You are on page 1of 9

2.1.1 Takrif/Konsep: Kesusasteraan epik juga dikenali sebagai kesusasteraan kepahlawanan.

Genre ini menceritakan wira dan kepahlawanan sesuatu bangsa. Dengan kata lain, watak yang dikisahkan ialah wira bangsa dan lambang keagungan budaya bangsa sehingga menjadi sanjungan dan sumber inspirasi masyarakat khalayaknya.Watak wira dilukiskan dengan sifat yang begitu unggul sama ada dari segi keperibadian, ketokohan,kepintaran, kegagahan,mahupun ketangkasan. Sifat yang dilukiskan ini dilebih-lebihkan sehingga menjadikan watak berkenaan begitu sempurna. kadangkala watak wira itu dikatakan tidak mati dan dipercayai masih hidup hingga kini. Kesusasteraan epic ditulis dalam bentuk puisi panjang. Sebaliknya, dalam konteks kesusasteraan Melayu tradisional, genre ini ditulis dalam bentuk prosa. Kesusasteraan epik Melayu dapat diklasifikasikan kepada epik kebangsaan dan epik bersumberkan Islam (Ismail Hamid, 1993) Epik kebangsaan Melayu diwakili oleh Hikayat Hang Tuah. Dalam hikayat ini dilukiskan kehebatan dan kehandalan tokoh Hang Tuah sejak zaman kecilnya sehinggalah ia ghaib. Beliau dibantu oleh empat orang sahabatnya iaitu hang Jebat, Hang kasturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu. Zaman keagungan Hang Tuah melambangkan keagungan empayar Melayu Melaka. Di samping itu, Hang Tuah juga merupakan lambang kesetiaan bangsa Melayu terhadap rajanya yang tidak berbelah bagi terutama dalam masyarakat Melayu Feudal. Hang Tuah melindungi rajanya dari sebarang ancaman sehingga sanggup menggadaikan nyawanya sekalipun. Tema karya epik ialah kepewiraan tokoh pahlawan utama. Perkembangan cerita dalam karya epik lebih berpusat kepada wira tersebut. dalam lain-lain perkataan, wira menjadi landasan utama terhadap perkembangan cerita karya epik. 2.1.2 Ciri-Ciri Epik: 1. Dari segi bentuknya, sastera epik adalah bentuk karyayang ditulis dalam dua bentuk iaitu prosa dan puisi yang panjang. Hikayat Hang Tuah mengandungi lebih dari 500 halaman dan di dalamnya terdapat kira-kira 164,000 patah perkataan. 2. Latar tempat cerita dan peristiwa mengenai tokoh wira amat luas, iaitu meliputi alam nyata dan alam kayangan.Dalam Hikayat Hang Tuah, ceritanya meliputi beberapa tempat antaranya Melaka serta di serata tempat di Asia seperti di Majapahit dan benua keling. 3. Aksi-aksi watak wira digambarkan rata-ratanya bersifat berani, tangkas dan bijaksana. Biasanya wira epik dapat melaksanakan tugas yang luar biasa yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain. Misalnya Hang Tuah dapat menewaskan musuhnya taming sari. 4. Terdapat unsur-unsur supernatural yang melibatkan kuasa-kuasa ajaib dan sakti sesuatu bangsa.Hang Tuah merupakan tokoh yang kuasa luar biasa. 5. Wira dalam sastera epik adalah tokoh agung yang berkedudukan tinggi sesuatu bangsa. Hang Tuah merupakan orang kanan Melaka yang sering diutuskan oleh sultan Melaka ke luar negara. Bahkan kemasyurannya telah sampai ke negeri-negeriMajapahit, Siam, China, Benua Keling, Arab dan Rom.

