You are on page 1of 21

KURSUS INDUKSI SISTEM

SARAAN MALAYSIA
PERINTAH AM BAB “B”
HJ MOHD RAZAK BIN ABDUL KARIM
PENSYARAH, JABATAN BAHASA INGGERIS
IPGM KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA
PERBENDAHARAAN BIL. 3
TAHUN 2003

KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN,


KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA
PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM KERANA
MENJALANKAN TUGAS RASMI
MENGIKUT PERINTAH AM BAB “B”
(Pekeliling berkuatkuasa mulai dari 1 Jun 2003)
TAFSIRAN
 “Gred” : Gred Gaji di bawah SSM (Pekeliling Bil.4 2002)
 “Ibu Pejabat” : Tempat biasa seseorang pegawai melapor diri
untuk bertugas dan lingkungan jarak
pentadbirannya.
 “Pegawai” : Pegawai di dalam Perkhdimatan Awam
Kerajaan Persekutuan dan Perkhidmatan Awan
Negeri termasuk yang dilantik secara
sementara atau sangkut.
 “Perbendaharaan” :
Menteri Kewangan dan pegawai-pegawai di bawah
kawalan pentadbiran atau arahannya.
 “Tugas Rasmi” : Tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat
selain daripada menghadiri kursus yang benarkan.
PERBANDINGAN BAGI PEGAWAI
KUMPULAN (JKK’76) GRED (SSM)
Kumpulan A Kumpulan Pengurusan
Tertinggi/Pengurusan/Profesional
Tingkatan Tertinggi ‘A’ dan ke atas Gred Utama/Khas’A’ dan ke atas
Tingkatan Tertinggi ‘B’ dan ‘C’ Gred Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’
Tingkatan Tertinggi ‘D’ Gred 53 dan 54
Tingkatan Tertinggi ‘E’ Gred 45 dan 52
Tingkatan Tertinggi ‘F’ dan ‘G’ Gred 45 dan 46
Tingkatan Kanan Gred 41 hingga 44
Tingkatan Biasa (Pegawai lain) Gred 45 dan 46
Gred 41 hingga 44
Kumpulan B, C dan D Kumpulan Sokongan
(Pegawai lain) Gred 1 hingga 40
TUGAS RASMI DI DALAM NEGERI
Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar
Ibu Pejabatnya di dalam negeri adalah layak menuntut elaun,
kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan syarat tertentu untuk

Elaun Makan
 Elaun Harian
 Bayaran Sewa Hotel
 Elaun Gantian Tetap
 Elaun Perjalanan Kenderaan
 Tambang Gantian
 Tambang Pengangkutan Awam
 Belanja Pelbagai
ELAUN MAKAN
Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu
Pejabatnya bagi tempoh 24 jam atau lebih mulai dari waktu bertolak:

Gred Sem. Malaysia Sabah/Sarawak


53 dan 54 RM 85.00 RM 115.00
45 hingga 52 RM 60.00 RM 80.00
41 hingga 44 RM 45.00 RM 65.00
17 hingga 40 RM 40.00 RM 55.00
1 hingga 16 RM 35.00 RM 50.00
 Elaun makan tidak layak dituntut jika kemudahan disediakan oleh
Kerajaan atau Penganjur
 Sekiranya Penganjur menyediakan kemudahan dalam bentuk wang
bagi menampung perbelanjaan makan, pegawai layak menuntut
berbezaannya (20% sarapan, 40% makan tengahari, 40% makan
malam)
ELAUN HARIAN
Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar
Ibu Pejabatnya bagi tempoh melebihi 8 jam tetapi kurang
dari 24 jam adalah layak menuntut Elaun Harian
mengikut kadar separuh daripada kelayakan
Elaun Makannya

Gred Elaun Makan Layak Menuntut


53 dan 54 RM 85.00 RM 42.50
45 hingga 52 RM 60.00 RM 30.00
41 hingga 44 RM 45.00 RM 22.50
17 hingga 40 RM 40.00 RM 20.00
1 hingga 16 RM 35.00 RM 17.50
BAYARAN SEWA HOTEL
Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu
Pejabatnya dan perlu menginap layak menuntut Bayaran Sewa
Hotel (resit diperlukan) atau elaun Lojing :

(mengikut kadar Semenajung Malaysia)


