Beberapa kemahiran dalam komunikasi adalah seperti kemahiran menimbulkanminat orang, melibatkan pendengar, menghiburkan, mengenalpasti keistimewaan oranglain, membawa topik perbualan yang anda mahir. Manakala kemahiran bagi seorang pendengar pula adalah kemahiran memberi perhatian, mendengar dengan aktif, tumpusepenuh perhatian dengan pertembungan mata, duduk ke hadapan sedikit menghadaporang yang bercakap, memberi maklumbalas lisan/bukan lisan yang positif dan bertanyasoalan untuk penjelasan. Selain itu pendengar perlu memberi peluang orang lain bercakap, pertembungan mata yang wajar, sentiasa sabar, tidak menyampuk, berfikiranterbuka dan mengenalpasti maklumat bukan lisan seperti mimik muka, air muka, pertembungan mata, gambaran perasaan dari suara dan nada suara, gaya duduk atau berdiri
Halangan Komunikasi Berkesan
Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang menyebabkan komunikasi tersebutkurang berkesan. Antaranya adalah pemahaman yang berbeza, maklumat yang tidak mencukupi, semantik - perkataan yang berlapis/ berbagai makna (selalunya kiasan), punca yang diragukan (gosip), keadaan sekeliling yang tidak sesuai seperti bising dansebagainya, leka memikirkan sesuatu, sekatan emosi (tidak mampu meluahkan apa yangdifikirkan), kejadian yang baru berlaku (trauma), kurang minat dan prasangka. Kesemuahalangan ini boleh dikelaskan kepada 5 katogori iaitu halangan fizikal, halangan bahasa,halangan sikap penghantar, halangan sikap penerima dan halangan alam sekitar.
Halangan fizikal
Halangan fizikal merupakan satu jenis halangan yang melibatkan kedua-dua belah pihak.Keadaan fizikal yang membezakan penyampai dan penerima dari sudut pendidikan, latar belakang, pemahaman, tahap intelektual dan sebagainya merupakan halangan yangsangat ketara dalam komikasi. Ada orang yang biasa menggunakan cara komunikasi yangagak kasar dan ada juga yang lemah lembut. Justeru ianya menjadi halangan fizikal yangketara apabila kedua-dua golongan ini berkomunikasi. Ada juga individu yang kurangkemahiran komunikasi sejak kecil.