Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
172Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Masalah ponteng sekolah pelajar sekolah luar bandar

Masalah ponteng sekolah pelajar sekolah luar bandar

Ratings:

3.0

(2)
|Views: 11,315 |Likes:
Published by senseysue

More info:

Published by: senseysue on Aug 28, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/04/2013

pdf

text

original

 
Masalah ponteng sekolah pelajar sekolah luar bandar. Punca dan akibat. 
Disediakan oleh : Suhaiza binti Zainoldin @ Zainuddin (MP 071068 i/c : 840421-08-5906)
ABSTRAK
Kertas kerja ini merupakan satu kajian pendek tentang permasalah pontengsekolah yang berlaku di sekolah luar bandar. Fokusnya adalah untukmengetahui punca pelajar tidak hadir ke sekolah serta mengaitkan dengan akibatponteng terhadap pelajar. Responden yang terlibat adalah 10 orang pelajar tingkatan tiga, empat dan lima yang mencatatkan rekod ketidak hadiran kesekolah paling kerap bermula Januari hingga September 2008. Kaedah yangdigunakan adalah kaedah temubual dan rujukan dokumen berkaitan. Temubualdijalankan kepada pelajar, ibu bapa dan juga kaunselor sekolah berkenaan.Hasilnya didapati pelajar ponteng berpunca dari sikap mereka sendiri yangmalas dan tidak mementingkan pelajaran. Sikap ibu bapa juga yang tidakmenghiraukan anak mereka yang ponteng sekolah menjadi punca masalah inisemakin berlelewasa. Akibatnya 80% pelajar yang ponteng sekolah ini telahterlibat dengan masalah disiplin. Pihak sekolah telah menjalankan pelbagaiprogam untuk mengatasi masalah ponteng. Tetapi kurangnya kesedaran dankerjasama dari pelajar dan ibu bapa menyebabkan program-program ini tidakmencapai matlamatnya. Justeru amat diharapkan pelajar menyedari pentingnyamereka hadir ke sekolah untuk memperoleh ilmu pengetahuan demi masa depanmereka. Ibu bapa juga harus lebih prihatin dalam memastikan anak mereka hadir ke sekolah bagi mengelakkan mereka terlibat dengan masalah sosial yang tidaksihat. Selain itu guru-guru perlu lebih prihatin dengan pelajar dan mengambilberat terhadap pelajar ponteng supaya masalah ini tidak menjadi semakin seriusdi masa akan datang.
 
PENGENALAN
Menurut kamus dewan, ponteng didefinisikan sebagai kecoh, tipu atau lari daritugas dan tanggungjawab tanpa kebenararan. Ponteng merupakan satuperbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Seseorang pelajar dianggap memonteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yangdibenarkan pada hari-hari persekolahan. Sejak akhir-akhir ini masalah inididapati semakin menjadi-jadi dan telah sampai ke peringkat yang serius.Malahan di peringkat Parlimen turut dibahaskan tentang masalah pelajar ponteng sekolah menjadikan ianya bukan sahaja masalah setempat tetapi sudahdianggap masalah negara. Pihak media juga sering menyiarkan berita tentangmasalah ini sehingga pada masa ini pihak guru serta ibu bapa berasa sesuatutindakan yang tegas perlu dilakukan segera sebelum gejala negatif ini sampai keperingkat yang lebih kronik lagi. Menurut laporan yang pernah dikeluarkan olehKementerian Pendidikan, peratus pelajar yang terbabit dengan gejala pontengdidapati semakin meningkat dari semasa ke semasa terutama bagi sekolah-sekolah di kawasan luar bandar.Antara punca pelajar ponteng yang telah dikenal pasti ialah kurang berminatterhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpuncadaripada isi kandungan sukatan pelajaran kita yang banyak memberikantumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal sepertimata pelajaran sejarah, geografi, pendidikan Islam dan sebagainya. Di sampingitu, pelajar juga kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mampu untukmengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan dirimereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yangbanyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yangcerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Merekakebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibubapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebihcerdas.
 
Dalam situasi pelajar dibandar,pelajar mungkin ponteng kerana mereka lebihmementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat dikalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul dipusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi.Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atauberkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankankerana tidak ada unsur-unsur hiburan. Pelajar seperti ini juga tidak mempunyaikesedaran tentang kepentingan pelajaran bagi menjamin masa depan mereka.Oleh itu, mereka lebih mengutamakan unsur-unsur hiburan yang tidak terdapat disekolah.Berbeza dengan situasi dikawasan yang dikaji dimana persekitaran kawasan luar bandar ini dikelilingi dengan pokok kelapa sawit. Tiada wujud pusat membelibelah atau pusat hiburan apatah lagi panggung wayang. Namun masalahponteng masih lagi berlelawasa dan memberi impak yang buruk kepada sekolah.Melihat pelajar yang memakai baju sekolah berada di dalam ladang kelapa sawitsambil merokok dalam waktu persekolahan merupakan satu pemandangan yangamat janggal bagi penduduk sekitar. Jesteru pihak sekolah akan dirujuk dansekaligus ianya memberi kesan negatif terhadap pengurusan dan pentadbiransekolah sekaligus mencemarkan reputasi institusi pendidikan.Apa yang lebih membimbangkan adalah aktiviti yang dilakukan oleh pelajar semasa mereka ponteng. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah terdedah kepadapergaulan dengan golongan yang juga tidak bersekolah. Sama ada rakansebaya yang telah dibuang sekolah atas sebab masalah disiplin atau merekayang tidak mahu ke sekolah. Golongan ini akan banyak menghabiskan masadengan melepak, merokok dan lebih teruk lagi mengambil dadah. Persekitarankawasan pedalaman ini tidak membuka peluang pekerjaan yang meluas kepadagolongan muda mudi. Pekerjaan yang ada hanyalah sebagai pengait buah sawitatau menternak haiwan peliharaan seperti lembu dan kambing. Tidak ramaigolongan muda yang ingin melakukan kerja berat sebegini dan mereka lebihsuka melepak di persimpangan jalan atau merempit tanpa tujuan sepanjang hari.

Activity (172)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Sii Jiing liked this
Hasmadi Nordin liked this
Zabedah Hayat liked this
Eina Bey liked this
Nur Khalisha added this note
gfg
Rojiah Saiwah liked this
anuar_ba liked this
Tan Kooi Hiang liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->