Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
9Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Adakah Yakjud Dan Makjud Mole People

Adakah Yakjud Dan Makjud Mole People

Ratings: (0)|Views: 1,935 |Likes:
Published by pejal_09

More info:

Published by: pejal_09 on Aug 31, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/23/2011

pdf

text

original

 
ADAKAH YAKJUD DAN MAKJUD MOLE PEOPLE?
Disebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dankemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini,masih ada satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpanribuan makhluk misteri.Hingga kini, penerokaan demi penerokaan diseluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itusekaligus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akandikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu harinanti, mereka akan muncul dihadapan manusia. Akan tetapi, ketikamakhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa.Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikansains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atauspesis baru ketika ini kerana sewaktu munculnya makhluk yangdikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengankiamat!Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kewujudan dan lokasi"pusat tahanan" Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepadamanusia.Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran iadinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalm perkara ghaib yangwajib diimani manusia menerusi tanda besar kiamat.PensyarahJabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akedemi Pengajian Islam UniversitiMalaya(API-UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj danMakjuj bukanlah berupa haiwan atau spesis lain sebaliknya ia adalahmanusia keturunan Nabi Adam AS.Katanya, mengikut hadis, bangsaYakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi NuhAS iaitu Nafis yang berkembang melewati masa sehinggalahZulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluardaripada lokasi mereka."Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quranmenerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakalakebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiya, ayat ke 96dan 97", katanyaAllah berfirman menerusi ayat surah al-KAHFI ITU:"Kemudian dia(Zulkarnain) menempuh suatu jalan(yang lain lagi).Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapatidihadapan kedua-dua gunung itu suatu kaum yang hampir tidakmengerti pembicaraan."Mereka berkata:"Hai
 
Zulkarnain,sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yangmembuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kamimemberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamumembuat dinding antara mereka?'"Zulkarnain berkata: "Apa yangdikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapanya adalah lebih baik,maka tolonglah aku dengan kekuatan(manusia dan peralatan), agaraku membuatkan dinding antara kamu dan mereka.Berilah aku potongan-potongan besi'."Hingga apabila besi itu sudahsama rata dengan kedua-dua(puncak)gunung itu, berkatalahZulkarnain: 'Tiuplah(api itu). Hingga apabila besi itu sudahmenjadi(merah seperti) api, dia pun berkata: 'Berilah akutembaga(yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panasitu."Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapatmelubanginya. Zulkarnain berkata: 'Ini (dinding) adalah rahmatdaripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janjiTuhanku(kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janjiTuhanku itu adalah benar".Dalam ayat surah an-Anbiya pula, Allah berfirman: "Hingga apabiladibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengancepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlahkedatangan janji yang benar(kiamat) maka tiba-tiba terbeliaklahmata orang kafir(Merekaberkata): 'Aduhai celakalah kami,sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkankami adalah orang yang zalim".Dr Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenaiYakjuj dan Makjuj tetapi ada juga perbezaan pendapat dikalanganulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas."Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjujdan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuninganseperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah.Pendapat lainmenambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasaldaripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan merekaadalah kawasan pergunungan luas Caucasus.Beliau berkata,kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehiggakini tetapi dipisahkan daripada manusia oleh Allah SWT menerusitembok yang dibina oleh Zulkarnain.Katanya, tugas bangsa itu setiaphari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuktembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka
 
dengan kembalimeneguhkan benteng berkenaan sehinggalahhampirnya hari kiamat.Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjujbebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itumenjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat.Yakjuj dan Makjuj jugamuncul selepas kamatian Dajal yang dibunuh oleh Nabi isa AS danbangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi.Kekuatan mereka ikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehinggatiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu."Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih berimanberlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjujdan Makjuj: Baginda kemudia berdoa kepada Allah SWT dan Allahmembinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerangbelakang badan golongn itu sehingga mati."Selepas bangsa Yakjujdan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekorburung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu daribumi", katanya.Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnyayakin dan mempertahankan akidah islam dan tidak bertangguhmemohon keampunan dan keredaan Allah keran mereka yang masihlalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiya diatas seperti firman-Nya:"(Mereka berkata):'Aduhai, celakalah kami,sesunggunnya kami adalah dalam kalalaian mengenai ini, bahkankami adalah orang yang zalim".
YakjuD & MakjuD (berita gempar dari NASA!!)

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
senvorra liked this
shereensea liked this
amboklate liked this
Mohd Syahril S liked this
niepon liked this
masyuk88 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->