Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
47Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Tulisan Jawi Sebagai Jiwa BM

Tulisan Jawi Sebagai Jiwa BM

Ratings: (0)|Views: 6,597 |Likes:
Published by Mohd Isa Abd Razak
Esei ini ialah kertas kerja saya yang dibentangkan dalam seminar kecil tulisan Jawi di Institut Perguruan Sandakan pada tahun 2004. Esei ini masih sesuai untuk menjadi rujukan pencinta bahasa Melayu, khususnya peminat Jawi.
Esei ini ialah kertas kerja saya yang dibentangkan dalam seminar kecil tulisan Jawi di Institut Perguruan Sandakan pada tahun 2004. Esei ini masih sesuai untuk menjadi rujukan pencinta bahasa Melayu, khususnya peminat Jawi.

More info:

Categories:Types, Research, History
Published by: Mohd Isa Abd Razak on Aug 29, 2009
Copyright:Traditional Copyright: All rights reserved

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/04/2013

pdf

text

original

 
Esei 
TULISAN JAWI SEBAGAI JIWA BAHASA MELAYU
Oleh Mohd Isa bin Abd Razak
(Kertas ini dibentangkan dalam Seminar Tulis Jawi di Maktab Perguruan Sandakan pada 13 Mei1984.)
1.0PENDAHULUAN
1.1Tajuk kertas ini pilihan saya sendiri sebagai menggantikan tajuk asal yangdiberi oleh Pengerusi Seminar Kecil Tulisan Jawi ini kepada saya, iaitu “PelajaranJawi Masa Kini”. Saya tidak dapat membicarakan tajuk asal itu keranakesempitan skopnya dan pengetahuan saya mengenai juga terhad.1.2Saya fikir tajuk yang saya pilih ini sesuai dengan peserta seminar yangsebahagian besarnya terdiri daripada bakal guru. Saya berpendapat merekasangat memerlukan gambaran umumtentang betapa berharganya tulisan Jawi.Hal ini saya bicarakan di bawah tajuk kecil “Tulisan Jawi dalam Sejarah BahasaMelayu”. Isu ini merupakan pokok kertas kerja dan amat sesuai dengan tujuanseminar ini.1.3Supaya kertas kerja ini menjadi lebih lengkap, saya bicarakan juga “TulisanJawi dalam Kurikulum” dan “Sikap Kita Terhadap Tulisan Jawi”. Melalui tajuk-tajukkeci ini saya berharap para peserta terdorong untuk membuat rumusan ke arahmengagungkan semula tulisan Jawi.1.4Sungguhpun tajuk kertas ini pilihan saya sendiri, hal ini tidaklah bermaknaisi dan persembahannya sudah cukup sempurna. Saya mengakui kelemahansaya dan berharap dapat mempelajari sesuatu daripada seminar ini. Kata orang,pada masa ini tiada rotan akarlah berguna. Mudah-mudahan usaha kecil ini ada juga faedahnya.
2.0TULISAN JAWI DALAM SEJARAH BAHASA MELAYU
2.1Para sarjana menamakan bahasa Melayu yang dituturkan pada zamandahulu sebagai bahasa Melayu kuno dan perkembangan bahasa itulah yangmewujudkan bahasa Melayu yang kita kenal pada hari ini. Para sarjana jugamempercayai bahawa bahasa Melayu kuno itu sudah mempunyai huruf dansistem tulisan sejak zaman awal pertumbuhannya. Tulisan itu, yang dipercayaiseakan-akan tulisan Rencong seperti yang terdapat di Sumatera dan tulisan Kawiyang terdapat di Jawa, dikatakan berasal daripada tulisan Kampuchea purba.Tulisan itu tidak dapat kita warisi kerana daun lontar yang dijadikan kertas tulispada zaman itu tidak tahan lama, orang dahulu kurang berminat menyimpannyadan kerana beberapa malapetaka sejarah seperti pembinasaan secara sengajayang dilakukan oleh kalangan istana terhadap segala sesuatu yang berbau Hindudi peringkat awal perkembangan Islam di Kepulauan ini. Oleh sebab kewujudanhuruf dan sistem tulisan bahasa Melayu pada zaman awal pertumbuhannya ituberupa telahan, kita boleh mengatakan bahawa pada masa itu bahasa Melayu
 
