You are on page 1of 12

Teknologi Maklumat (Information Technology)

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi


Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication
Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk
pemprosesan data. Ia merupakan satu tajuk yang sangat luas
berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan
maklumat. Secara tepat menggunakan komputer digital dan perisian
komputer untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses,
memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira
tempat dan waktu.

Komponen Teknologi Maklumat

Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian


untuk memudahkan kajian dalam bidang ini. Komponen tersebut
adalah Teknologi, Organisasi dan Pengguna. Ia boleh digambarkan
seperti berikut:

Teknologi

Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem


Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan
pemprosesan maklumat.
Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan
(RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse)
dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan
dan penyimpanan maklumat.

Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk


Linux, UNIX, Mac OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat
seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti
pelucur web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer)
memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia
merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna
komputer setiap hari. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang
pengkelasannya sila rujuk tajuk Perisian.

Dari segi komersial dan pembangunan sistem, perisian komputer boleh


dibahagian kepada dua iaitu:

• Perisian Bebas / Sumber Terbuka - Secara amnya, boleh didapati


secara PERCUMA atau dibeli berserta kod sumber seperti Linux,
FreeBSD, dan OpenOffice.
• Perisian Komersial / Sumber Tertutup - Secara amnya, lesen
menggunakan perisian perlu dibeli manakala kod sumber tidak
diberikan seperti Microsoft Windows dan Miscrosoft Office.
Namun begitu , untuk mengimbang kebangkitan penggunaan
perisian sumber terbuka, syarikat Microsoft telah melancarkan
kempen yang dipanggil kongsi sumber (share source). Dengan
konsep ini, pengguna komersial dan pihak kerajaan boleh
'melihat' kod sumber perisian Miscrosoft. Namun begitu,
pengguna tidak dibenarkan untuk mengguna, menyunting atau
mengubah kod sumber tersebut. Pengguna juga perlu
menandatangani satu perjanjian untuk membolehkan mereka
melihat kod sumber tersebut.

Sistem Telekomunikasi merupakan komponen yang amat penting


selepas perkakasan dan perisian. Ia merupakan rangkaian dan
jambatan yang menyambungkan semua sistem komputer dan sistem
telekomunikasi di seluruh dunia seperti Internet, satelit, dan sistem
telefon. Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi seperti:

• Protokol / Senibina Telekomunikasi - TCP/IP, OSI dan SNA, dsb


• Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian - ATM, X.25, Frame Relay,
3G, SMS, MMS, Bluetooth, dsb
• Teknologi Media Penghantaran - Wayar tembaga, Gentian Optik,
Gelombang Mikro, Radio dan Satelit
Organisasi

Merupakan tempat dimana teknologi maklumat digunakan, ia


mempengaruhi pengurusan dan pemprosesan maklumat tersebut. Ia
mungkin boleh dilihat dari sudut pentadbiran organisasi yang
membahagikan organisasi kepada tiga bahagian iaitu peringkat
operasi, taktikal dan strategik dimana setiap peringkat memerlukan
sistem yang berbeza seperti rajah dibawah.

Pengguna

Merupakan pengguna teknologi maklumat yang boleh dipecahkan


kepada pengguna yang mengguna dan pengguna yang mentadbir
maklumat tersebut.

Pengguna teknologi maklumat: Pengguna sistem yang tidak


mentadbir sistem tersebut seperti kerani, jururuwang, pengurus, dsb

Pentadbir teknologi maklumat: Juruteknik komputer, pengurus


teknologi maklumat, juru analisa sistem , pengaturcara program , dsb

Sejarah perkembangan komputer


Dari Wikipedia, ensaiklopedia bebas

Komputer telah berkembang dari satu peralatan mekanikal berubah


kepada menggunakan tiub vakum, kepada litar eletronik dalam tempoh
masa yang singkat.

Alat kiraan terawal

Manusia telah lama menggunakan alat untuk membantu kiraan. Antara


contoh terawal ialah dacing, yang membolehkan berat sesuatu benda
dibandingkan. Manakala sempoa (abacus) merupakan alat pertama
yang digunakan untuk mengira.

