You are on page 1of 7

Jurnal Review: Procedures as a way of handling capability problems in the

teaching and implications for more general.


(Derek Torrington,University of Manchester, Manchester, UK)

1.0 Pengenalan

Artikel ini telah ditulis oleh Derek Torrington. Beliau adalah Professor Emeritus

Pengurusan di Universiti Manchester, Beliau pernah menjadi Professor Pengurusan

Sumber Manusia dan Dekan Pengurusan Pembelajaran dalam UMIST. Penyelidikannya

adalah dalam bidang pengurusan, pengurusan sumber manusia, pengurusan sumber

manusia antarabangsa dan pengurusan sekolah-sekolah. Pengarang telah menulis

empat puluh buah buku dan buku yang laris ialah Pengurusan Sumber Manusia yang

dicetak berterusan sejak tahun 1979 dan edisi ketujuh (dengan Laura Hall Dan Stephen

Taylor) akan diterbitkan pada 2007.

2.0 Spesifik Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan penyelidikan yang dijalankan oleh UK

Department Education and Skills, mengenai keberkesanan prosedur untuk memperbaiki

prestasi guru-guru sekolah yang tidak memuaskan.

3.0 Rumusan Kajian

Rumusan pertama yang didapati oleh penulis terhadap ketua-ketua dan yang

ain-lain yang terlibat dalam mentabirkan prosedur setiap kali ditemui, melakukan

1
proses dalam jangka masa yang sangat panjang dan menjemukan. Orang ramai yang

berurusan dengan sekolah merasa gelisah dengan prosedur yang memakan masa ini. Bagi

sekolah yang berkesan akan menanggani masalah guru-guru pada peringkat awal lagi

secara berkesan tanpa melalui prosedur yang panjang. Keengganan ketua untuk

menggunakan prosedur terhadap guru-guru yang bermasalah kerana bimbang hubungan

dengan rakan-rakan sekerja yang terlibat dalam kesatuan akan mencabar mereka di

tribunal. Penulis juga menjelaskan ada di kalangan pengurus memberi alasan tidak pasti

terhadap guru-guru yang sering tidak hadir ke sekolah untuk diambil tindakan yang

mengikut prosedur. Keadaan ini akan memberi masalah kepada tribunal pekerjaan untuk

bertindak mengikut prosedur kerana akan mengambil masa yang panjang. Pengurus-

pengurus merasa bimbang terhadap tindakan yang keterlaluan akan diambil oleh “Local

Education Authorities”(LEA). Kebimbangan ini wujud kerana ada guru-guru yang

sanggup mencabar kewibawaan pengurus dalam aspek perundangan.

Rumusan yang didapati oleh penulis dalam bahagian kajian kedua mendapati

ketua-ketua dan guru-guru telah membandingkan kemampuan seseorang dan apakah ini

bermakna dalam proses pengurusan prestasi. Tiga bidang utama percanggahan antara

ketua-ketua dan perspektif guru-guru dengan tegas mengurangkan kemampuan

penggunaan prosedur sebagai satu alat prestasi yang berkesan dalam pengurusan.

Percanggahan tersebut berlaku apabila kebanyakan guru mengakui bahawa terdapat

aspek pendidikan yang boleh diperbaiki, keduanya percanggahan berlaku kerana

kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti oleh ketua-ketua dan pemeriksa berpusat

terhadap guru-guru yang emosional. Percanggahan ketiga kerana konflik dan semangat

guru-guru terhadap kerjaya semakin berkurangan. Daripada 25 orang guru yang

2
ditemuduga mengiktiraf beberapa aspek ini dalam pendidikan perlu dibaiki. Penulis

mendapati guru-guru yang ditemuduga tersebut dipercayai mereka adalah “guru-guru

yang sempurna”, kecuali mereka enggan untuk melakukan perubahan.