Gred Sewa Hotel Lojing

53 dan 54 Sebenar (Bilik Biasa) RM 70.00


45 hingga 52 RM 180.00 RM 60.00
41 hingga 44 RM 160.00 RM 55.00
17 hingga 40 RM 100.00 RM 35.00
1 hingga 16 RM 80.00 RM 30.00

 Seseorang pegawai tidak layak menuntut BSH / Lojing jika


penginapan di sediakan oleh Kerajaan atau Penganjur
BAYARAN SEWA HOTEL
(mengikut kadar Sabah, Labuan dan Sarawak)
Gred Sewa Hotel Lojing

53 dan 54 Sebenar (Bilik Biasa) RM 75.00


45 hingga 52 RM 200.00 RM 70.00
41 hingga 44 RM 170.00 RM 60.00
17 hingga 40 RM 120.00 RM 40.00
1 hingga 16 RM 100.00 RM 35.00

 Bayaran Sewa Hotel tidak boleh dibayar untuk masa bertugas


melebihi 3 bulan terus menerus.
 Tuntutan bayaran Sewa Hotel bagai pegawai-pegawai hendaklah
berpatutan dan munasabah
ELAUN GANTIAN TETAP
Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi
di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh melebihi 3 bulan tetapi
kurang dari 6 bulan termasuk hari kelepasan am dan mingguan
adalah layak menuntut Elaun Gantian Tetap (EGT)

Kadar Elaun Gantian tetap seperti :


A) Melibatkan Bermalam
2/3 (Elaun makan + Elaun Lojing) x Jumlah hari bertugas
B) Tidak Melibatkan Bermalam
2/3 (Elaun Harian) x Jumlah hari bertugas

Seseorang layak menuntut EGT jika elaun makan, elaun harian / lojing
tidak disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur.
ELAUN PERJALANAN KENDERAAN
Seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri
bagi menjalankan tugas rasmi sama ada di dalam atau
di luar Ibu Pejabatnya adalah layak menuntut Elaun
Perjalanan Kenderaan

Jarak perjalanan bertugas Kelas


rasmi bagi tiap-tiap satu bulan _____________________________
(sen/km) A B C D E

500 km pertama 60 50 40 25 20
501 -1,000km 55 45 35 25 20
1,000-1,700km 45 40 30 20 15
1,701km dan seterusnya 40 35 25 15 10
ELAUN PERJALANAN KENDERAAN
Kelas dan sukatan selinder kenderaan bagi maksud menuntut
hitungan perjalanan di perenggan B9. Lampiran G Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2001 dipinda seperti berikut:

Kelas Gaji Sukatan Selinder


Kenderaan (s.s.)
___________________________________________________
A Tidak kurang dari RM2020.36 sebulan 1400s.s dan ke atas
B Tidak kurang dari RM 1795.30 sebulan 1000s.s dan ke atas
C Tidak kurang dari RM1193.54 sebulan Di bawah 1000s.s.
D Kurang dari RM1193.54 sebulan Tidak kurang 155s.s
E Kurang dari RM 1193.54 sebulan Di bawah 175s.s
ELAUN PERJALANAN KENDERAAN
 Pegawai yang menggunakan kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan
atau Penganjur semasa menjalankan tugas rasmi tidak layak menuntut
Elaun Perjalanan Kenderaan.
 Seseorang pegawai dikehendaki menggunakan perkhidmatan kapal terbang
atau kereta api di tempat yang boleh dihubungi terus oleh kapal terbang
atau kereta api.
 Pegawai layak menuntut EPK (dengan kelulusan K. Jabatan) jika:
a) jarak di antara kedua-dua tempat adalah kurang dari 240km;
b) menjalankan tugas rasminya di beberapa tempat sepanjang
perjalanannya;
c) didapati mustahak dan terpaksa berkenderaan sendiri;
d) terpaksa membawa pegawai lain sebagai penumpang yang
juga menjalankan tugas rasmi.
TAMBANG GANTIAN
 Seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri untuk
bertugas di suatu tempat sahaja yang jaraknya melebihi 240km
daripada Ibu Pejabatnya dan terdapat perkhidmatan terus kapal
terbang/ kereta api layak menunut Tambang Gantian (TG) mengikut
kadar tambang pengangkutan yang sesuai dengan kelayakannya
iaitu tuntutan persamaan dengan tambang kapal terbang/ kereta
api.

