BAB 1 : NAMA
Organisasi ini dinamakan Krew Radio Amatur Pengakap Johor (atau dalam bahasainggeris disebut Johor Scout Amateur Radio Crew atau nama ringkasnya
JOSRAC
)yang selepas ini disebut Krew.Merupakan sebuah kumpulan dibawah kelolaan Persekutuan Pengakap MalaysiaNegeri Johor yang ditubuhan dibawah Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968, No. 143Tahun 1974 (Pindaan), No. 409 Tahun 1989 (Kajisemak).
BAB 2 : TUJUAN
2.1. Memberikan pendedahan dan peluang kepada pengakap dalam melengkapkanpengetahuan di bidang teknologi komunikasi radio.2.2. Menjalankan kegiatan komunikasi radio amatur melalui aktiviti kepengakapanserta meningkatkan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan.2.3. Merancang dan melaksanakan program-program serta kemahiran yangbermanfaat demi memajukan pergerakan pengakap dalam perkembangan teknologikomunikasi radio.
BAB 3: KEAHLIAN
3.1. Keahlian adalah terdiri kepada 2 bahagian seperti berikut:a) Ahli Pemancar: Mana-mana pengakap yang memiliki Lesen Radio Amatur kelas Aatau B.b) Ahli Bersekutu (SWL): Mana-mana pengakap yang belum memiliki lesen radioamatur.- Sebagai seorang pendengar atau Shortwave Amateur Radio Listener (SWL).3.2. Tiap-tiap permohonan hendaklah dibuat kepada Setiausaha melalui borangpermohonan keahlian berserta yuran pendaftaran dan tahunan.
BAB 4 : YURAN AHLI
4.1. Bayaran pendaftaran dan yuran tahunan adalah seperti berikut:YuranPendaftaran sebanyak RM 20.00Yuran Tahunan sebanyak RM 10.00 setahun.4.2. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara tertentu bolehdipungut dari masa ke semasa jika dirasakan perlu.4.3. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan bayaran yuran ahli denganpersetujuan mesyuarat agung ahli-ahli.
BAB 5 : PENTADBIRAN
5.1.
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri (A.S.C); Unit Radio Amatur.
a) Jawatan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri; Unit Radio Amatur adalahdilantik oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri (S.C).b) Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pesuruhjaya Pengakap Negeri dalammenggerakan Krew.c) Secara automatik menjadi Pengerusi kepada Jawatankuasa yang ditubuhkan.5.2.
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah (A.D.C); Unit Radio Amatur.
a) Jawatan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah; Unit Radio Amatur adalahdilantik oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah (D.C).b) Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pesuruhjaya Pengakap Negeri dalammenggerakan Krew.c) Sebagai Pegawai Penyelaras kepada Daerah yang diwakilinya.d) Secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa kepada Jawatankuasa yangditubuhkan.
JOSRACPage 2
Add a Comment