Penulis mendapati implikasi prosedur terhadap lebih kebanyakan permohonan

walaupun dijalankan dalam kawasan sekolah, penyelidikan ini mempunyai implikasi

bagi semua majikan, terutamanya dalam penggunaan prosedur. Penggunaan prosedur

diperlukan kepada pengurus-pengurus untuk mengawal guru-guru dalam menguasai

kemahiran-kemahiran teknikal dan kemahiran asas secara berkesan. Penggunaan

prosedur juga dapat membantu pengurus untuk meningkatkan prestasi pekerja dengan

berkesan dan bermotivasi. Terdapat juga pekerja yang emosional telah memberi masalah

dalam pengukuran prestasi. Oleh itu, pengurus terpaksa mencari satu kombinasi yang

berkesan untuk melaksanakan prosedur kepada pekerja yang emosional tersebut.

Implikasi penggunaan prosedur dan kebaikannya telah dihuraikan oleh penulis

adalah untuk mengawal hubungan pengurus dengan guru-guru yang bermasalah

terutamanya yang berlaku dalam bilik darjah adalah selaras dengan kehendak undang-

undang pekerjaan. Masalah ini timbul apabila ada dikalangan guru yang bermasalah telah

memuat turun pornografi kanak-kanak di bilik darjahnya ke dalam komputer dan ini

menjadi satu kes jenayah yang perlu ditangani mengikut prosedur undang-undang.

Implikasi penggunaan prosedur juga wujud dalam pengurusan prestasi kerana

penulis mendapati 79 dari 96 orang majikan telah menilai semua kakitangannya. Tetapi

beliau merasa bimbang mengenai sistem penilaian itu dilakukan secara tidak berkesan

untuk meningkatkan prestasi di kalangan pekerja.

3
Penulis telah membuat kesimpulan dengan menyarankan kepada seseorang

pekerja untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran asas, tidaklah perlu menggunakan

prosedur yang formal kerana ia tidak mungkin akan berjaya untuk mencapai kemahiran.

Pengurus-pengurus yang mengambil tindakan prosedur yang salah terhadap subodinatnya

akan menanggung risiko yang besar dan subordinat akan bersikap emosional. Penulis

juga mendapati dalam bahagian kajian kedua telah menekankan lagi dilema dikalangan

guru-guru dan pekerja apabila aspek-espek kemahiran diambil kira dalam pendekatan

pengurusan prestasi. Kesukaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu terhadap subordinat

akan menghalang pengurus untuk mengukur prestasi mereka. Oleh itu, penulis

menyatakan bahawa semua prestasi dinilai oleh pengurusan terhadap subordinat melalui

kemampuan mereka dalam aktiviti-aktiviti masing-masing. Pengurus-pengurus perlu

menggunakan prosedur-prosedur untuk mengesahkan aktiviti-aktiviti pekerja mereka

sendiri supaya lebih berkesan dalam penilaian prestasi.

4.0 Kritikan

4.1 Kekuatan Kajian

Pada pandangan saya, penulis telah mencapai objektifnya dalam menganalisa

dapatan penggunaan prosedur dalam dua bahagian kajian yang dilakukan oleh

Department Education and Skills , Universiti Manchester. Kaedah kajian yang digunakan

oleh penulis sebagai satu pilihan yang besar dan mewakili pihak berkuasa, yang berbeza

geografi, saiz dan oleh ciri-ciri sosioekonomi Penulis telah melakukan 56 kajian kes

4
termasuklah di sekolah-sekolah yang menggunakan prosedur untuk mengatasi masalah

ketidak berkesanan dalam profesion pendidikan.

