You are on page 1of 2

Result, UPS & aku

Di suatu kawasan dalam KMPk Ogos 2010 pukul 11.30 pagi


“Hah! Teruknya keputusan UPS I aku? Kimi’A’ pun dapat B+ ajer..,erghh!!" Nadia rasa geram, marah. Dia
tidur sepanjang hari. Bangun untuk solat zohor dan makan, kemudian tidur. Solat Asar, kemudian tidur. Solat
Maghrib, mandi, makan dan solat Isyak kemudian tidur. Dia bangun untuk solat Subuh, kemudian sambung
tidur lagi.

Aisha pelik dengan perangai teman sebiliknya itu. Tak pernah dia lihat Nadia begitu. ”Nadia..bangun
lah Nadia....dah nak Zohor ni..dari semalam kau tido..tak puas-puas lagi ke?” Aisha mengejutkan Nadia.
Nadia bangun, menunaikan solat Zohor, kemudian baring di atas katilnya kembali. “Kau ni, tak sihat ke Nad?
Asyik tidur aje...”. “Sihat,” ujar Nadia. Aisha dapat melihat tiada langsung keceriaan diwajah sahabatnya itu.
“Habis tu…kau ni kenapa? Ada masalah ke?” “Hmm…” Nadia sekadar mengeluh. “Cite lah kat aku, kot-kot
aku boleh tolong.” Aisha mengambil posisi di sebelah Nadia.

“Aku kecewa lah. Kenapa lah aku study bagai nak rak pun, still tak dapat pointer 4.0? Aku dah buat
semuanya, macam petua nak cemerlang, tapi apa hasilnya? 2.88 je! Tak lepas 3 pun! Kenapa lah aku ni bodoh
sangat! Tengok Faezah tu, bukannya study sangat pun. Main games, enjoy sini sana, tapi dapat 4.0 jugak.”
Luah Nadia panjang lebar.

Aisha tersenyum. “Owh, ini ke masalahnya? Sabar lah Nadia, mintak doa banyak-banyak. 4W1 pasti
makbulkan. 4W1 dah berfirman,‘berdoalah kepada-Ku, nescaya aku akan makbulkan’. “Aku rasa, dah puas
dah aku berdoa, aku buat solat tahajjud, solat hajat aku tak pernah tinggal..tapi? kenapa 4W1 tak nak
makbulkan doa aku?”

“AstaghfirUllah al Azim, jangan kau fikir macam tu.Tepis bisikan-bisikan syaitan seperti itu, Nad. Kau
kena ingat, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah-Nya. Cuba kau fikir balik, banyak hikmahnya dengan
result yang kau dapat tu.” “Aku tak nampak hikmahnya Aisha. Tolonglah aku, aku pun tak nak fikir macam ni,
aku tahu aku banyak dosa.” “Ok tak per, kita review balik hikmahnya.

Pertama - Yang paling penting…percaya lah, 4W1 sayang kat kau sebenarnya….Nad.
DIA rindu nak dengar kau bermunajat dan bermohon kepada-NYA. Dia tak nak kau alpa dan
lupa pada-NYA bila kau senang-senang ajer skor A subjek kimi’A’. 4W1 sayang kat kau, takut
kau jadi ego dan sombong kalau kau tak perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
dapat kejayaan tu.

Kedua - Anggaplah ini didikan terus dari 4W1. Studi kimi’A’ tu, nak kena sabar,
kan? Nak kena kuatkan semangat, lawan perasaan mengantuk, perasaan nak ponteng kuliah,
nak tengok citer Hagemaru lah, dan macam-macam lagilah, kan. 4W1 sedang mendidik kita
supaya bersabar. Kalau kita kurang berjaya, kita cuba lagi dan lagi dan lagi sampailah kita
berjaya…? Tak gitu Nad?. Kalaulah, orang yang mencipta mentol dulu berputus asa, sudah
tentu hari ini kita hidup dengan pelita cap ayam semata-mata. Sebab itu kita tak boleh sama
sekali berputus asa. Mat saleh kata tu.... ala.... Never never ever give up....!!!!
Ketiga - Dalam proses study tu sendiri, kita kena latih diri kita berdisiplin. Study
untuk exam, kita kenalah buat jadual belajar sendiri, dan patuh pada jadual itu, kan? Bukannya
jadual patuh kat kau. Jadi, secara tidak langsung, sebenarnya 4W1 sedang melatih kita
menjadi orang yang bijak merancang dan berdisiplin. Bukan ke itu merupakan elemen yang
amat penting untuk berjaya dalam hidup dalam dunia yang penuh dengan kepura-puraan?

