memakai kain Yamani, baju Kisrawaniyyah, dan lain-lain. Ternyata asal daripada hadith-hadith itu adalah tentang pakaian tersebut adalah menutup auratnya dan bukan pada jenis pakaiannya. Contoh 2 Hadith bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan belajar memanah, yang asalnya adalah berlatih menggunakan senjata dan bukan pada panahnya. Demikian pula berkuda, yang asalnya mengendarai kendaraannya dan bukan kudanya. Contoh 3 Sebagai contoh hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang memberi isyarat akan perubatan Rasulullah s.a.w. seperti berbekam, penggunaan lada hitam, penggunaan

habatus saudak, dan bercelak. Sebenarnya, isyarat-isyarat Rasulullah s.a.w. tentang perubatan ini bukanlah tujuan tetapi hanyalah sebagai wasilah. Apa sahaja wasilah yang berlunaskan syarak yang menyampaikan kepada tujuan maka ia termasuk dalam perubatan Islam. Dr. Yusuf Al-Qardawi berkomentar: Setiap cara berubah dari satu masa ke satu masa, dari satu keadaan kepada satu keadaan, oleh itu apabila terdapat nas mengenai salah satu daripada cara-cara tersebut, itu adalah untuk menjelaskan cara yang sesuai pada masa itu dan tidak sesekali kita hanya terikat kepadanya. Bahkan sekiranya kita mendapati satu nas Al-Quran yang menjelaskan satu cara yang sesuai bagi satu tempat atau masa, ini tidak sesekali beerti kita hanya menggunakan cara itu sahaja dan tidak boleh memikirkan cara yang lebih canggih sesuai dengan zaman dan tempat. Contoh 4 Berkenaan dengan hadith-hadith untuk bersiwak dan penggunaannya hanyalah kayu siwak. Persoalannya, adakah siwak itu yang dimaksudkan oleh hadith atau kerana kayu itu boleh didapati dengan mudah di negeri Arab pada masa itu? Syeikh Abdullah Al-Bassam telah memetik pendapat Imam Nawawi: Seseorang yang bersiwak dengan apa jenis alat pun yang dapat menghilangkan bau mulut dapat dinamakan bersiwak seperti menggunakan perca kain dan jari tangan, sepertimana yang dinyatakan dalam Mazhab Abu Hanifah. Kesimpulannya ialah: Inilah bahayanya jika hanya memahami As-Sunnah dengan literal semata-mata tanpa mengetahui matlamatnya. Maka akan dijadikan wasilah Rasulullah s.a.w. sebagai As-Sunnah yang apabila ditanya matlamatnya, langsung kelu lidahnya. Hal ini diberi amaran akan bahayanya pemahaman AsSunnah secara literal oleh Dr. Taha Jabir Al-Ulwani pada mukaddimah buku Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah ini. maka yang perlunya sekarang adalah pemahaman As-Sunnah yang tidak hanya literal tetapi yang lebih utama adalah membezakan antara wasilah Rasulullah s.a.w. dengan matlamat baginda s.a.w.

Keenam: Membezakan Diantara Hakikat Dengan Majaz Bagi Memahami Hadith Membezakan di antara hakikat dan majaz (kiasan). Bahasa Arab mengandungi banyak majaz. Rasulullah s.a.w. adalah orang Arab yang paling tinggi bahasa kiasannya. Oleh itu, tidak hairanlah banyak daripada hadith-hadith baginda s.a.w. menerangkan secara kiasan. Apa yang dimaksudkan dengan majaz di sini merangkumi majaz daripada segi bahasa, akal, istiarah, kinayah, dan istiarah tamsiliyah seterusnya lafaz atau ayat yang tidak menunjukkan makna yang asal. Majaz dalam perkataan diketahui melalui sanad-sanad yang menunjukkan tanda-tandanya seperti tanda-tanda binatang atau tumbuh-tumbuhan. Amatlah penting untuk memahami apa itu majaz supaya tidak salah untuk memahami As-Sunnah. Contoh 1 Sebagai contoh, hadith Yang paling cepat bertemu denganku (Rasulullah s.a.w.) adalah yang paling panjang tangannya. Menurut Aisyah r.a., mereka (isteri dan anak Rasulullah s.a.w.) mengukur siapakah diantara mereka yang paling panjang tangannya. Sebenarnya, panjang tangan di sini diertikan sebagai paling banyak melakukan kebaikan. Ini dibuktikan apabila Zainab binti Jahsy adalah yang pertama mengikut Rasulullah s.a.w. ke alam baqa kerana beliau adalah yang paling kuat bekerja dan yang paling kuat bersedekah. Contoh 2 Di riwayatkan dalam Kitab Al-Lulu Wal Marjan:


Ketahuilah bahawa syurga itu di bawah bayang-bayang pedang.

