You are on page 1of 5

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


PPBJJ
PRO-FORMA KURSUS PRA-SISWAZAH
SEMESTER 1 SESI 2009-10
1. Pusat pengajian : Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi

2. Program Pengajian : Program Sains Politik 3. a. Kod Kursus : SKSJ1033


b. Bilangan Kredit : 3
4. Tajuk Kursus : Pengantar Falsafah Politik 5. Tahap Kursus : Wajib Program
Wajib Fakulti/Pusat/Program/Elektif
6. Hari/Masa Kuliah
29 OGOS 2009 / 8.30pg-1ptg; 2.00-3.30ptg Bilik : 3A 401 / Bilik Seminar 1, PPSPS
31 OKTOBER 2009 / 8.30pg-1ptg; 2.00-3.30ptg
7. Pengajar 1 : Tel : 012 3220611 (sms)
Prof Madya SALIHA HASSAN E-mel : saliha105@yahoo.com
Hari/Masa Untuk Pertemuan : Bilik : Blok E, Paras 6, 3E 303
Temu janji

8. Objektif Kursus dan Hasil Pembelajaran :


i. Memperkenalkan pelajar tentang disiplin Falsafah Politik dan perbezaannya dengan disiplin-
disiplin Sains Politik yang lain.
ii. Mendedahkan pelajar kepada persoalan-persoalan pokok dalam disiplin Falsafah Politik.
iii. Membiasakan pelajar dengan tokoh-tokoh Falsafah Politik Yunani, Barat, Timur dan Islam.

9. Sinoposis Kandungan Kursus (seperti dalam buku panduan dan tambahan)


Kursus ini bertujuan memperkenalkan pelajar kepada bidang kajian Falsafah Politik. Ia merangkumi
skop dan ciri-ciri Falsafah Politik yang membezakannya dengan sub-sub bidang lain dalam kajian Sains
Politik, persoalan-persoalan pokok yang bersifat universal dan aliran-aliran besar dalam Falsafah Politik.
Tujuannya ialah supaya pelajar memahami bahawa persoalan-persoalan pokok Falsafah Politik adalah
bersifat universal bagi semua masyarakat dan pada semua zaman. Yang berbeza mungkin penekanan
kepada aspek-aspek tertentu sahaja berdasarkan pilihan tokoh-tokoh itu sendiri ataupun tuntutan semasa
masyarakat masing-masing.
Melalui kursus ini, pelajar akan mengenal beberapa konsep utama dalam Falsafah Politik, seperti;
tanggungjawab politik, kuasa, kebajikan am, kebebasan individu, keadilan, kesamaan hak, kesamarataan,
hak asasi, keadilan sosial, utopia, elitisme, kedaulatan, kehendak umum dan masyarakat sivil. Antara
tokoh-tokoh yang akan dibincangkan ialah Socrates, Plato dan Aristotle (tokoh Falsafah Politik Yunani);
Kungfi Tze (Tokoh Falsafah Politik Cina); Gandhi (Tokoh Falsafah Politik India); Rousseau, Hobbes dan
Machiavelli (Tokoh Falsafah Politik Barat); serta Al-Farabi, Al-Ghazzali dan Iqbal (Tokoh Falsafah
Politik Islam)

10. Bahan Pengajaran/Peralatan :

Laptop dan LCD


Pen Marker dan Pemadam
Artikel yang diedarkan dalam Kelas
15. Jadual Pengajaran*

Tajuk Catatan
1 Pengenalan • Menerangkan Proforma
• Pengenalan kepada falsafah politik.

2 Persoalan pokok dalam falsafah politik • Perbincangan berasaskan kepada


sepuluh persoalan pokok falsafah politik
yang digariskan oleh Tender (1979).
• Pelajar digalakkan mengenengahkan
persoalan kontemporari yang relevan

3 Aliran dominan falsafah politik


• Membincangkan lima aliran dominan
falsafah politik iaitu konservatisme,
liberalisme, realisme, sosialisme dan
utilitarianisme.
• Mengenali beberapa tokoh pelopornya
• Mengenengahkan aliran penting yang
lain seperti Islam, neo-konservatif,
pasca-modenis

4 Falsafah politik Yunani • Membincangkan 3 serangkai tokoh


falsafah Yunani : Socrates, Plato dan
Aristotle.
• Membincangkan konsep keadilan sosial,
bentuk kerajaan dan pemerintah yang
ideal, kehidupan yang baik (the good
life)
• Mengenal persoalan falsafah politik
utama Socrates/Plato

5 Aristotle Mengenal falsafah politik Aristotle tentang


• bentuk negara baik dan buruk
• system pemerintahan yang terbaik

6 Kungfu Tze Membincangkan falsafah politik Kungfu Tze


tentang
• negara ideal
• kepimpinan Chunzu.
• kepentingan rakyat

7 Al-Farabi Meneliti falsafah politik Al-Farabi tentang


• negara ideal Madinah al-Fadilah
• perbandingan dengan falsafah politik
Aristotle
• kelayakan & tanggung jawab pemimpin

8 Al-Ghazali • Mengenali konsep khalifah yang


diutarakan oleh Al-Ghazali.
• Memahami asas Islam yang menjadi
landasan falsafah politik beliau
.
9 Gandhi • Memahami falsafah Gandhi yang
mendasari strategi tindakan politik
ahimsa dan satyagraha
• Membincangkan sinkritisme dalam
falsafah politik Gandhi di antara falsafah
politik liberal dan ajaran Hindu

10 Rousseau Memahami falsafah politik Rousseau tentang


• Perjanjian sosial
• Kebebasan individu
• Kebajikan am
• Demokrasi langsung

11 Machiavelli Meneliti falsafah politik Machiavelli tentang


• pendekatan realpolitiknya yang terkenal
dengan “ Matlamat menghalalkan cara”.
• ciri pemimpin yang berkesan
menurutnya
• kebajikan rakyat
• persoalan KUASA

12 Hak sivil dan hak semulajadi • Membincangkan hak-hak sivil dan hak-
hak semulajadi dan ciri-cirinya dari
beberapa perspektif falsafah politik.
• Membincangkan isu-isu politik
kontemporari yang menjadi persoalan
pokok falsafah politik

13 Review • Review fokus dan kandungan utama


tajuk-tajuk di atas
• Memahami kesignifikanan fokus
tersebut dalam konteks politik masa kini
(tidak terhad kepada Malaysia)
• Membincangkan kerelevanan falsafah
politik dalam konteks realiti politik

14 Penilaian kefahaman • Perbincangan terarah dengan


berpandukan tajuk terpilih
• Tugasan (25%) berdasarkan bahan
rukujan yang diberikan

14 Disediakan oleh : Prof Madya Saliha Hassan Tandatangan:_______________________


Diperakukan oleh :__________________________ Tandatangan:______________________
(Ketua Program)

Tarikh :__________________

*Catatan: Tertakluk kepada perubahan.

You might also like