Persoalan kepahlawanan adalah merujuk kepada kehandalan dalam pertempuran di medan perang, berpencak silat, bermain keris, bermain pedang ataupun memanah musuh. Kepahlawanan juga merujuk kepada ilmu-ilmu hikmat seperti kegagahan, tidak lut ditikam dengan senjata, boleh menghaibkan diri, boleh menawarkan bisa racun dan juga boleh merubah diri menjadi makhluk lain. Kepahlawanan juga memerlukan kebijaksanaan dalam menjalankan strategi dalam menentang musuh atau dalam peperangan. Dalam masyarakat lama, kepahlawanan juga merujuk kepada pemilikan senjata sakti atau hikmat. Watak pahlawan juga mesti memiliki sifat berani menentang musuh walaupun musuh itu dikatakan handal ataupun lebih ramai dari dirinya. Tokoh-tokoh pahlawan juga semestinyalah watak protagonis yang menjadi kebanggaan raja atau negara. 2B. Empat aspek kepahlawanan dalam karya kesusasteraan Melayu Tradisional [20M]. Kehandalan dalam pertempuran di medan perang, berpencak silat, bermain keris, bermain pedang ataupun memanah musuh. Contohnya dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah dikatakan sangat handal sehingga tidak boleh dikalahkan oleh sesiapun di alam Melayu di waktu itu. Pemilikan ilmu-ilmu hikmat seperti tidak lut ditikam dengan senjata, kegagahan, boleh menawarkan bisa racun dan juga boleh merubah diri menjadi makhluk lain juga menjadi sifat laksamana Hang Tuah. Dia tidak lut ditikam selagi memiliki keris Taming Sari. Semasa di Majapahit, Hang Tuah dapat menawarkan arak sehingga menjadi tidak memabukkan. Dalam perlawanannya menentang Sang Winara semantara, Hang Tuah merubah dirinya menjadi harimau. Badang pula dikelaskan sebagai pahlawan Singapura kerana kegagahan yang dimilikinya setelah memakan muntah hantu. Kebijaksanaan dalam menjalankan strategi dalam menentang musuh atau dalam peperangan boleh dilihat pada watak Bendahara Tun Perak dan juga Laksamana

Hang Tuah. Bendahara Tun Perak menyuruh memasang jamung pada setiap pokok di pantai Melaka supaya tentera Siam menyangka bilangan tentera Melaka sangat ramai. Hang Tuah pula meminta bertukar keris semasa berperang dengan Taming Sari. Raja Donan dalam Hikayat Raja Donan berjaya membunuh Raja Mambang kerana dia tahu rahsia rahsia untuk membunuh raja Mambang hanya dengan sekali tikam sahaja. Pemilikan senjata sakti atau hikmat juga melibatkan watak Hang Tuah. Hang Tuah dikatakan memiliki keris Taming Sari menyebabkan dia tidak lut ditikam. Raja Donan pula telah dilahirkan bersama sebilah pedang dan selaras beduk. Senjata itu telah digunakan untuk membunuh Raja Mambang Nan Bongsu. Sifat berani menentang musuh walaupun musuh itu dikatakan handal ataupun lebih ramai dari dirinya. Sifat ini jelas pada masa Hang Tuah diminta menghapuskan 50 orang yang pura-pura mengamuk semasa berada di Majapahit. Kesemua mereka dihapuskan dengan seorang dirinya sahaja. Sifat gemar mengembara terutama untuk menuntut ilmu dan berbakti kepada negara juga menjadi sifat pahlawan. Laksamana Hang Tuah telah pergi berguru hingga ke Tanah Jawa. Untuk berbakti kepada negara pula, Hang Tuah telah mengembara ke Majapahit. Laksamana Hang Nadim ke Pahang untuk menculik Tun Teja. Laksamana Khoja Hassan juga pernah ke Pahang untuk menculik gajah Sultan Pahang. Dengan sifat-sifat kepahlawanan yang sejati itu Hang Tuah telah dinobatkan sebagai hulubalang Melayu yang menjadi kebanggaan raja-raja Melayu Melaka.
Hang Tuah sebagai tokoh epik dalam Hikayat Hang Tuah 1. Mempunyai kebolehan berbahasa. Beliau pandai bertutur dalam bahasa Nagaram (hlm 52). Ketika mengadap Kisna Rayan (Raja benua Keling- Bijaya Nagaram), beliau telah bercakap menggunakan bahasa Nagaram. Beliau telah mempelajari bahasa tersebut daripada seorang lebai. Kemampuan beliau ini adalah salah satu ciri penting seorang tokoh epik iaitu bijak menguasai ilmu berbahasa di dunia 2. Mampu mengubati permaisuri raja yang mandul atau tidak mampu meahirkan anak. Tindakan beliau ini adalah di atas permintaan raja melalui Nala Sang guna. Hang Tuah telah membuat satu ubat yang rupanya seperti madat. Setelah siap, ubat berkenaan telah diserahkan kepada Nala Sang Guna untuk diserahkan kepada raja. Kebolehan mengubati permaisuri raja benua Keling ini telah menunjukkan bahawa beliau mempunyai kebolehan yang istimewa.