bukan bahasa yang penting tetapi “hanyalah merupakan satu daripada lebihkurang 200 bahasa dalam kepulauan Melayu sahaja”.
1
2.2Perkembangan bahasa Melayu kuno dapat dianggap bermula pada abadketujuh Masehi. Ada empat batu bersurat tinggalan abad ini. Batu bersurat yangpertama, dijumpai di Kedukan Bukit di kaki Bukit Siguntang, bertarikh 683 Masehi;batu bersurat yang kedua dijumpai di Talang Tuwo, Palembang, bertarikh 684Masehi; batu bersurat yang ketiga dijumpai di Karang Brahi, Jambi, bertarikh 686Masehi; dan batu bersurat yang keempat ditemukan di Kota Kapur, Bangka,bertarikh 686 Masehi juga. Kesemua batu bersurat itu tertulis dengan huruf Pali(Pallava) iaitu huruf orang Pallava di selatan India. Bahasa yang terdapat padabatu-batu bersurat itu terlalu jauh berbeza daripada bahasa Melayu kini. Parasarjana menganggapnya sebagai contoh bahasa Melayu kuno. Sebuah batubersurat lagi dijumpai di Gandasuli, Jawa Tengah. Batu bersurat itu ditulis denganhuruf Nagiri. Huruf ini berasal dari utara India dan mempunyai hubungan rapatdengan agama Buddha. Batu bersurat itu dianggap sebagai penyata “betapa jauhnya pengaruh bahasa Melayu ketika itu, sehingga sudah sampai ke tengah-tengah Pulau Jawa, satu tempat yang bahasa daerahnya amat berlainan samasekali”.
2
2.3Batu-batu bersurat di atas memperlihatkan bahawa bahasa Melayu kunomenggunakan tulisan yang dibawa dari India. Batu bersirat bertarikh 1356 Masehiyang ditemukan di Pagar Ruyong dan batu bersurat (nisan) bertarikh 1380Masehi di Minye Tujuh, Aceh, menunjukkan bahawa tulisan itu mungkindigunakan hingga abad keempat belas. Catatan pengembara Cina pula, seperti ITsing yang pernah singgah di Sriwijaya pada tahun 672 Masehi, serta beberapabukti sejarah yang lain, menunjukkan wujudnya kata
Melayu 
(Mo-lo-yu) danluasnya penggunaan bahasa Melayu kuno sejak abad ketujuh lagi. Oleh sebabhal ini jugalah maka sarjana-sarjana kita berpendapat bahawa bahasa Melayusudah menjadi bahasa perantaraan (
lingua franca
) lebih awal dari kurun ketigabelas. Profesor Ismail Husain membuat kesimpulan:
“Maka dapatlah kita anggap sebagai satu hal yang pasti, bahawadalam abad ketujuh dan dalam abad-abad berikutnya, bahasa Melayusudah dapat dan memang digunakan sebagai bahasa pengantar kebudayaan, sedang dalam hal-hal tertentu dipergunakan juga bahasa ituuntuk keperluan sedemikian di daerah-daerah yang bukan termasukdaerah bahasa Melayu yang sebenarnya.”
3
2.4Bagaimanapun, kenyataan di atas tidak menunjukkan kepada kitaketinggian bahasa Melayu ketika menggunakan huruf yang dibawa dari India itu.Batu Nisan Minye Tujuh yang bertarikh 1380 Masehi dan masih menggunakanhuruf Pallava, mungkin dapat dianggap sebagai membuktikan bahawa bahasaMelayu sudah begitu tinggi sehingga sudah dapat menjadi bahasa penyataanpuisi yang halus”
4
tetapi tidaklah sebanding dengan mutu bahasa Batu BersuratTerengganu, yang 83 tahun lebih awal daripada Batu Nisan Minye Tujuh itu, lebihdekat dengan gaya bahasa Melayu kini dan kemelayuan bahasanya juga jelas.Sebaliknya, gaya bahasa yang terdapat pada Batu Nisan Minye Tujuh ialah gayabahasa pra-Islam. Lebih menarik lagi apabila kita fikirkan pandangan Profesor 
1
Ismail Hussein, 1981,
Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita
(Kuala Lumpur: Dewanbahasa dan Pustaka), h. 5.
2
 