Jika difahami secara literalnya, maka tidak akan sesiapa temui syurga itu di bawah baying-bayang pedang. Hadith ini sebenarnya menggambarkan bahawa syurga itu di bawah pedang yang berjihad di jalan Allah s.w.t. Contoh 3 Hadith yang menyebut bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Literalnya tidak akan dijumpai syurga itu di bawah telapak kaki ibu, lagi jika ibu itu bukanlah ahli tauhid. Maka pemahaman yang sebenar adalah, syurga itu di bawah telapak kaki ibu mengisyaratkan kepada anak-anak yang ibunya masih hidup supaya berbakti kepada ibunya dan tidak menyakiti ibunya. Dan inilah jalan yang lurus yang akan membawa seseorang anak itu kepada syurga. Contoh 4 Imam Al-Bukhari meriwayatkan;


Sungai Nil, Sungai Furat, Sungai Saihun, dan Sungai Jaihun adalah daripada syurga.


Diantara rumahku dan mimbarku ada sebuah taman (rawdah) daripada taman taman syurga. Andai difahami kedua-dua hadith di atas secara literal, maka akan berlakulah kecelaruan yang besar. Kata Ibn Hazm (w.456H): Kedua-dua hadith ini tidaklah sebagaimana anggapan orang-orang yang jahil yang menyangka bahawa rawdah itu sebahagian daripada syurga dan sungai-sungai itu dari syurga. Pendapat ini keliru dan dusta.

Beliau menyambung bahawa makna rawdah itu sebahagian daripada syurga menunjukkan kelebihannya dan sesiapa yang menunaikan solat di situ dapat membawanya ke syurga. Manakala, sungai-sungai itu yang membawa banyak keberkatan. Oleh itu, di kiasnya berpunca daripada syurga. Kesimpulannya ialah: Inilah bahasa Arab, yang terangkum di dalamnya hakikat dan majaz. Pemahaman bahasa Arab yang baik menjadikan pemahaman As-Sunnah yang baik. Sedangkan bahasa Melayu pun ada kiasannya.

Ketujuh: Membezakan Diantara Yang Ghaib Dengan Yang Nyata As-Sunnah memperkatakan akan perkara ghaib yang akal manusia tidak mampu untuk memikirkannya. Ini adalah seperti malaikat, jin, Al-Arasy, Al-Kursi, Al-Lawh, Al-Qalam, Al-Mizan, As-Sirat, melihat Allah s.w.t. di dalam syurga, dan lain-lain lagi. Apabila manusia mencuba menggunakan akal yang terbatas ini memikirkan akan perkara ghaib, maka jadilah mereka lebih teruk daripada orang buta yang cuba menghuraikan gajah. Gajah yang dapat di sentuh pancaindera pun di huraikan salah dan menyimpang, apa lagi hal-hal ghaib, maka huraiannya menggunakan akal akan lebih jauh salah dan menyimpang. Kaedah apabila berhadapan dengan hal-hal ghaib amatlah mudah iaitu Kami beriman dengan segala hal-hal ghaib yang tsabit daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Andai difikirkan juga akan hal ghaib itu, akan jadilah manusia berfikiran seperti golongan Muktazilah yang menolak akan hal nikmat dan azab kubur hanya kerana logic akal. Para ulamak menggariskan bahawa Islam ini mungkin akan membawa hal-hal yang menghairankan akal, tetapi Islam tidak akan membawa hal-hal yang mustahil pada akal. Sebagai contoh akan hadith yang di riwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim;


Di dalam syurga terdapat sebatang pohon yang besar, jika seseorang penunggang unta berjalan di bawah naungannya selama seratus tahun (dunia), nescaya dia tidak akan dapat menghabiskannya. Persoalannya, apakah dapat difikirkan besarnya pohon itu? Zahirnya, satu hari akhirat itu tempohnya adalah seribu tahun dunia (Surah Al-Hajj: 47). Maka mustahillah akal untuk memikirkan pohon yang besar itu walau sebijak manapun akalnya. Yang betulnya adalah: Kami beriman dengan segala hal-hal ghaib yang tsabit daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Kesimpulannya ialah: Menjadi perkara di luar kemampuan manusia untuk berfikir akan perkara ghaib walau sekuat manapun akal yang diberikan. Maka dalam hal ini, cukuplah dengan penjelasan Al-Quran dan As-Sunnah yang tsabit dan tidak melangkah melebihi penjelasan itu.