Kalkulator mekanikal pertama

Sejarah

Komputer peribadi ialah mikrokomputer yang berharga rendah. Pada


asalnya direkabentuk supaya ia hanya boleh diguna oleh seorang pada
satu masa, dan juga bersesuaian dengan IBM PC (IBM PC compatible)

Nadi utama bagi Mikrokomputer ialah Unit Pemproses Pusat


mikropemproses (microprocesor CPU). Mikropemproses yang pertama
ialah Intel4004 yang dikeluarkan pada 15 November 1971. Generasi
pertama mikrokomputer yang mula dikeluarkan pada tahun 70an.
Namun begitu, ia berprestasi lebih rendah, dan kurang upaya
berbanding dengan Komputer perniagaan (Business Computer) pada
waktu itu. Ianya hanya diguna oleh peminat komputer, atau hanya
untuk permainan elektronik.

Mikrokomputer menjadi alat perniagaan apabila program spreadsheet


VisiCalc dilancarkan untuk mesin Apple II, dan seterusnya untuk IBM
PC. Pada sekitar tahun 1980an, harga komputer peribadi yang rendah
menjadi sebab utama kepopularannya untuk kegunaan di rumah serta
perniagaan. Pada tahun 1982, majalah Times memberikan "Komputer
Peribadi" gelaran "Man of the Year".

Menjelang tahun 1990an, kuasa prestasi Komputer Peribadi meningkat


secara drastik, sehingga ianya hampir menyamai kuasa komputer
multi-user (ramai pengguna), seperti Mainframe. Pada hari ini,
komputer tahap tinggi (higher-end computer) lebih kerap membezakan
dengan komputer peribadi dari segi kestabilan serta kuasa
multitasking yang lebih baik, daripada hanya bergantung semata-mata
pada kuasa CPU
Perkakasan komputer

• Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian


yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer
juga dikenali sebagai peranti (device).
• Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan
peralatan fizikal pada sebuah komputer, dan perisian (software)
menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan
kerja komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan (hardware)
dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk kepada
firmware. Firmware ialah perisian yang dipasang ke dalam
perkakasan (hardware).
• Komputer Peribadi yang tipikal mengandungi komponen
perkakasan seperti berikut:
• Papan Induk (Motherboard) yang memegang CPU, Memori utama
dan komponen lain. Ianya mengandungi slot-slot untuk Kad
tambahan
• Bekalan Kuasa - peti kuasa yang mengandungi transformer,
pengawal voltan dan kipas.
• Pengawal Storan, bagi IDE, SCSI dan storan lain, yang mengawal
Cakera keras, Cakera Liut, CD-ROM dan pemacu lain. Pengawal
storan boleh didapati pada motherboard, atau kad tambahan.
• Pengawal Grafik yang mengeluarkan output untuk Monitor
• Cakera keras, cakera liut dan pemacu lain, untuk simpanan data
• Pengawal antaramuka (port selari (parallel), bersirin(serial), USB,
Firewire) bagi menyambung komputer dengan perkakasa luaran
seperti Pencetak atau Pengimbas
• Senibina komputer

Unit Pemproses Pusat - CPU


Papan Induk

 Bus PCI
 Bus ISA
 USB
 AGP
• Storan
o Cakera Padat
o Perbezaan disc dengan disk (istilah cakera diguna untuk
kedua-dua istilah ini dalam Bahasa Melayu)
o DVD
o Cakera Liut
o Cakera keras
o Kad Penebuk
o RAM
o Pemacu Pita
o Pengawal Disk Array (RAID)
• Input-Output
o Emboss Braille(?)(Braille Embosser)
o CD-ROM
o Papan Kekunci
o Monitor
o Terminal Komputer
o Tetikus
o Pengecaman pertuturan berkomputer (Computer Speech
Recognition)
o Sintesis pertuturan berkomputer (Computer Speech
Synthesis)
 Lafal buatan
o DVD-ROM
o Tablet Digital
o Kad Grafik
o Kayu ria
o Pad ria (Joypad)
o Modem
o Kad Rangkaian
o Pelakar (Plotter)
o Pencetak
o Refreshable Braille Display
o Pengimbas
o Kad bunyi
o Skrin Sentuh
o Bebola jejak - (Trackball)
o Webcam
o Alat penunjuk

Senibina dan Kad tambahan

Kebanyakan Komputer Peribadi moden menggunakan senibina


perkakasan yang bersesuaian dengan IBM PC (IBM PC Compatible), dan
menggunakan pemproses berciri x86 yang dikeluarkan oleh Intel, AMD,
atau Cyrix. Keupayaan Komputer Peribadi boleh ditingkatkan lagi
dengan penggunaan Kad Tambahan(Expansion kad).