Ibid 
, h. 21.
3
 
Ibid 
, h. 20-21. Saya Cuma bersetuju setakat
bahasa perantaraan
sahaja.
4
 
Ibid 
, h. 27.
 Jawi Jiwa BM 
2
 
Syed Muhammad Naguib al-Attas yang mengatakan bahawa sebelum Islam tibadi Kepulauan Melayu, tiada terdapat suatu
bahasa umum
yang dapat digelar bahasa Melayu. Menurut beliau,
“Bahasa ‘Melayu kuno’ yang difikirkan orang itu sebenarnya tiada dapatdirumuskan sebagai
Melayu 
, kerana zaman itu nampaknya belum timbulkonsep
bahasa Melayu 
. Prasasti-prasasti kala sebelum Islam tiadamemberi kesimpulan yang cukup dan jelas terhadap bentuk sifat bahasaorang Melayu; hanya seolah-olah tulisan-tulisan yang terpahat padanya,adalah bentuk sifat bahasa campuran bahasa Pali dan lain-lain yangmungkin pula merupakan bahasa golongan tertentu yang tiadamembayangkan bahasa orang sehari-hari. … Nampaknya besar pulakemungkinan bahawa pada zaman pra-Islam tiada terdapat satu tulisantunggal, satu abjad, yang menyatu padu serta dengan kukuhnya mengikatbahasa meliputi golongan-golongan yang dapat diberi gelaran Melayu.”
5
2.5Daripada perbincangan tadi kita dapat membuat beberapa kesimpulantentang kedudukan bahasa Melayu serta tulisannya sebelum kemunculan tulisanJawi. Pertama, bahasa Melayu mula tumbuh pada abad ketujuh Masehi. Kedua,abad ketujuh hingga abad kedua belas merupakan tahap perkembangannyasecara evolusi. Pada tahap ini bahasa Melayu berkemungkinan menjadi bahasaperantaraan di Kepulauan Melayu tetapi belum dapat menyaingi bahasa Jawayang terbukti lebih maju.
6
Pada tahap ini bahasa Melayu belum dapatmenyatukan pelbagai bahasa daerah yang terdapat di Kepulauan ini, iaitu belummenjadi bahasa persatuan kerana belum dianggap standard. Pada tahap ini jugabahasa Melayu mula, secara evolusi, menjadi bahasa ilmu pengetahuan tetapibelum boleh dianggap sebagai bahasa ilmu pengetahuan yang sebenarnya.Ketiga, bahasa Melayu menggunakan berbagai-bagai tulisan tetapi belummempunyai satu sistem tulisan yang praktis.
7
2.6Kemunculan tulisan Jawi membuka lembaran baharu dalam sejarahbahasa Melayu. Sebuah batu bersurat dijumpai pada tahun 1899 Masehi diSungai Teresat, kira-kira, 32 kilometer dari muara Sungai Terengganu. Pada batuitu terpahat huruf Arab-Melayu dianggap tulisan Jawi tertua di Asia Tenggara. Batubersurat itu bertarikh Jumaat, 4 Rejab 702 Hijrah bersamaan dengan 22 Februari1303 Masehi.
8
Inti batu bersurat itu ialah pengumuman sepuluh fasal “syaratundang-undang”. Pengumuman itu dimulakan dengan perisytiharan supayasemua raja dan orang besar yakin dan berpegang teguh pada agama Islam danajaran Rasulullah SAW.2.7Batu itu disurat supaya pengumuman dan perisytiharan itu sampai kepadakumpulan sasarnya. Hal ini bermakna, sebelum tahun 1303 Masehi, sekurang-kurangnya di Terengganu, sudah ada orang yang mengetahui (boleh membaca)tulisan Jawi. Jika tidak, masakan si penyurat memilih tulisan itu untuk
5
Syed Muhammad Naquib al-Attas,
Islam dalam Sejarah Kebudayaan Melayu 
(Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1977), h. 42 – 43.Kenyataan ini saya fahami berkaitandengan bahasa Melayu sebagai
bahasa umum
. jadi, kenyataan ini tidak bercanggah denganmaksud bahasa Melayu sebagai
lingua franca
.
6
Bahasa Jawa pada masa itu sudah tersebar luas. Seni sasteranya tinggi dan digunakan olehmereka yang bertamadun tinggi pula.
7
Ismail Hussein,
op. cit 
., h. 32.
8
Lutfi Abas dan Omar Awang, “Kesan Pengaruh Islam dan Bahasa Arab ke Atas Bahasa Melayu”,dalam
Islam dan Kebudayaan Kebangsaan
, ed. Hamdan Hassan (Kuala Lumpur: Utusan Melayu,1979), h. 101.
 Jawi Jiwa BM 
3

Activity (47)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
zaimankb liked this
Rohaila Mus liked this
Norliza Hussin liked this
Aidah Iedah liked this
Nur Fadhiatun liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->