Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
29Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Generasi X,Y dan Z

Generasi X,Y dan Z

Ratings: (0)|Views: 5,793|Likes:
Published by WHL1437

More info:

Published by: WHL1437 on Aug 29, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

 
SOALAN 1:What will organizations have to do to adapt to the influx of neededGeneration Y individuals?
 Apa yang organisasi harus lakukan untuk menyesuaikan aliran masuk  yang di perlukan oleh individu-individu Generasi Y?
JAWAPAN:
Pengetahuan, kemahiran dan keupayaan seseorang pekerja adalah menjadi keperluandalam setiap organisasi agar mereka tidak ketinggalan dalam arus teknologi moden serta dapatmengelak daripada wujudnya pertembungan budaya di dalam organisasi tersebut. Selain itu,kesesuaian aliran masuk terhadap individu-individu pekerja khususnya kepada Generasi Y dilihatamat penting pada masa kini. Hal ini memberi cabaran yang hebat kepada organisasi dalammenyediakan bentuk kerja yang berkesan dan sesuai dengan keperluan teknologi serta selaridengan mentaliti individu-individu generasi Y.Apabila anda telah mengambil generasi Y menjadi pekerja di dalam organisasi anda,kunci untuk mengekalkan mereka adalah satu tanggungjawab yang berat yang harus diambil kiraoleh pihak organisasi. Pihak organisasi perlu membina perhubungan yang baik dengan pekerjakhususnya terhadap generasi Y. Syarikat harus mewujudkan kunci-kunci atau pun langkah-langkah yang efektif bagi individu-individu generasi Y berasa selesa dan fokus terhadap kerjayang dilakukan di dalam organisasi. Dengan adanya fokus terhadap sesuatu tugas, ianya dilihatmampu meningkatkan motivasi dan memberi kepuasan kerja kepada seseorang pekerja sekaligusdapat menghalang wujudnya pertembungan budaya dalam sesebuah organisasi. Antara langkah-langkah yang harus diambil oleh pihak organisasi untuk kesesuaian aliran masuk bagi individu-individu generasi Y ialah:
1.
Mengambil masa untuk mengenali individu-individu generasi Y yang masing-masing masih di peringkat penyesuaian dalam sesebuah organisasi. Selain itu, pihak majikan haruslah mendengar pendapat mereka serta menunjukkan kepadamereka bahawa anda sebagai majikan benar-benar menjaga tentang kejayaanmereka dalam organisasi dan sentiasa menjaga kebajikan mereka sebagai seorang
 
 pekerja. Hal ini akan dapat menggalakkan pekerja yang terdiri daripada generasiY ini sentiasa mengikut arahan. Selain itu, dengan cara majikan yang sentiasamendengar pendapat-pendapat daripada individu-individu generasi Y ini, merekasebagai pekerja akan dapat mengurangkan tekanan sewaktu menjalankan tugas.Ini kerana pekerja tidak akan terlalu terikat sepenuh masa dengan arahan yangdiberikan kerana mereka bebas untuk menyuarakan pendapat mereka terhadaporganisasi.
2.
Mewujudkan satu hubungan kejurulatihan dengan individu-individu generasi Y.Pihak organisasi akan mencari jurulatih atau pengurus-pengurus yang dapatmembantu mereka berkembang dan meningkatkan kemahiran serta pengetahuandalam menjalankan tugas. Sejak mereka di berikan peluang untuk berada didalam sesebuah organisasi, pihak pengurusan adalah bertanggungjawab dalammemberikan pengetahuan serta pengajian dalam memantapkan kemahiran dirigenerasi Y ini. Dengan menyediakan segala sumber-sumber bagi pengajianmereka, ianya dapat mewujudkan kesesuaian antara pekerja generasi Y inidengan majikan khususnya kepada organisasi itu sendiri. Kesesuaian antara pekerja dengan organisasi merupakan salah satu perkara yang perlu diambil kira.Hal ini kerana tanpa adanya kesesuaian antara pekerja dan organisasi, ia akanmenurunkan produktiviti dalam melaksanakan sesuatu kerja dan sekaligus akanmenggalakkan pertembungan budaya berlaku dalam organisasi.
3.
Selain hubungan antara pekerja dan majikan, pihak organisasi perlu mengaggap pekerja generasi Y sebagai teman, bukan sebagai orang asing ataupun orang luar.Sebagai majikan mereka haruslah mudah untuk didekati apabila individu-individu generasi Y ini memerlukan tunjuk ajar ataupun bantuan. Ini akanmewujudkan serta menggalakkan hubungan sosial di tempat kerja. Seperti yangkita tahu, hubungan sosial di antara majikan dan pekerja adalah sangat penting bagi keharmonian interaksi antara mereka. Dengan wujudnya hubungan sepertiini, ia dapat mengeratkan dan meningkatkan kerjasama dalam perlaksanaan tugasserta dapat mengelak wujudnya pertembungan budaya.
 
4.
Mewujudkan pengkhususan kerja dengan lebih fleksibel dalam aspek jadual,kerja tugasan, hal-hal peribadi dan sebagainya. Dengan wujudnya pengkhususandengan lebih fleksibel, ianya dapat menyeimbangkan antara kerjaya dankehidupan peribadi individu-individu generasi Y. Sebagai contoh yang terdapatdalam kajian kes ini yang menunjukkan campur tangan ibu bapa dalam kerjayaanak mereka. Dalam hal ini, mereka seharusnya dapat membezakan hal-hal peribadi dan hal kerjaya yang mana apabila di waktu kerja, seseorang individutersebut adalah menjadi hak organisasi.
5.
Organisasi haruslah konsisten dalam menyediakan maklum balas yang positif terhadap pekerja dari generasi Y. Apabila melakukan penilaian, pihak pengurusantidak perlu memberitahu tentang kesalahan yang mereka lakukan. Pihaorganisasi haruslah memberitahu mereka tentang bagaimana untumeningkatkan prestasi dari semasa ke semasa. Selain itu, pihak majikanhendaklah memberi maklum balas segera, mengelak perkara yang negatif,menyerlahkan sesuatu yang positif dan yang lebih penting menempatkan merekakembali ke matlamat asal organisasi.
6.
Dengan memberikan mereka pujian, pengiktirafan dan ganjaran-ganjaran bagi prestasi hebat yang dapat dicapai oleh pekerja generasi Y. Dengan cara ini,organisasi akan dapat mengurangkan masalah disiplin dikalangan individu-individu generasi Y ini. Antaranya adalah dapat mengurangkan kadaketidakhadiran dikalangan pekerja kerana apabila seseorang pekerja kerap tidak hadir, mereka tidak akan dapat ganjaran yang disediakan oleh pihak organisasi.Selain itu, pekerja generasi Y ini akan dapat meningkatkan kepuasan hidup jikamereka diberikan pujian, ganjaran serta pengiktirafan daripada pihak organisasi.Secara kesimpulannya, pihak organisasi memainkan peranan yang penting untuk kesesuaian individu-individu generasi Y dalam memasuki sesebuah organisasi. Dengan berpegang kepada matlamat organisasi serta kesugguhan yang tinggi daripada pihak organisasi,individu-individu generasi Y ini akan sentiasa dapat mempertingkatkan prestasi dari semasa kesemasa.

Activity (29)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Wellter Jitap liked this
rajamanikam1990 liked this
doktario liked this
Mukida Namikaze liked this
Su Dir liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->