You are on page 1of 11

Pengenalan Komputer

Peranti input dan output

Nama komputer diambil dari perkataan 'compute' yang membawa makna melakukan pengiraan. Peralatan yang
melakukan tiga perkara iaitu menerima arahan input, memproses maklumat (mengira) dan mengeluarkan data output
akan dipanggil 'computer'.

Komputer mempunyai 4 bahagian untuk ia beroperasi dengan sempurna seperti rajah di bawah.

Peranti (device)
input terdiri
daripada papan
kekunci dan tetikus
di mana arahan dan
maklumat
dimasukkan.
Pergerakan kursor
(cursor) di skrin
oleh tetikus dan
menaip sesuatu di
papan kekunci
dianggap sebagai
arahan pada komputer. Pengimbas dan cam video termasuk dalam gulungan peranti
input. Unit Sistem paling asas terdiri dari prosesor, RAM, papan induk dan kad VGA
akan memproses data dan menyimpan di piring storan serta keluar output di monitor.
Apa-apa sahaja yang dipaparkan di skrin monitor walaupun cuma berbentuk prom C akan
di sebut sebagai output. Sekiranya ingin salinan cetak, maklumat boleh pula dikeluarkan
di mesin pencetak.

Perkakasan dan Perisian


Bila bercakap mengenai komputer, topiknya tidak akan kunjung padam, ada saja yang boleh diperkatakan. Walau
bagaimanapun ia terhad kepada dua kumpulan terbesar yang bersaing hebat sejak akhir-akhir ini. Dua kumpulan itu
terdiri dari Komputer Peribadi (Personal Computer) dan Komputer Apple (Apple Computer). Kedua-dua jenis
komputer ini menggunakan perkakasan dan perisian yang berbeza.

Sebuah komputer itu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu perkakasan (Hardware) dan perisian (Software).
Perkakasan komputer terdiri dari papan kekunci, tetikus, monitor, papan induk, RAM, kad video, kad bunyi dan
sebagainya. Perisian pula adalah program yang disimpan di dalam cakera keras dan cakera liut untuk digunakan
bagi melaksanakan berbagaibagai tugas. Contoh perisian untuk komputer peribadi (PC) seperti program Win95,
Win98, WinNT, WinMe, Win2000, WinXP, Microsoft Office dan sebagainya. Salah satu program sistem operasi
percuma yang mula diiktiraf ialah program Linux.

Pemasangan program berkenaan memerlukan sedikit kemahiran dan driver menyokong perkakasan agak terhad.
Namun peningkatan sokongan program tersebut dari segi perisian dan driver perkakasan bertambah dari hari ke
hari. Contoh program Linux yang terkenal seperti dari syarikat Redhat, Mandrake dan banyak lagi.

Pengguna rumah boleh memilih perisian yang sesuai mengikut citarasa dan kerja-kerja yang hendak dilakukan.
Windows 95 atau singkatan Win95, Win98, WinMe dan WinXP lebih dititikberatkan kepada pengguna rumah mana
kala WinNT dan Win2000 lebih sesuai untuk pejabat.

Rajah sebuah cakera


keras dan sekeping
cakera liut atau disket
sebagai perkakasan
dan program di dalam
kedua-dua perkakasan
tersebut sebagai
perisian.

Komputer Berjenama dan klon


Apa itu klon?

Kion (clone) bererti sesuatu yang menyerupai yang asal atau cuba meniru sehingga menjadi serupa. Berjenama
bererti sesuatu yang memakai nama khas dan menjadi popular.

Berjenama dan kion

Komputer bejenama atau klon sebenarnya sama dari segi operasi. Perkakasan klon bagi komputer dibuat oleh
berbagai-bagai syarikat komputer seluruh dunia, terutama di Asia. Bagi komputer yang bedenama pula, perkakasan
dibuat oleh syarikat gergasi seperti Compaq, NEC, Acer, Dell dan lain-lain lagi.

Kebanyakan syarikat-syarikat komputer berjenama ini membuat pelbagai perkakasan untuk sebuah komputernya.
Ini bererti, cuma perkakasannya saja boleh digunakan sekiranya ada kerosakan. Cara ini bagi mengelakkan dari
perkakasan yang tidak serasi atau sesuai digunakan dan diberi jaminan oleh syarikat berkenaan. Untuk memasang
sebuah komputer klon, perkakasan dari mana-mana syarikat komputer yang membuat perkakasan klon boleh di
ambil. Sekiranya ada kerosakan pada komputer, perkakasan dapat ditukar dengan cepat dan mudah.

