Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
Konsep seorang guru menurut perspektif Islam”
Pengenalan
Bagi membincangkan tajuk “Konsep seorang guru menurut perspektif Islam”maka perlu difahamai terlebih dahulu akan konsep pendidikan menurutIslam.Pendidikan menurut Islam mempunyai kedudukan yang tinggi. Ini dibuktikandengan wahyu pertama yang disampaikan kepadaNabi Muhammads.a.w. yangmenyuruh bagainda membaca dalam keadaan beliau yang ummi. Di samping itu,wahyu ini juga mengandungi suruhan belajar mengenaliAllahs.w.t., memahamifenomena alam serta mengenali diri yang merangkumi prinsip-prinsipaqidah,ilmudan amal. Ketiga-tiga prinsip ini merupakan teras kepada falsafahpendidikan Islam.Definisi pendidikan juga kerapkali menampakkan perbezaan dalam penekanandan konsepnya di kalangan sarjanaBarat. Ahli falsafahAmerika,John Dewey  menyatakan bahawa pendidikan adalah “The process of forming fundamentaldispositions, intellectual and emotional forwards nature and fellow men.”Prof. H. Hone pula berpendapat: “Education is the eternal process of superior adjustment of the physically developed, free conscious, human beings to God asmanifested in the intellectual, emotional and relational environment of men.”Ahli falsafahYunaniyang terkenal,Platomengatakan pendidikan bererti memberi keindahan dan kesempurnaan yang mungkin diberikan kepada jasmanidan rohaniDilihat dari takrif yang diberikan Srajana Barat, difahamkan bahawa pendidikanitu hanya sebagai proses melatih akal, jasmanu dan moral supaya dibentukmenjadi manusia dan warganegara yang baik. Manakala menurut perspektif 
 
Islam, pendidikan mempunyai pengertian dan konsep yang lebih luar atausyumul.Prof. Hassan Langgulung (1987) menegaskan pendidikan sebagai merubah danmemindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu masyarakat melaluipelbagai proses. Proses pemindahan tersebut ialah pengajaran, latihan danindoktrinasi. Pemindahan nilai-nilai melalui pengajaran ialah memindahkanpengetahuan dari individu kepada individu yang lain; dan latihan ialahmembiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh kemahiran, sementaraindoktrinasi pula menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan olehorang lain. Ketiga-tiga proses ini berjalan serentak dalam masyarakat primitif danmoden.Dr. Yusuf al-Qardawi (1980) pula mendefinisikan pendidikan sebagai pendidikanbagi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak, dantingkahlaku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia bagi menghadapimasyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dankepahitan.Kesimpulannya, pendidikan menurut Islam ialah satu proses berterusan untukmerubah, melatih, dan mendidik akal, jasmani, dan rohani manusia denganberasaskan nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi melahirkan insanyang bertaqwa dan mengabadikan diri kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkankejayaan di dunia dan akhirat.
Konsep Pendidikan
Pendidikan berakar umbi daripada perkataan didik yang bererti pelihara, ajar dan jaga. Setelah dijadikan analogi,pendidikanboleh dihuraikan sebagai satu prosesyang berterusan untuk menjaga dan memelihara pembesaran tubuh badan danpertumbuhan bakatmanusiadengan rapi supaya dapat melahirkan orang yang
 
berilmu, baik tingkah laku dan dapat mengekalkan nilai-nilaibudayadi kalanganmasyarakat.
‘Pendidikan’ di dalam Bahasa Arab
Walaupun ketiga-tiga istilah (di bawah) merujuk kepada pendidikan, ‘tarbiyah’adalah yang tepat dan sering digunakan. Ini adalah kerana perkataan ‘tarbiyah’menurut sarjana Pendidikan Islam berasal dari “rabb” yang merujuk kepada Allahs.w.t sebagai pendidik umat manusia
Ta’lim
Firman Allah s.w.t. bermaksud :“Dan Dia telah mengajaNabi Adamakan segala nama benda-benda dangunanya, kemudian ditunjukkan kepadaMalaikatlalu ia berfirman: Terangkanlahkepada aku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar.”
Tarbiyah
Firman Allah s.w.t. bermaksud:“...dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata), Wahai Tuhanku, cucurkanlahrahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasihsayangnya memelihara dan mendidikku sesama kecil.”
Ta’dib
Hadith Rasulullah s.a.w.“Allah mendidikku, maka Dia memberikan kepadaku sebaik-baik pendidikan.”
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more