Keempat – Kita perlu ikhlas dalam belajar. Niat kenalah betul. Belajar kerana sapa?
Kita perlu terima hakikat bahawa, mungkin kita masih belum menguasai sesuatu topik
kimi’A’ itu dengan baik. Contohnya konsep bahan penghad. Salah siapa sebenarnya? Salah
lecturer ke? Atau salah makcik cleaner...?? atau pun salah cipan di Zoo Taiping? Tapi la kan....
cuba Nad fikirkan. Kenapa pelajar KMPk yang lain boleh skor kimi’A’? Semua orang kata
kimi’A’ itu M U D A H Insya 4W1... A! Adakah Nadia benar-benar fokus sewaktu belajar?
Cakap Klate koya...?? Adakah kita belajar itu dengan niat untuk faham dan ingat akan
kebesaran 4W1 semata-mata... atau kita sebenarnya merenung buku itu dan sibuk berangan
tentang hal lain atau kita study sekadar untuk habiskan baca lecture note sahaja? Tepuk dada
tanyalah iman. Nadia budak pandai kan...?? Dulu kat sekolah dapat nombor satu ajer kan..??

Hmm..macam mana Nad? Cukup tak sebab-sebab kita kena redha atas setiap pemberian
4W1. Setiap satu nya, pasti ada hikmah tersendiri, kan?” Kau janganlah sedih-sedih. Life is
short... so enjoy it!!! “Betul juga kata kau Aisha. Astaghfirullahalazim..ampunkan aku ya
4W1. Aku hamba-Mu yang dhoif, hina disisi-Mu dan sering saja mudah terlupa.” “Nad juga
jangan lupa, kita sebaik-baik kejadian yang 4W1 ciptakan. Kita adalah orang-orang terpilih,
diberi nikmat Iman & Islam. Kita harus melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di
muka bumi 4W1. Tak kiralah berapa banyak usaha yang harus kita berikan, inilah hidup kita.
Kalau kita tidak hidup untuk 4W1, untuk apa lagi kita hidup? Percayalah pada 4W1. Kita
adalah hambanya, 4W1 jualah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kan… Nadia?

Jadi, kita sebagai seorang manusia muslim tidak boleh sesekali putus asa dari
rahmat 4W1, kita kena sentiasa berusaha dan buat yang terbaik dalam setiap apa
yang kita kerjakan, dengan mengharapkan redha dan barakah dari-NYA. Insya
4W1, kita akan mendapat ketenangan dan kegembiraan, bukan sahaja didunia,
malahan di alam yang kekal nanti.”
Nadia tersenyum puas dan bangga. Terima kasih ya 4W1, diatas kurniaan-Mu seorang sahabat
yang dapat mengingatkan aku, dikala aku kealpaan. Hatinya berasa lebih tenang. Dia berjanji
pada dirinya, dia tidak akan sama sekali putus asa, dan dia akan berusaha dengan seluruh
tenaganya untuk terus berusaha menuntut ilmu dengan sepenuh hati…Kerana 4W1.

P/s- Ahlan wa Sahkan ya Ramadhan alMubarak….!!! Selamat berpuasa untuk semua pelajar
muslim dan warga KMPk….Puasa …puasa jugak… studi kimi’A’ itu M U D A H.... jangan
lupa lak....!!! adios.
Wassalam... Oppss... lupa. Raya nie jemputlah datang ke umah... nak datang sms dulu...ok!

You might also like