Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Tanda tanda kematian

Tanda tanda kematian

Ratings: (0)|Views: 290 |Likes:
Published by jojobaill

More info:

Published by: jojobaill on Aug 31, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/05/2012

pdf

text

original

 
Tanda-tanda Kematian Untuk Orang Islam
BY ADMIN ON JUNE 29, 2008 UNDER TIPS KEHIDUPAN
( KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH OLEH USTAZ ABDULLAH MAHMUD -KOR AGAMA TENTERA DARAT DI SURAU ANSAR,LORONG KIRI 5,JALAN DATUK KERAMAT, KUALA LUMPUR)Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan danketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluargadan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalahakhirnya hayat Baginda.Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliaumampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliaumenyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya sertakafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telahmemanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidakpernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untukmenjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalananmenghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepadaorang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allahnyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuranmereka kepada Allah SWT.Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan : Tanda 100 hari sebelum hari mati.Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari olehmereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akanmendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambutsehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnyaseperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akanmendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin iniadalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akankehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyutdengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahajatanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalahpeluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri denganamalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. Tanda 40 hari sebelum hari mati Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mulamembuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang
 
masa.Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapunmalaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalahbersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. Tanda 7 hariAdapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitandi mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. Tanda 3 hariPada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanandan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kitatidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akanmemandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnyaakan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukarditegakkan. Tanda 1 hariAkan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelahbelakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untukmenemui waktu Asar keesokan harinya. Tanda akhirAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusatdan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika inihendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikankedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telahmenghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.PENUTUPSesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah diantara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk pekaterhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usahamemohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segaladosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWTyang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikhmati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa darikita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah danpetunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikirandalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu
 
adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.WALLAHUA`LAM
1 Perkara-perkara yang perlu dilakukan menghadapi orang sedang nazak:
a)Apabila pesakit sedang menghadapi kematian, disunatkan bagi ahli keluarganyaatau sesiapa yang menziarahinya agar membaringkannya dengan memiringkanke kanan dan menghadapkan mukanya ke arah kiblat. Jika perkara ini sukar dilakukan maka hadapkan sahaja mukanya ke arah kiblat dengan meninggikankepalanya dengan bantal.b)Disunatkan juga agar mengajarkannya membacakalimah syahadah iaitu "Lailaha illallah" denganmembisikkan di telinganya dengan lembut danperlahan berulang kali. Ini sepertimana yangdisebutkan di dalam hadis yang bermaksud:"Ajarkan kepada orang yang sedang menghadapikematian bacaan Lailaha illallah." (riwayat Muslim)Ada hadis riwayat lain yang menerangkan bahawadisunatkan membaca surah Yaasin.c)Disunatkan juga agar dingatkan kepadanya supaya berbaik sangka dengan Allahdan mengharapkan pengampunannya serta berdoa agar dimatikannya dengankeadaan beriman dengan Allah s.w.t.d)Dititiskan air di tekaknya sedikit demi sedikit (jangan sampai dia tersedak) keranaada riwayat orang yang sedang sakarat itu kehausan.e)Disiwakkan (disugi) perlahan-lahan dengan kayu siwak.
2 Perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi menyelenggara orang yang barumenghembuskan nafas terakhir.
a) Hendaklah ditutup mata dan mulutnya (jika terbuka).b) Mengusap dan mengurut seluruh anggotanya khususnya pergelangan- pergelangantangan, siku, peha, lutut dan kaki. Ini bagi memastikan keseluruhan pergelangantersebut menjadi lembut bagi memudahkan urusan permandian.c) Meletakkan satu benda yang berat di atas perutnya dengan tujun agar tidak dimasukiangin.d) Menyalinkan pakaiannya yang sedang dipakai dengan kain yang dapat menutupseluruh anggota badannya.e) Setelah itu disunatkan agar disegerakan penyelenggaraan mayat tersebut denganmemandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan seterusnya mengebumikannya.

Activity (3)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Siti Aishah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->