Pilihan di tangan anda

Apa yang dicari pada sebuah komputer atau perkakasan, tidak kira berjenama atau klon, seharusnya ada
perkhidmatan selepas jualan dan laman web syarikat bagi tindak balas segera serta lapuran terkini. Perkakasan klon
juga tidak kurang laman web masing-masing untuk kepentingan pengguna agar membuat pilihan yang tepat.
Sebenarnya terpulang kepada citarasa masing-masing dalam membuat pilihan kerana setiap sesuatu itu ada baik dan
buruknya.
Perkakasan klon terlalu banyak di luar sana, harus berhati-hati semasa memilih. Seharusnya diikuti setiap
penerangan berkenaan ICT selagi terdaya dan mendapat informasi 'feedback' masakini melalui media massa atau
Internet. Pemilihan komputer atau perkakasan harus berpandukan senarai model terkini kerana perubahan IT terlalu
cepat dan harus diikuti setiap masa dan ketika. Alpa saja seketika, kita akan ketinggalan jauh.

Langkah-Langkah Keselamatan

Langkah-langkah keselamatan perlu diambil memandangkan kerja-kerja yang akan dilakukan bersangkutan dengan
elektrik. Tindakan yang betul harus diambil dan jangan beri ruang pada kesilapan. Tindakan-tindakan itu seperti
berikut:

Lapik getah (rubber mat) di tempat kerja atau pakai kasut getah (rubber boot) yang dapat menghindar dari kejutan
elekrik.

Guna pena ujian (test pen) sekiranya perlu untuk menguji alat-alat elektrik setelah dipasang.

Awasi kad-kad litar dari kerosakan elektrostatik (static electricity).

Peralatan Kerja (Tools)

Untuk permulaan pemasangan komputer, pemandu skru (screw driver) dan pena ujian sudah mencukupi. Dapatkan
peralatan tambahan bila perlu sahaja kerana dengan car-a itu setiap pembelian akan digunakan sepenuhnya. Contoh
peralatan tambahan seperti satu set komputer tool kit, multimeter (meter pelbagai guna), kanta pembesar, lampu
suluh, peralatan pateri (soldering equipment) dan sebagainya.

Meja kerja (Work bench)


Meja tempat membuat keda-keda pemasangan dan penyelenggaraan harus mempunyai ciri-ciri keselesaan dan
keselamatan. Ukuran meja selebar 3 meter persegi atau sebesar meja makan 6 bangku sudah memadai.

Meja untuk pemasangan


dan penyelenggaraan
komputer se arusnya
mempunyai sekurang-
kurang empat soket
bekalan elektrik dekat
dengannya. Alas getah
atau tikar getah
dimestikan dan meliputi
kawasan sebesar meia.
Meja yang hendak
digunakan biarlah
lebarnya lebih kurang
satu meter erse i untuk
keselesaan semasa
bertugas.

Amaran!!!
Komputer yang telah dibeli sebagai satu unit biasanya akan disealkan dengan kertas keselamatan tarikh dan logo
kedai. Sekiranya seal dirosakkan, ia akan membatalkan perjanjian waranti. Dari itu elakkan dari membuka kotak
komputer atau perkakasan yang telah di sealkan. Sekiranya ada masalah dalam tempuh waranti, hantar komputer ke
pembekal untuk diperbaiki.

Electrostatik

Untuk menjaga kad-kad seperti papan induk atau kad video dari mengalami kerosakan, sentuh dengan jari di
bahagian komputer yang tidak disaluti cat. Kabel bekalan kuasa yang telah disambungkan ke punca AC (bekalan
elektrik) akan menyalurkan kesan statik ke bumi. Ini dilakukan sekali sahaja semasa hendak memulakan kerja
pemasangan atau baik pulih.

Nota:

Electrostatic discharge
(ESD) bermaksud pengaliran
keluar statik elektriksiti
(static electricity) dari
sumber luar, umpama tangan
manusia, ke kad litar
elektronik yang boleh
menyebabkan kerosakan.

