You are on page 1of 1

DOA





Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan
menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi
sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami .
Ya Allah , Ya Munzilal Barakat ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami)
sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , gemilang , sekolah
yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang
berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin ,
Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan
dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa
keselamatan dan keharmonian.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri
kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
indahkanlah diri kami dengan kesihatan.





















.

You might also like