Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
16Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sajak_2009

Sajak_2009

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 1,373|Likes:
Ramalan SPM 2009 untuk bahagian Sajak. Soalan dan jawapan disediakan.
Sila layari laman berikut untuk maklumat lanjut: Http://www.subrato403.blogspot.com
atau hantar emel: subra403@netscape.net. Terima kasih.
Ramalan SPM 2009 untuk bahagian Sajak. Soalan dan jawapan disediakan.
Sila layari laman berikut untuk maklumat lanjut: Http://www.subrato403.blogspot.com
atau hantar emel: subra403@netscape.net. Terima kasih.

More info:

Published by: SUBRAMANIAM RENGASAMY on Aug 29, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

 
DERITA PERTAMARangkap sajakMaksud sajak
Adam adalah bapa kitayang tercampak dari seberang duniakerana mencari syurgadi celah buah khuldi.Nabi Adam merupakan bapa kepada semua manusia. Bagindatercampak ke dunia kerana telah melanggar perintah Tuhan agar tidak makan buah khuldi.Waktu terlantar di dunia baruhari tengah malamia tidak mengerti apa yang terjadimulutnya bisu.Ketika tiba di dunia ini, hari sudah tengah malam. Baginda rasa sunyidan bersendirian. Baginda tidak mempunyai sebarang teman untukberbual atau berbicara.Ia melihat sekelilingmulai merasa cemas akan kegelapansegumpal awan hinggap ke keningia tidak tahu apakah itu.Baginda berasa cemas dan takut kerana keadaan gelap. Benda-benda di sekelilingnya begitu asing kerana baginda tidak pernahmelihatnya.Sepanjang malam ia tercengangdari hatinya mengalir sungai dukabagaimana akan kutempuh rimba kegelapantubuh seorang.Baginda berasa sedih dan kesal atas perbuatannya namun segalanyatelah terlewat. Baginda mula berasa risau apabila memikirkan apayang perlu dilakukan untuk menempuh hidup baru di dunia ini.Tambahan pula baginda hanya keseorangan di dunia ini.Sepanjang malam air matanyamembelah muka bulan.Baginda terharu dan sedih menghadapi derita pertamanya di duniaini. Baginda menangis sepanjang malam.
 
Jawab soalan-soalan berikut berpandukan sajak di atas.i)Apakah maksud “dari hatinya mengalir sungai duka”?ii) Sekiranya kita telah melakukan suatu kesalahan, apakah tindkan yang patut kita ambil?iii) Jelaskan unsur imejan yang terdapat dalam sajak ini.iv) Apakah keslahan yang telah dilakukan oleh Nabi Adam? Apakah kesan daripada tindakan baginda itu?v)Mengapakah sajak ini diberi judul Derita Pertama?vi)Apakah unsur pengajaran yang terdapat dalam sajak ini?vii)Bagaimanakah keadaan Nabi Adam semasa berada di dunia?viii)Apakah mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca melalui sajak ini?ix)Huraikan persoalan yang terdapat dalam sajak ini.
 