Cara-cara Memegang Kad-


kad Litar

Cara memegang kad dengan


betul harus dipraktikkan setiap
masa bagi mengelakkan kad
menjadi rosak. Cara betul yang
disyorkan seperti dalam rajah A.
Jangan sesekali menyentuh
bahagian litar (anak panah) atau
terkena komponen yang tidak
bersalut di atas papan litar seperti
yang ditunjukkan dalam rajah B.

Sepatutnya penjagaan kad harus


diambil kira dari mula
perkakasan diterima dan
membiarkan kad-kad di dalam
bungkusan statik sehingga
hendak digunakan.

Komputer Pandangan
Depan
Set komputer klon
pada rajah akan
dipasang mengikut
manual ini.
Berbagai-bagai
jenis, perkakasan
sama ada baru atau
terpakai boleh
didapati dan dipilih
untuk memasang
sebuah komputer
idaman hati.

Setelah dikumpul
perkakasan yang
dikehendaki sedikit
demi sedikit, sebuah
komputer klon akan
terbina berkat dari
minat, keazaman,
keberanian dan
sedikit modal.
Pengetahuan boleh
dilatih dan dipupuk sehingga diri dapat melakukan kerja-kerja pemasangan dengan konfiden.

Komputer Pandangan Belakang


Pandangan dari belakang sebuah komputer kion yang akan dibina mengikut manual ini. Semua sambungan
perkakasan direka berbeza mengikut Perkakasan masing-masing. Pemasangan perkakasan tidak akan tersilap dan
ini satu berita baik kepada pengguna baru yang mula hendak bedinakjinak dengan komputer.
Perkenalan
Perkakasan
komputer
Perkakasan komputer boleh
dibahagikan kepada 3
kumpulan.

Komputer Sistem
Asas

Komputer Sistem
Multimedia

Komputer Internet
Tersedia

1. Komputer Sistem
Asas
Komputer Sistem Asas
terdiri dari sebuah komputer
yang mempunya perkakasan
yang paling sedikit.
Biasanya digunakan untuk
menulis rencan atau keda-
keda mudah. Sebagai
panduan senarai perkakasan
Sistem Asas seperti di
bawah.

Papan induk (Motherboard):


Hampir kesemua perkakasan akan
diletak di atasnya.

Prosesor (Microprocessor atau


CPU): Memproses data untuk
keseluruhan sistem.

Kotak komputer, bekalan kuasa dan


kabel kuasa (Casing, power supply
dan power cable): Bekalan kuasa
untuk sistem boleh berfungsi.

Ingatan capaian rawak (RAM):


Memori sementara yang penting.

Cakera keras serta kabel reben 40


pin (HDD): Storan untuk sistem
operasi dan aplikasi.
Pemacu cakera liut atau pemacu layut serta kabel reben 34 pin (FDD): Membaca dan menulis data ke disket 1.4MB.

Kad Video (Video card): Untuk memproses dan menghantar data video ke skrin.

Monitor: Paparan untuk dilihat aktiviti komputer.

Papan kekunci (Keyboard): Peranti input yang penting.

Tetikus (Mouse): Peranti input kedua yang penting.

CPU - Central Processing Unit

HDD - Harddisk drive

FDD - Floppy Disk drive

RAM - Random Access Memory

2. Komputer Sistem Multimedia


Komputer Sistem Multimedia terdiri dari sebuah sistem yang mempunyai bunyi dan boleh memainkan video cakera
padat (VCD), Cakera padat (CD) serta berkaraoke. Senarai perkakasan sistem multimedia yang dicampurkan
dengan perkakasan sistem asas seperti di bawah.

Kad bunyi (Sound card) : Menghantar data audio ke pembesar suara.

Pemacu CD-ROM (CD-ROM drive) : Membaca data dari CD, VCD dan CDROM.

Mikrofon (Microphone) : Tujuannya untuk berkaraoke dan sembang dalam talian.

Pembesar suara (Speaker) : Mengeluarkan bunyi atau suara dari sumber kad audio.

3. Komputer Internet Tersedia


Komputer yang disediakan modem (Internet Ready) untuk melayari Internet. Senarai perkakasan sistem Internet,
tambahan kepada sistem asas seperti di bawah.

