Plato dan Falsafah1.0
Pengenalan
Perkataan falsafah dikatakan berasal daripada bahasa Yunani atau Greek Purbayang bermaksud
philosophia
yang bermaksud cinta akan hikmah atau cinta akankebijaksanaan. Istilah
philosophia
mula digunakan dalam abad ke-7 sebelum masihi(S.M.) oleh ahli falsafah Yunani yang bernama Pythagoras. Plato juga merupakan orangyang terawal memberikan takrif dengan lebih khusus. Plato menegaskan falsafahmeneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara disebalik sifat luarannyaiaitu perkara sebenar yang menjadi asas dan inti pati pembentukan sesuatu benda atau perkara. Kini terdapat pelbagai takrif falsafah bergantung kepada sudut pandangan dan pegangan hidup pentakrifnya.Falsafah boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikan ilmu yang berasaskanrenungan dan pentaakulan untuk merumuskan sifat, hakikat dan kandungan alam yangdilihat secara keseluruhan. Ilmu falsafah juga mengambil kira data dan bahan kajiandaripada semua aspek alam semesta hasil daripada kajian tentang pelbagai bidang ilmusains misalnya sains kemanusiaan, kemasyarakatan, keseniaan, ekonomi, politik, danlain-lain. Dalam bidang falsafah terdapat pelbagai jenis falsafah antaranya ialah falsafahnazari atau
theoria
iaitu pengunaan akal atau fikiran. Selain itu terdapat falsafah jugafalsafah amali iaitu
praktis
atau teknik yang dikatakan membentuk adab masyarakat.Dalam dunia falsafah terdapat ramai tokoh terkemuka yang telah melahirkan ideologiatau pelbagai fahaman yang berbeza mengikut pendirian tersendiri. Antara tokoh tersebutadalah Plato yang cukup dikenali oleh pencinta dunia falsafah yang telah dianggapsebagai pencentus idea atau nota kaki falsafah Barat.Plato ialah seorang ahli falsafah dari zaman Greek Klasik atau lebih dikenalisebagai Athens. Plato adalah seorang yang amat berpengatahuan luas dalam pelbagai bidang antaranya ialah dalam bidang sains kemanusiaan, kemasyarakatan, keseniaan,ekonomi, politik, dan lain-lain. Plato juga telah menyuarakan pendapatnya dengan tegas, padat dengan fakta-fakta, dan logik akal. Oleh sebab itu, segala pendapat-pendapat beliauyang bernas, falsafah-falsafah, serta teori-teori yang diutarakan oleh beliau masihdigunakan sampai ke hari ini.2