Jawapan soalan kefahaman sajak Derita Pertama
i)Apakah maksud “dari hatinya mengalir sungai duka”?
Perasaan penyajak sangat sedih.
Tidak mampu ditahan-tahan lagi.ii) Sekiranya kita telah melakukan suatu kesalahan, apakah tindkan yang patut kita ambil?
Meminta maaf apabila menyedari bahawa kita telah berbuat salah terhadap seseorang.
Meminta keampunan daripada Tuhan yang Esa dan berdoa agar kesalahan itu diampunkan.iii) Jelaskan unsur imejan yang terdapat dalam sajak ini.
(Imejan ada kaitan dengan deria)
merasa lemas akan kegelapan.
sepanjang malam ia tercengang.
dari hatinya mengalir sungai duka.
ia melihat sekelilingnya.iv) Apakah keslahan yang telah dilakukan oleh Nabi Adam? Apakah kesan daripada tindakan baginda itu?
Nabi Adam telah melanggar perintah Allah dengan memakan buah khuldi yang dilarang akibat pujukan iblis.
Peristiwa ini membuatkan baginda terusir dari syurga dan dicampakkan ke dunia.v)Mengapakah sajak ini diberi judul Derita Pertama?
Hendak menegaskan tentang pengalaman baru yang pertama kali terpaksa dihadapi.
Pengalaman hidup yang menderita merupakan pengalaman yang pertama kerana selama ini Nabi Adamberada di syurga yang hidup baginda memang bahagia, seronok dan gembira.vi)Apakah unsur pengajaran yang terdapat dalam sajak ini?
Manusia harus berfikir secara rasional dan bertindak dengan bijak untuk menghadapi masalah.
Kita janganlah terlalu mengikut perasaan apabila berdepan dengan masalah.
Kita janganlah terpengaruh dengan hasutan danpujukan syaitan.
Kita hendaklah tabah dan redha menghadapi dugaan hidup.vii)Bagaimanakah keadaan Nabi Adam semasa berada di dunia?
Nabi Adam berada dalam keadaan yang sedih.
Baginda menangis sepanjang malam.viii)Apakah mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca melalui sajak ini?
Memberi amaran supaya sentiasa mematuhi perintah Tuhan.
Memberi nasihat supaya sentiasa tabah menghadapi apa sahaja masalah hidup.
Menasihati kita agar tidak mudah terpengaruh dengan pujukan seseorang yang tidak dikenali.ix)Huraikan persoalan yang terdapat dalam sajak ini.
Manusia memerlukan kawan atau teman untuk hidup.
Manusia perlu petunjuk (hidayah) daripada Tuhan untuk menjalani kehidupan di dunia ke arah jalan yangbenar.
 
JALAN-JALAN RAYA KOTAKU
SajakMaksudSaban waktu sepanjang perjalanan jalan-jalan raya kotakulewat senja beginitika gerimis menabur benihmenerima kehadiran warga kotalemas dalam kesabaranlelah meresahkandengan luka parah di hati.Penyajak meluahkan rasa kesal beliau terhadap sikapsesetengah pengguna jalan raya yang tidak bertimbangrasa, tidak sabar dan tidak bertolak ansur ketika beradadi jalan raya. Keadaan bertambah buruk apabila merekaterperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika hujangerimis pada waktu senja.Ketidaksabaran membengkakkesombongan merajai setiap ruangsemakin padat dengan emosikebosanan menggigit pangkal rasa.Pengguna jalan raya bersikap sombong, tidak sabar dandipengaruhi emosi akibat perasaan bosan semasaterperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Merekasemakin jemu dengan kehidupan sedemikian yang tiadapenyelesaiannya.Demikian etika di perjalananbudi luhur warga kotakutidak lagi berlakuyang hadir adalah keserakahanmemacu menghimpun kekuatanmenghakis sopan santunseperti banjir kilatmelanda pinggir perjalananfitrah sang manusiaperadaban kota masa kini.Pengguna jalan raya semakin kehilangan nilai-nilai murniseperti sopan santun, berbudi bahasa dan bertimbangrasa akibat tekanan hidup di kota. Sebaliknya sikapmereka menjadi kasar, angkuh dan terburu-buru keranadikuasai hawa nafsu yang menggugat peradabanmanusia.Jalan-jalan raya kotakuadalah gelanggang kebuasanperlumbaan kebiadabanpara pesakitkemanusiaan semakin mandulpada penghujung musim.Penyajak menggambarkan jalan raya yang dijadikanmedan melepaskan perasaan, bersikap biadap dan tidakbertanggungjawab. Keadaan itu jelas menunjukkanbahawa nilai kemanusiaan semakin terhakis dalamkalangan masyarakat di kota yang serba moden dancanggih ini.Jawab soalan-soalan berikut berpandukan sajak di atas.i)Bagaimanakah perasaan pengguna jalan raya sebagaimana yang digambarkan dalam sajak ini?ii)Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan warga kota berasa tertekan?iii)Jelaskan pengajaran yang terdapat dalam sajak ini.iv)Apakah kesan daripada tindakan pengguna jalan raya ini?v) Apakah maksud ‘personifikasi’? Berikan contoh berdasarkan sajak di atas.vi)Apakah maksud, “kemanusiaan semakin mandul”?vii)Mengapakah penyajak berkata jalan raya itu gelanggang kebuasan ?viii)Huraikan persoalan yang terdapat dalam sajak ini.

Activity (16)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
秋杏 liked this
Fitri Azraien liked this
Mwen' Mps liked this
Tattiana Joe liked this
triasyikin liked this
Chen Zhun Yik liked this
Aiman Mursyidi liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->