Modem luar atau dalam:Perkakasan untuk disambungkan ke ISP dan melayari Internet.

Akaun Tmnet atau laring: Akaun untuk mendapatkan hak melayari Internet.

Satu talian telefon untuk sambungan: Satu media yang membantu menyambungkan komputer dengan ISP.

Papan Induk (Mother Board)


Papan induk boleh dianggap sebagai salah satu perkakasan yang sangat penting dalam sesebuah komputer.
Pemilihannya bergantung kepada tugasan yang hendak dibuat dan kemampuan upgrade. Di atas papan induk akan
diletakkan pelbagai perkakasan seperti CPU, RAM, kad-kad tambahan dan sebagainya. Ini bererti, semasa membeli
papan induk, buatlah pemilihan yang bijak kerana perkakasan boleh ditambah tanpa perlu menukarkan papan induk.
Ada berbagai-bagai jenis papan induk mengikut prosesor yang hendak digunakan.
Papan induk datang dalam bentuk AT dan ATX. Papan induk AT telah berada di pasaran sejak sekian lama. Papan
induk ATX memasukkan komponen seperti Port COM1, COM2, LPT1, USB dan PS/2 di atasnya tidak seperti papan
induk AT. Dengan sendirinya, papan induk ATX memeriukan kotak komputer jenis ATX dan bekalan kuasa jenis
ATX juga.

Komponen-komponen papan induk


Papan induk mempunyai pelbagai komponen di atasnya dan berbeza dari sebuah ke sebuah mengikut jenis CPU
yang hendak digunakan. Komponen-komponen yang dimaksudkan seperti di bawah,

BIOS akronim bagi sistem input-output asas (basic input-output system), akan beroperasi dengan sistem mengenai
maklumat perkakasan komputer semasa startup. la menyokong pemindahan data antara peranti-peranti perkakasan.
Kebanyakan BIOS di papan induk kini sudah Julus pepijat Y2K yang menjadi masalah besar semasa menjelang
tahun 2000 dahulu. Apa yang sebenarnya berlaku, pada masa mula-mula komputer dibina, storan terlalu kecil dan
penjimatan ruangan menjadi kritikal. Untuk menyelamatkan keadaan, tahun diberi dua angka sahaja dan apabila
tiba tahun 2000, sistem akan beranggapan tahun berbalik kepada 1900. Kekeliruan ini disebut sebagai pepijat Y2K
dan dibetulkan dengan menukar perisian atau perkakasan Y2K serasi.

Cache Aras 2 (L2 Cache) di papan induk sebenarnya sejenis RAM statik (static) bagi tujuan mempercepatkan
operasi komputer. Lagi banyak cache lagi baik dan biasanya papan induk kini dibekalkan sebanyak 512 KB atau
lebih.

Cipset adalah litar-litar bersepadu dalam satu unit untuk melakukan beberapa tugasan biasa. Dalam papan induk,
tugas cipset bagi menentukan berbagai-bagai perkara penting seperti kelajuan sistem bas, jenis PAM atau memori
yang boleh digunakan, jenis CPU dan lainlain lagi. Satu papan induk dengan yang lain amat berbeza bergantung
kepada kemampuan dan kecanggihan sesuatu cipset itu. Sesetengah pengeluar meningkatkan taraf kemampuan
cipset dan papan induk yang sama sudah boleh melakukan perkara-perkara yang lebih baik dari sebelumnya.

Jenis jumper perlu juga diambil perhatian. Ada papan induk menggunakan jumper fizikal dan sesetengahnya jenis
suis. Jumper jenis ketiga pula menggunakan CMOS setup untuk setkan jumper secara perisian. Kebanyakan papan
induk kini juga ada kombinasi CMOS setup dan jumper flzikal atau jumper dan suis.

Slot RAM bagi SIMM dan DIMM seharusnya mencukupi untuk tugasan. Slot SIMM mempunyai 72 pin dan
DIMM pula 168 pin. Slot RAM di papan induk kini kebanyakannya jenis DIMM. Pemilihan RAM harus sesuai
dengan papan induk agar kedua-duanya beroperasi dengan baik.

Komponen slot tambahan ISA, PCI dan AGP sangat penting juga diberi perhatian, terutama slot PCI yang kini
banyak perkakasan jenis slot tersebut. Slot tambahan AGP pula untuk kad grafik yang lebih baik dari segi prestasi
dan resolusi.