4.2 Kelemahan Kajian

.Pada pandangan saya, kaedah kajian yang digunakan oleh penulis melalui perbualan

telefon dengan pihak berkuasa tempatan tidak dapat memberi gambaran sebenar dalam

penggunaan prosedur kerana tidak mempunyai bukti-bukti yang kukuh kerana tidak

mempunyai sampel dan data-data soal selidik serta item-item soalan yang dikemukakan

sebagai sampel kajian. Data-data kajian dinyatakan secara umum dan tidak konsisten

seperti yang dinyatakan dalam bidang kajian pertama dinyatakan 61% responden dan

puratanya ialah 7.2 dalam kajian secara pos bagi setiap LEA. Bagaimanapun item-item

soalan tidak dinyatakan secara jelas. Oleh itu, kejituan kajian agak kurang berkualiti.

Penulis juga menyatakan implikasi-implikasi terhadap penggunaan prosedur oleh

pengurus dalam mengukur prestasi kakitangannya yang memerlukan kemahiran teknikal

dan kemahiran asas. Prosedur-prosedur ini juga tidak dinyatakan secara jelas apakah

kehendak-kehendak penilaian itu yang diperlukan dalam menilai prestasi seseorang oleh

pengurus. Adakah 79 daripada 96 majikan itu telah memberi penilaian mengikut

prosedur yang telah ditetapkan. Persoalan ini juga berlaku dalam sistem pendidikan kita

apabila pengurus sekolah melakukan penilaian prestasi yang tidak mengikut prosedur

yang sebenarnya akan berlaku kepincangan.

Oleh itu, untuk menghasilkan kajian berkualiti hendaklah mempunyai keesahan

dan kebolehpercayaan yang dapat memenuhi prosedur-prosedur kajian secara saintifik

dan sistematik.

5
6.0 Kesimpulan

Hasil dapatan beliau mengenai penggunaan prosedur yang digunakan oleh

pengurus dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru dan staff adalah

berkurangan dan terdapat juga yang tidak dilaksanakan secara langsung kerana memakan

masa yang agak lama. Keadaan ini juga berlaku dalam sistem pendidikan kita di Malaysia

dalam penggunaan prosedur untuk kenaikan pangkat, tindakan disiplin kepada kakitangan

yang bermasalah dan masalah-masalah lain dalam pentadbiran pendidikan yang perlu

mengikut berbagai peringkat. Peringkat-peringkat tersebut yang berlaku di Malaysia

sekiranya mengikut prosedur bermula dari sekolah, jabatan pendidikan daerah, jabatan

pendidikan negeri dan seterusnya sampai ke kementerian. Keadaan ini akan berlaku

keciciran maklumat kadang-kadang masalah itu terhenti di sesuatu peringkat. Akhirnya

masalah itu akan mengambil masa yang terlalu lama dan ada yang tidak dapat mencari

jalan penyelesaian apabila pegawai yang menguruskan bertukar tempat.

Bagi menjamin keberkesanan prosedur dalam sistem pendidikan, aspek yang

paling penting yang perlu wujud bagi mana-mana sistem pendidikan ialah dasar

pendidikan itu sendiri. Dasar pendidikan merupakan acuan kepada pembentukan sistem

pendidikan dan menjadi panduan yang amat penting dalam melaksanakan prosedur dalam

sistem pendidikan. Tanpa dasar yang jelas, perlaksaaan sesuatu prosedur pendidikan akan

menjadi terumbang ambing dan tidak tentu arah. Kemungkinan juga pelaksanaan sistem

akan mengikut suatu arah pada satu ketika dan kemudiannya mungkin juga bertukar

haluan pada lain masa. Kadangkala perubahan haluan atau arah ini boleh berlaku kerana

6
faktor kepimpinan, kewangan, pengaruh politik dan lain-lain.. Oleh itu, penggunaan

prosedur mestilah dapat memenuhi dasar, misi dan visi sistem pendidikan itu sendiri

Rujukan :

Kepimpinan & Pembangunan Pelajar Sekolah Di Malaysia


Author: Yahya Don, Aziah Ismail, Yaakob Daud
Binding: Softcover, 219 pages
Publisher: Pts Professional Publishing Sdn Bhd

www.emeraldinsight.com/0142-5455.htm

You might also like