3. Tangkas menunggang kuda. Hang Tuah telah diminta supaya menunggang kuda teji. Kuda teji adalah salah seekor kuda Kisna Rayan yang sukar dikendalikan. Setelah Hang Tuah belajar menunggang kuda, beliau telah berjaya memacu kuda tersebut dengan selamat iaitu dengan cara tunduk dan melindungkan kepalanya dibalik telinga kuda tersebut. Kebolehan ini adalah salah satu bukti keperwiraan beliau ketika berada di benua Keling. 4. Mampu menyelesaikan masalah dengan kebolehan akal fikirannya. Apabila hendak memasak untuk jamuan diraja, terdapat masalah ketiadaan kayu untuk memasak. Hang Tuah telah berjaya menyelesaikan masalah ketiadaan kayu dengan menjadikan kain sebagai bahan api. Kebijaksanaan Hang Tuah ini adalah salah satu bukti beliau layak digelar wira. 5. Mempunyai kebolehan yang luar biasa. Hang Tuah telah menunjukkan sesuatu pertunjukan yang dianggap permainan. Beliau telah mengeluarkan suatu benih pokok kayu. Apabila benih itu ditanam terus tumbuh serta berdaun dan sesaat itu juga berbunga lalu berputik dan berbuah masak. Beliau telah memperolehi benih itu melalui mimpi. Apabila sudah dimakan buahnya, dengan segera pohon itupun ghaib. Kebolehan Hang Tuah yang luar biasa ini merupakan satu lagi bukti bahawa beliau layak digelar wira epik. 6. Mampu memperdaya dan melihat Maharaja China. Ketika rombongan Hang Tuah ke negeri China hendak dijamu makan, beliau telah menyatakan bahawa orang Keling makan sayur, daun kayu dan buah kayu. Sayur yang hendak dimakan itu pula tidak dikerat dan dibiarkan panjang-panjang. Ketika makan, Hang Tuah telah mendongakkan kepala ketika makan sayur kangkung yang tidak dikerat itu. Pada masa itulah beliau dapat melihat Raja China yang duduk dalam mulut naga emas bersisik. Tatkala Laksamana memandang ke atas, HangTuah hendak dipenggal oleh hulubalang Raja China. Namun Raja China telah menghalang tindakan rakyatnya kerana Hang Tuah sebenarnya telah bertindak bijaksana.

Hikayat Hang Tuah Bab XIX


Hikayat Hang Tuah Bab XIX Utusan ke Benua Keling Kisna Rayan (raja benua Keling) menyambut surat daripada Sultan Melaka (Sang Maniaka). Hang Tuah selaku utusan raja telah sampai di negeri Bijaya Nagaram. Latar tempat negeri berkenaan sangat indah dan unik. Surat raja Melaka sangat dimuliakan kerana raja Melaka keturunan melayu. Surat sultan pun dibaca dan Kisna Rayan pun bertanya tentang utusan raja yang bernama Laksamana Hang Tuah. Hang Tuah yang berkebolehan dalam bahasa Nagaram telah menjawab dengan baik. Hang tuah pernah belajar bahasa keling ketika berada di majapahit dengan seorang lebai. Semua orang kagum dengan kebolehan Hang Tuah. Hang Tuah telah mendapat layanan yang sangat istimewa daripada raja benua Keling itu. Hang Tuah telah dijamu dan dijadikan anak angkat. Kemudian Hang Tuah telah diminta mengubati permaisuri raja yang mandul supaya mendapat anak. Hasrat itu telah di tunaikan oleh Hang tuah dengan membuat ubat yang rupanya seperti "madat". Seterusnya beliau dicabar untuk menaiki kuda teji dan beliau telah berjaya menunggang kuda tersebut. Sikap dan watak Hang Tuah sangat memikat hati Kisna Rayan dan berhajat ingin menjadikan Hang Tuah sebagai hulubalangnya.Ketika Nala Sang Guna ingin menjamu sultan, didapati kayu untuk memasak tiada kerana Kisna Rayan menghalang rakyatnya menjual kayu. Hang Tuah telah menyelesaikan maslah tersebut dengan mencadangkan agar kain dijadikan bahan api.

Kemudian Hang Tuah menunjukkan kebolehannya yang luarbiasa. Beliau telah menunjukkan kepada raja keling kemampuannya menanam benih pokok yang cepat membesar dan berbuah, masak dan boleh dimakan oleh raja keling itu. Selepas baginda makan buah masak itu, pokok kayu itu pun ghaib. Seterusnya Hang Tuah telah dititahkan ke benua China oleh Kisna Rayan. Setelah dua bulan perjalanan, Hang Tuah pun sampai dan berlabuh di tempat Feringgi berlabuh. Wujud sedikit pertelingkahan antara utusan benua keling dengan Feringgi. Hang Tuah dan utusan lain disambut dan surat di arak. Kebijaksanaan Hang Tuah terserlah apabila berjaya membuat muslihat untuk melihat raja China yang duduk di dalam mulut naga emas bersisik. Maksud perkataan:

1. Madat 1. candu yg belum dimasak; minum ~ 2. segala jenis dadah (spt ganja, morfin, heroin, candu, dsb) yg disalahgunakan oleh penagihnya; 1. perihal menghisap madat; 2. Jk biasa melakukan sesuatu yg tidak sopan (kurang baik dll);pemadat orang yg biasa (ketagih) menghisap madat: orang yg ~ itu semuanya kurus kering. Bahan yang mengandungi kandungan kimia yang mengkhayalkan dan merosakkan kesihatan yang menjadi barang dagang di antara China dan orang-orang Eropah di zaman dinasti Manchu. 2. Ceteria sl anak raja-raja, kesateria: maka duduklah segala orang kaya-kaya, dan segala ~, sida-sida, bentara hulubalang, masing-masing pd martabatnya.