Komputer Peribadi moden boleh dikelaskan kepada:

• Komputer Desktop
• Komputer Riba (Laptop) atau Notebook
• Komputer Bolehpakai (wearable computer)

Komputer Peribadi yang bukan-sesuai IBM (Non IBM


compatible)

Di sebalik kepopularan Komputer Peribadi, terdapat juga sejumlah


Komputer Peribadi yang bukan-bersesuaian dengan IBM, yang masih
menjadi tarikan pengguna. Salah satu daripadanya ialah Power
Macintosh, yang dikeluarkan oleh Apple Computer. Komputer Peribadi
ini mengguna senibina PowerPC, dan ianya digunakan secara meluas
dalam bidang senibina grafik, serta multimedia.

Di samping itu, berikut adalah senarai Komputer Peribadi yang bukan-


bersesuaian dengan IBM:

• Archimedes
• RiscPC
• Stesenkerja NeXT (NeXT workstation)
• BeBox
• Sun SparcStation
• SGI workstation (seperti SGI Indigo, dan SGI Onyx)

Komputer Peribadi, atau lebih dikenali sebagai PC(Personal Computer)


biasanya memberi maksud:-

• Komputer Peribadi yang mula dikeluarkan oleh IBM, secara tidak


langsung mencetus penggunaan istilah PC - lihat IBM PC
• Istilah umum yang digunakan untuk merujuk Mikrokomputer
(Microcomputer) yang bersesuaian dengan spesifikasi IBM
• Istilah umum yang digunakan untuk merujuk mikrokomputer

Generasi Mikrokomputer yang pertama juga dikenali sebagai Komputer


Keluarga (Home Komputer).

Mukadimah

Seseorang pemilik komputer peribadi perlu mengenali komponen-


komponen komputernya yang berlainan. Pengetahuan mengenai
nama, bentuk fizik serta fungsi komponen-komponen komputer
peribadi akan membantu seseorang apabila dia berhadapan dengan
masalah atau ketika menggunakan komputer peribadi yang lain.
Pengetahuan ini juga akan menjadikan seseorang itu lebih yakin
apabila menggunakan komputer multimedia apatah lagi sekiranya
komputer itu bukanlah yang sering digunakan olehnya sebelum ini.
Lebih khas lagi bagi guru-guru untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran. Dengan itu mari kita menyelami pengetahuan
mengenai komponen-komponen asas yang terdapat pada sesuatu
komputer peribadi.

Pada dasarnya, perkataan komputer bermaksud ahli kira (compute).


Ahli kira bertugas untuk melakukan pengiraan matematik samada
dengan pertolongan alat mekanik atau tidak. Seterusnya hasil kiraan
dialih ke mesin. Pada asalnya, tugas "komputer" hanyalah khusus
kepada penyelesaian matematik, tapi komputer moden digunakan
untuk pelbagai tugas lain yang tidak berkaitan dengan matematik.

Definisi

Takrifan asal Komputer, seperti yang disebut di atas, hanya


merangkumi peralatan khusus yang boleh mengira (compute) satu
fungsi atau bilangan fungsi yang terhad. Sekiranya mengambil kira
Komputer moden, salah satu ciri-ciri yang membezakannya dengan
komputer awal ialah: sekiranya dimasukkan perisian yang sesuai,
komputer berkemampuan untuk Meniru (emulate) sebarang alat kira.
Namun kemampuan ini juga dibatasi oleh kapasiti (muatan) storan,
serta kelajuan proses. Dalam erti kata lain, kemampuan ini boleh
diguna sebagai ujian untuk membezakan komputer "serba-guna"
dengan komputer awal yang hanya khusus untuk kerja-kerja tertentu.
Ciri-ciri "serba-guna" ini boleh disimpulkan sebagai syarat yang mesin
tersebut berupaya untuk meniru (emulate) tingkah-laku Mesin Turing
umum. Mesin yang memenuhi syarat ini dikatakan Turing-Complete
(Lengkap-Turing). Mesin pertama yang lengkap-Turing muncul pada
tahun 1940an.
Lihat Sejarah perkembangan komputer.