Slot FDD dan HDD adalah untuk pemacu cakera liut dan cakera keras. Satu slot FDD boleh menampung dua
pemacu cakera liut dan empat penyambung IDE0 dan cakera keras untuk IDE0 dan IDE1. Ada kalanya sesetengah
pengeluar IDE1 dinarnakan IDE1 dan IDE2 mengikut perkakasan.

Penyambung bekalan kuasa AT dan ATX kadang-kadang dibekalkan dalam satu papan induk, biasanya terdapat
pada papan induk jenis lama. Kebanyakan papan induk kini dibekalkan dengan penyambung ATX saja
memandangkan keperluan voltan 3V untuk litar-litar tertentu dalam papan induk ATX berkenaan.

Penyambung USB seharusnya dibekalkan untuk semua papar induk kerana perkakasan jenis USB kini kian
banyak. USB 1.1 memindahkan data antara perkakasan jenis USB dengan komputer pada tahap 12 mbps iaitu 12
megabit sesaat. Keluaran terbaru USB 2.0 bcleh menghantar data sepantas 480 mbps.
Komponen pengkalan (port) COM1, COM2 dan penyambung papan kekunci bersiri digunakan untuk
disambungkan ke tetikus bersiri, modem luar dan papan kekunci bersiri mengikut susuran. Port LPT1 (Line printer
terminal) pula untuk perkakasan seperti pencetak, pengimbas, kamera video dan sebagainya.

PS/2 bererti 'personal system', penyambung yang digunakan kebanyakan komputer berjenama. Perkakasan seperti
tetikus dan papan kekunci kerap menggunakan kemudahan ini.

CMOS bermaksud complementary metal-oxide semiconductor untuk menyimpan maklumat perkakasan seperti
jenis storan, jumlah RAM serta waktu dan tarikh. Untuk mengubah senarai perkakasan dalam menu CMOS, tekan
kekunci Del berulang kali semasa komputer sedang dimulakan.

Bateri Komputer
Tugas bateri CMOS untuk memberi kuasa kepada cip CMOS menyimpan maklumat perkakasan semasa komputer
tidak beroperasi. Ada 3 jenis bateri yang biasanya terdapat di atas papan induk seperti di bawah,

Bateri Lithium Ion kelihatan seperti sekeping wang siling 10 sen, paling banyak sekali di papan induk kini. Untuk
menukarkannya amat mudah sekali.

NVRAM (cip kombinasi bateri) berukuran panjang 2cm, lebar 1.5cm dan tinggi 0.5cm, dipateri ke papan induk dan
sesetengahnya bersoket. Yang bersoket, cip bateri boleh dicungkil keluar dan diganti. Jarang sekali dilihat bateri
jenis ini sekarang, mungkin sudah pupus.

Bateri Ni-Cad sangat popular satu ketika dulu. la dilekatkan pada papan induk 286, 386 atau 486 dan sudah tidak
dikeluarkan lagi. Bateri jenis ini juga dipateri dan sangat sukar untuk dikeluarkan. Setelah semua perkakasan
dibuka termasuk papan induk dari kotak komputer, baru bateri dapat dikeluarkan dengan bantuan peralatan pateri,

Bateri yang terdapat di atas papan induk kini dari jenis LITHIUM 3V, menyerupai siling 20 sen seperti dalam rajah
sebelah. Tujuan bateri tersebut untuk memberi kuasa kepada cip CMOS bagi menyimpan maklumat komputer
semasa tidak beroperasi. Jangka hayat bateri dari tiga hingga lima tahun dan sekiranya rosak atau lemah, komputer
akan memberi isyarat semasa setiap kali komputer hendak dihidupkan.

Cara-cara menukar
bateri jenis Lithium

Ada kalanya bateri


terpaksa ditukar dan untuk
mengeluarkannya tidaklah
susah sangat. Dengan
hujung pensil tekan ikut
anak panah A untuk
melepaskan bateri dari
cangkuk. Tekan dengan
jari ikut anak panah B dan
bateri sudah boleh
dikeluarkan ikut arah C.
Tukar bateri dengan jenis yang sama dan pastikan kedudukan tanda positif (+) seperti sebelum dikeluarkan tadi.

You might also like