Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
1.0PENDAHULUAN
Kejayaan sesebuah organisasi bergantung pada sejauh mana keberkesanan perancangan sumber manusia yang dilaksanakan. Perancangan sumber manusia yang baik memerlukan pengurussumber manusia membuat perancangan secara menyeluruh dengan menyeimbangkan antara permintaan sumber tenaga sama ada dari dalam atau pun luar organisasi dengan penawaransumber tenaga yang ada. Sekiranya perancangan sumber manusia yang dilaksanakan mampumelahirkan tenaga kerja yang memenuhi kehendak dan keperluan organisasi untuk menghadapiserta mengatasi pelbagai bentuk cabaran dalaman dan luarannya, maka organisasi berkenaanakan mampu mengambil faedah daripada perubahan-perubahan persekitaran yang berlaku.Perancangan sumber manusia dapat didefinisikan sebagai aktiviti yang sistematik dankomprehensif yang melibatkan sumber tenaga kerja secara menyeluruh dalam organisasi untuk  jangka masa yang panjang. Perancangan ini turut melibatkan pelan pembangunan yangmemerlukan simpanan tenaga tersebut untuk kegunaan pada masa hadapan. Perancangan sumber manusia bagi organisasi boleh dilihat sebagai proses proses pengurusan yang menyeluruh, suatu proses analisis yang berterusan terhadap keperluan sumber manusia bagi organisasi menghadapicabaran-cabaran yang terhasil daripada perubahan keadaan dan persekitaran perniagaan semasa.Menurut Bohlander, Snell dan Sherman (2001), perancangan sumber manusia merupakan proses membekalkan suatu keperluan akan datang untuk pergerakan sumber manusia ke dalam,antara organisasi dan ke luar organisasi. Tujuan utamanya melibatkan proses mengagihkansumber manusia secara efektif merangkumi “di mana” dan “bila” mereka diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi. Perancangan sumber manusia juga penting untuk mengawalkekurangan dan juga lebihan buruh di pasaran, member peluang kepada golongan lemah,
11
 
minority dan orang tua dan menyediakan suatu keperluan latihan untuk memahirkan pekerja danmembangunkan kerjaya mereka.Manakala Ivancevich (2001) mendefinisikan perancangan sumber manusia sebagai suatu proses atau pun set tindakan yang merujuk kepada persoalan bagaimana organisasi menilai permintaan dan penawaran sumber tenaga kerja pada masa hadapan. Ramalan keperluan sumber masa depan dan kecekapan menggunakan sumber adalah penting disebabkan ketidakstabilanekonomi semasa, persaingan antarabangsa, peluang-peluang yang wujud dan sebagainya.Perancangan sumber manusia organisasi melibatkan apa yang mahu dicapai oleh pekerja,majikan dan organisasi hasil daripada pelaksanaan tugas. Bagi mencapainya, pengurus sumber manusia berperanan penting dalam menetapkan objektif, menyediakan garis panduan danmenentukan strategi untuk mencapainya. Selain itu, pengurus juga bertanggungjawab untuk memperuntukan sumber organisasi bagi memastikan segala sumbangan pekerja di dalamorganisasi dihargai.
22
 
1.1Objektif Perancangan Sumber Manusia
Perancangan sumber manusia merupakan proses menentukan bilangan dan jenis sumber manusiayang diperlukan oleh organisasi pada masa hadapan agar tindakan wajar dapat diambil bagimemastikan ianya memenuhi keperluan. Justeru itu, beberapa objektif telah dikenalpasti dalammemastikan kejayaan perancangan sumber manusia ini. Antaranya adalah:
a.
Meramalkan bilangan dan jenis pekerjaan yang diperlukan pada masa depan(peramalan permintaan pekerjaan). b.Meramalkan bilangan dan jenis pekerja yang sedia ada (peramalan penawaran pekerja).c.Membandingkan permintaan dan penawaran sumber tenaga manusia dalamorganisasi.d.Membentuk dan melaksanakan perancangan sumber manusia.e.Menilai rancangan-rancangan yang telah dilaksanakan untuk menentukankeberkesanannya.
33
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more