Penggunaan Komputer

Pada awalnya, komputer digit elektronik, dengan saiz dan kosnya yang
besar, hanya digunakan untuk pengiraan saintifik, selalunya untuk
tujuan ketenteraan, contohnya ENIAC.

Komputer Benam

Dalam masa 20 tahun ini, kebanyakan peralatan rumah, seperti Konsol


Mainan Video, sehingga telefon mudah-alih, perakam video kaset, PDA,
dan banyak lagi; jentera industri, kenderaan, dan alat elektronik lain;
kesemuanya mengandungi litar komputer yang Turing-sempurna.
Komputer yang digunakan di dalam peralatan untuk fungsi tertentu,
dikenali sebagai "microcontroller" atau "Komputer benam" (embedded
computer). Komputer jenis ini hanya berfungsi untuk memproses
maklumat tertentu sahaja.

Komputer Peribadi

Kebanyakan masyarakat umum lebih mengenali komputer sebagai


Komputer Peribadi.

Bagaimana Komputer berfungsi

Teknologi dalam komputer digital telah melalui perubahan besar sejak


komputer yang pertama pada tahun 1940. Namun kebanyakannya
masih menggunakan senibina (architecture) von Neumann, yang
dicadangkan oleh John von Neumann pada awal 1940-an.

Senibina von Neumann menyatakan komputer dibahagi kepada 4


bahagian utama: Unit Aritmetik dan Logik (Arithmetic and Logic Unit -
ALU), litar pengawal (control circuitry), memori (memory), dan alat
input-output (I/O). Kesemua bahagian ini disambung bersama oleh
wayar-wayar, yang dikenali sebagai "bas".

Memori

Di dalam sistem komputer, memori ialah jujukan (sequence) byte yang


berangka (numbered bytes) (seperti sel), di mana setiap satunya
mengandungi sebutir maklumat. Maklumat tersebut mungkin adalah
arahan (instruction) untuk komputer, dan setiap sel menyimpan
serpihan data yang diperlukan komputer untuk menjalankan arahan.

Secara amnya, memori boleh diguna-semula lebih sejuta kali. Ia lebih


berupa pad lakaran, daripada batu tablet yang hanya boleh ditulis
sekali.

Saiz setiap sel, dan bilangannya, berbeza di antara satu komputer


dengan komputer yang lain. Begitu juga dengan teknologi memori
tersebut, daripada denyutan elektromekanik, seterusnya tiub raksa,
seterusnya kepada susunan matriks magnet kekal, seterusnya kepada
transistor, dan seterusnya litar bersepadu ( integrated circuit ) yang
mengandungi berjuta kapasitor dalam sebiji cip (chip).

Pemprosesan

Unit Aritmetik dan Logik (ALU), ialah alat yang melaksanakan operasi
asas, seperti operasi aritmetik (tambah, tolak, darab, dan sebagainya),
operasi logik (AND, OR, NOT) dan membandingkan operasi. Unit ini
melakukan tugas sebenar dalam komputer.

Unit pengawal (Control Unit), menyelia slot-slot yang menyimpan


arahan (instruction) terkini, seterusnya memberitahu ALU tentang
operasi yang perlu dilakukan serta menerima maklumat yang perlu
(daripada memori) untuk melaksanakan operasi tersebut.
Kemudiannya ia menghantar kembali hasil operasi ke kedudukan
memori yang sesuai. Setelah itu, Unit Pengawal akan beralih kepada
arahan yang seterusnya.

Input-Output

Unit Input-output membenarkan komputer menerima maklumat


daripada dunia luar, dan menghantar keputusan maklumat kembali ke
dunia luar. Terdapat pelbagai bentuk alat I/O, daripada Papan kekunci,
skrin, Cakera liut, kepada alat yang luar biasa, seperti Webcam.

