You are on page 1of 1

Semuanya bermula dengan minat seseorang

Dalam hidup kita mesti ada ada pilihan kerana itu merupakan satu lumrah dalam
hidup seseorang. Minat bermaksud kita melakukan sesuatu tindakan atau perkara
itu dengan penuh kerelaan tanpa rasa menyesal jika gagal mencapai pun perkara
itu. Manakala terpaksa pula berunsur negatif iaitu melakukan sesuatu dengan
perasaan yang berat atau lebih tepat tidak suka melakukan perkara itu.

Dalam hidup pelajar, minat merupakan satu aspek yang amat penting sebelum
peroleh kejayaan dalam peperiksaan. Pelajar yang berminat untuk belajar akan
mendapati bahawa proses pembelajaran begitu menarik dan mudah walaupun
mereka sedang mempelajari bahagian yang paling sukar dalam pelajaran itu. Minat
memberikan satu kesungguhan untuk memahami perkara yang sedang diterangkan
oleh guru dalam subjek tertentu itu.

Pernahkah anda semua terfikir mengapakah anda mudah memahami satu subjek
itu tetapi mengambil masa yang panjang untuk memahami subjek yang lain pula?
Sudah pasti ada pelajar yang mengalaminya dan sekarang anda semua sudah sedar
bahawa perbezaan itu wujud kerana subjek yang anda berjaya itu ialah subjek
yang anda minat.

Jadi bagaimana hendak menimbulkan minat terutama terhadap subjek yang


memang kita benci? Mungkin untuk mendapat kefahaman yang jitu tentang minat
ini pelajar harus sering bertanya kepada diri sendiri beberapa persoalan:

(1)subjek ini amat penting dalam peperiksaan?


(2)subjek ini mampu memberi pengetahuan yang berguna pada masa depan?
(3)apakah keunikan subjek ini yang boleh menarik minat saya?

Semua pertanyaan itu bertujuan untuk mencipta minat dalam diri pelajar kerana
ada sesetengah orang memang sudah mempunyai minat sejak awal lagi tetapi
ramai yang perlu dibangkitkan minat mereka terhadap sesuatu perkara itu.

Kalau pelajar sudah mempunyai minat maka, pelajar sudah memasuki satu alam
yang menyediakan mereka untuk belajar dengan baik.

Ingat minat cetuskan kejayaan anda semua.

You might also like