Kelapan: Penelitian Kepada Makna Lafaz Hadith Untuk memahami As-Sunnah dengan baik, mestilah dibuat penelitian terhadap makna lafaz yang terdapat dalam As-Sunnah kerana makna sesuatu lafaz itu berbeza diantara satu masa dengan masa yang lain. Sebenarnya memahami makna lafaz perlulah dengan pemahaman salafus soleh. Imam Al-Ghazali berkomentar: Ketahuilah bahawa punca berlaku kesamaran diantara ilmu yang dikeji dengan ilmu yang terpuji ialah mengubah perkataanperkataan yang dipuji kepada makna-makna yang tidak dikehendaki oleh golongan salafus soleh, kemudiannya menyebarkan dengan tujuan buruk. Lafaz-lafaz itu ialah al-fiqh, al-ilm, at-tauhid, at-tadhkir, dan al-hikmah. Ini merupakan perkataanperkataan yang tinggi dan terpuji. Orang yang memilikinya mempunyai kedudukan

tinggi dalam agama. Tetapi sekarang ini telah ditukar kepada makna yang keji yang menjadi tawar hati kerana keburukan orang yang menyandangnya.1 Sebagai contoh ialah perkataan Al-Musawwirin. Perkataan ini difahami sekarang sebagai orang yang menggunakan kamera mengambil gambar. Sebenarnya, perkataan ini patut difahami sebagai orang yang membuat patungpatung. Inilah pemahaman salafus soleh dan inilah yang sebenar. Orang yang menggunakan kamera mengambil gambar pula perlulah dipakai perkataan AlAkkas ketika merujuk kepada mereka.2 Jika menyalahi pemahaman makna lafaz, akan berlakulah kecelaruan ketika memahami As-Sunnah. Kesimpulannya ialah: Memahami makna lafaz itu perlulah dengan pemahaman salafus soleh agar tidak terjadi pemahaman yang menyeleweng mengenai dengan AsSunnah.

Kesimpulan As-Sunnah An-Nabawiyyah itu menjadi sumber kedua selepas Al-Quran yang pandangan kepadanya tidaklah boleh dipandang enteng dan sebelah mata. Menjadi tidak sempurna apabila memperkatakan akan perihal akhidah Islam, tetapi AsSunnah ditinggalkan dibelakang. Dan menjadi cacat apabila membincangkan akan tajuk fiqh tetapi As-Sunnah diletakkan dibelakang. Juga menjadi tidak lengkap apabila bercakap akan perihal Islam, tetapi As-Sunnah dipinggirkan. Menjadi kekesalan yang besar apabila terdapat pihak-pihak yang menempel pada penguasa-penguasa agama menggelar dan melebel pihak-pihak yang bercakap akan perihal As-Sunnah dengan gelaran dan lebelan karut dan tiada asas. Mereka ini sebenarnya mengaku memperjuangkan Allah dan Rasul, tetapi Allah dan Rasul langsung tidak pernah mengaku mereka sebagai pejuang. Seperti kata syair: Semua jejaka mengaku mereka mempunyai hubungan dengan Laila, tetapi Laila tidak

1 2

Ibid Ibid

pernah mengaku mempunyai hubungan dengan mereka. Moga Allah s.w.t. memalingkan hati mereka kepada jalanNya. Usahausaha untuk menjadikan As-Sunnah sebagai sumber agama, sebagai sumber ilmu dan pendidikan, sebagai sumber ekonomi, dan sebagai sumber politik, juga yang lainnya perlulah dipergiatkan dan diperkasakan. Kita berterima kasih kepada ulamak-ulamak Islam yang mendahului kita dalam usaha itu, dan kita perlu berusaha untuk menyusul. Saya mengakhiri penulisan kerja khusus saya ini dengan sepotong doa;


Teguran membina dialu-alukan. Al-Quran

didahulukan, As-Sunnah

Diutamakan. Sekian.

You might also like