Kesemua alat (peranti) input mengkod (encode) maklumat kepada


data supaya boleh diproses oleh sistem komputer digital. Alat (peranti)
output pula menyahkod (decode) data komputer kepada maklumat
yang boleh difahami oleh pengguna komputer.

Arahan (Instruction)

Arahan komputer bukanlah arahan berbunga seperti bahasa manusia.


Komputer hanya mempunyai arahan-arahan mudah yang terhad.
Arahan biasa yang disokong oleh kebanyakan komputer adalah seperti:
Salin kandungan sel 123, dan letak salinan ke sel 456; tambahkan
kandungan sel 666 ke sel 042, dan letak hasil tambahan ke sel 013;
sekiranya sel 999 adalah 0, arahan seterusnya ialah pada sel 345.

Arahan-arahan tersebut diwakili sebagai angka (numbers). Contohnya,


Kod untuk "Salin" mungkin adalah 001. Set Arahan yang disokong oleh
komputer dipanggil Bahasa Mesin. Secara praktiknya, arahan untuk
komputer biasanya tidak ditulis dalam bentuk Bahasa Mesin, tapi
dalam bentuk Bahasa Pengaturcaraan Tahap Tinggi (High Level
Programming Language). Bahasa pengaturcaraan kemudiaanya
dialihbahasa kepada Bahasa Mesin dengan menggunakan Program
Komputer khas (seperti Pengkompil - compiler, atau Interpreter).

Sesetengah bahasa pengaturcaraan adalah dalam bentuk yang hampir


dengan Bahasa Mesin, contohnya Bahasa Penghimpun (assembler) -
(juga dikenali sebagai Bahasa Tahap Rendah - Low level language);
Manakala sesetengah bahasa mengguna prinsip yang jauh berbeza
dengan operasi mesin, contohnya Prolog.
Senibina (Architecture)

Komputer moden meletak ALU (Unit Aritmetik dan Logik) dan Unit
Pengawal di dalam satu litar bersepadu yang dikenali sebagai Unit
Pemproses Pusat (Central Processing Unit - CPU). Kebiasaanya, memori
komputer akan diletak pada beberapa litar bersepadu kecil
berhampiran dengan CPU. Alat-alat yang lain dalam komputer adalah
bekalan kuasa dan alat input-output.

Fungsi sebuah komputer secara prinsipnya agak jelas. Komputer


menyambut arahan dan data daripada memori. Arahan kemudiannya
dilaksanakan, hasilnya disimpan, dan seterusnya menyambut arahan
yang berikutnya pula. Prosedur ini diulang sehingga komputer itu
ditutup.

Program

Program Komputer ialah satu senarai arahan yang besar untuk


dilaksana oleh komputer. Kebanyakan Program Komputer mempunyai
berjuta arahan, dan kebanyakan daripada arahan-arahan tersebut
dilaksanakan berulang-kali. Sebuah Kompuer peribadi yang moden
berupaya melaksanakan lebih kurang 2-3 Billion arahan per saat.

Pada masa sekarang, kebanyakan komputer berupaya melaksanakan


lebih dari satu program pada satu masa. Keupayaan ini dinamakan
multitugas (multitasking). Walaupun secara kasarnya, seolah-olah
komputer melakukan dua kerja sekaligus, sebenarnya CPU
melaksanakan arahan daripada satu program dahulu, kemudian beralih
ke program yang satu lagi pada jangka masa sejenak. Jangka masa
sejenak ini dipanggil Hirisan Masa (Time Slice). Sistem Pengoperasian
ialah program yang mengawal perkongsian masa ini.

Contoh sistem pengoperasian yang membenarkan multitasking ialah


Windows dan Unix.

Sistem Pengoperasian

Sistem Pengoperasian ialah sistem yang menentukan program apa


yang perlu dilaksanakan, dan sumber apa (memori atau I/O) yang
perlu digunakan. Sistem Pengoperasian (OS) membekalkan
perkhidmatan (service) kepada program lain, contohnya kod (driver)
yang membenarkan Ahli Program menulis program untuk mesin tanpa
perlu mengetahui lebih terperinci tentang alat elektronik pada sistem
komputer.

You might also like