 Seseorang pegawai yang menuntut TG tidak layak menuntut apa-


apa tambang atau bayaran tambahan yang bersabit dengan
perjalanan kapal terbang / kereta api seperti tambang dari rumah ke
lapangan terbang/ stesen kereta api ke tempat penginapan dan
sebaliknya.
BELANJA PELBAGAI
Seseorang pegawai sama ada bertugas di dalam atau di luar Ibu
Pejabatnya adalah layak menuntut Belanja Pelbagai seperti:

 bayaran telefon, telegram, bayaran pos dan bayaran faks atas


urusan rasmi;
 belanja dobi yang disokong dengan resit apabila pegawai menginap
di luar Ibu Pejabat tidak kurang dari 3 malam;
 bayaran Cukai Lapangan Terbang yang disokong dengan resit;
 Bayaran Excess Baggage untuk barang-barang rasmi yang
disokong dengan resit dan
 Bayaran letak kereta, tol dan tambang feri yang disokong dengan
resit
TUGAS RASMI DI LUAR NEGERI

Seseorang pegawai yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar


negeri adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran
mengikut kadar dan syarat tertentu seperti:

 Elaun Makan dan Elaun Harian


 Bawaran Sewa Hotel

 Elaun Dan Bayaran Semasa Singgah Dalam Perjalanan


 Elaun Gantian Tetap

 Belanja Pelbagai

 Belanja Keraian

 Elaun Pakaian Panas

 Belanja Perubatan
PENDAHULUAN DIRI
Seseorang pegawai yang dikehendaki bertugas rasmi di luar Ibu
Pejabat sama ada di dalam atau di luar negeri adalah layak
memohon Pendahuluan Diri sebelum bertolak untuk menjalankan
tugas rasminya tertakluk kepada syarat Surat Pekeliling
Perbendaharaan Bil 2 Tahun 1990 dan Bil 2 Tahun 1993.

Seseorang pegawai tidak layak diberi sebarang Pendahuluan Diri


selanjutnya jika beliau belum menjelaskan sepenuhnya sebarang
Pendahuluan Diri berkaitan dengan tuntutan perjalanan yang telah
diluluskan kepadanya

Pemberian Pendahuluan Diri tidak boleh dianggap sebagai kelulusan


bagi membuat perjalanan ke luar negeri.
ELAUN, KEMUDAHAN DAN
BAYARAN HADIR DI MAHKAMAH

Seseorang pegawai yang disapina (subpoena) oleh Mahkamah untuk


memberi keterangan bagi pihak Kerajaan atau keterangan pakar
adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran lain
seolah-olah beliau bertugas rasmi.

Segala bayaran yang biasanya dibuat oleh Mahkamah ataupun pihak-


pihak lain kepada pegawai tersebut hendaklah diserahkan kepada
Kerajaan kecuali yang dibenarkan disimpan di bawah
Fees (Public Officers) Regulation, 1953
ELAUN, KEMUDAHAN DAN
BAYARAN HADIR ISTIADAT
Seseorang pegawai yang diundang menghadiri Istiadat Pergurniaan
untuk menerima Pingat/Darjah Kebesaran Persekutuan/Negeri
layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran seolah-olah beliau
bertugas rasmi.
Dua orang tetamu yang diundang menghadiri Istiadat Pengurniaan
Pingat/Darjah Kebesaran bagi seorang pegawai layak menuntut
elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar kelayakan pegawai
tersebut.
Seorang pegawai yang diundang dan hadir untuk menerima Pingat
Posthumous dan dua orang tetamu yang diundang dan hadir
bersama pegawai tersebut layak menuntut elaun, kemudahan dan
bayaran mengikut kadar kelayakan pegawai yang meninggal dunia
berkenaan dan tuntutan dibuat kepada Jabatan Perdana Menteri.
TAMBANG PERJALANAN BAGI
PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN
PERTAMA

Seseorang pegawai yang baru pertama kali dilantik ke dalam


Perkhidmatan Kerajaan yang diarah melaporkan diri di mana-mana
tempat di Malaysia adalah layak menuntut tambang perjalanan bagi
diri dan keluarganya dari rumah kediamannya ke tempat yang
diarahkan bertugas.

Keluarga bermaksud jika pegawai lelaki adalah isteri dan anak-


anaknya. Anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang
ditanggung sepenuhnya oleh pegawai (belum mencapai 21 tahun)
termasuk anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diiktiraf oleh
undang-undang.
PEKELILING PERBENDAHARAAN

You might also like