2. Kesusasteraan epik / kepahlawanan merupakan genre sastera yang tersebar luas di alam Melayu. Huraikan; a. Maksud epik kepahlawanan dan berikan dua contoh epik [5] b. Jelaskan empat ciri-ciri umum sastera epik [12] c. Nyatakan fungsi sastera tersebut [8]

a. -Maksud sastera epik adalah kehebatan seseorang tokoh / wira bangsa -Kisah kehebatan wira / tokoh yang disanjung oleh sesuatu masyarakat -memiliki kehebatan luar biasa yang digambarkan berlebihan (2 + 1 = 3m) Nama Karya Epik Melayu 1. Hikayat Hang Tuah 2. Hikayat Amir Hamzah 3. Hikayat Muhammad Hanafiah

[ 3m]

2b. Jelaskan empat ciri-ciri umum sastera epik

[ 12m ]

F1 H

Bentuk Karya berbentuk prosa panjang, Teks begitu tebal, watak-watak dalam cerita amat Ramai, tumpuan utama hanya kepada wira disamping beberapa watak lain

F2 Watak wira / watak utama H sebagai watak wira, adalah tokoh yang agung / unggul, Mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat Melayu, Lambang kemegahan / kekuatan bangsa Melayu F3 H F4 H Latar penceritaan Latar tempat tidak terbatas / amat luas, Latar masa amat panjang / lama Sifat-sifat kepahlawanan / epik Memiliki sifat-sifat kepahlawanan yang menonjol / amat banyak Memiliki ciri-ciri kepahlawanan unggul berani, dan setia kepada raja Penceritaaan sifat kepahlawanan sejak kecil Unsur luar biasa / supernatural Banyak terdapat dalam teks, Melibatkan kuasa sakti dan ghaib Tokoh pahlawan ialah tokoh superhuman / sifat luar biasa dari segi intelek (kebijaksanaan / berilmu tinggi), jasmani (gagah /kekacakan), emosi (taat setia), rohani (akhlak / agama), Kehebatan kelihatan dalam peperangan dan pertembungan dengan musuh Gambaran bersifat objektif / Sudut penceritaan Pengarang tidak terlibat dalam cerita, Pengarang mengasingkan dirinya daripada apa yang sedang dicerita, Pengarang melahirkan perasaan menyebelahi manamana pihak Dari segi isi Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian awal (kehidupan awal wira), bahagian kedua (peristiwa kehandalan / kemasyhuran wira), dan akhir ( masa tua / uzur atau kemurungan), Mengandungi bahagian perlawanan dan bahagian pengembaraan Kedudukan teks kepada masyarakat Kebanggaan masyarakat / bangsa Melayu, Lambang kemegahan serta kekuatan bangsa Melayu, Semangat kekuatan / inspirasi bangsa Melayu, Mempunyai kedudukan tinggi dalam sejarah bangsa dan antarabangsa

F5 H

F6 H

F7 H

F8 H

Pilih 4 isi sahaja 1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 2 markah H/C) 4 isi X 3 markah = 12 markah 2c. Nyatakan empat fungsi sastera tersebut [8]

Empat fungsi umum Sastera Epik ;

Fakta/Huraian Fakta/Huraian Fakta/Huraian Fakta/Huraian Fakta/Huraian

1 : menanamkan semangat cintakan bangsa, Negara dan agama. 2 : sebagai lambang keagungan sesuatu sesuatu bangsa dan Negara 3 : mengagungkan seseorang tokoh 4 : alat pengekalan dan pemantapan nilai-nilai dan norma masyarakat 5 : memperkenalkan identiti bangsa dan Negara kepada generasi akan datang

Jenis karya di atas adalah sejenis karya sastera epik seperti definisi berikut:
Epik adalah sebuah genre puisi naratif yang luas, dicirikan dengan kepanjangannya, pelbagai latar, sejumlah watak-watak yang besar dan berat serta jangka masa yang lama. Biasanya melibatkan cerita-cerita zaman kuno ratusan tahun lampau dan kadang-kala sukar untuk difahami kerana ada maksud tersurat dan maksud tersirat. Ia mengemukakan watak wira yang agung dalam satu rentetan peristiwa yang meliputi mitos, lagenda, dongeng dan sejarah. Epik biasanya dianggap penting bagi perjalanan sejarah sesebuah bangsa, dan merupakan sumber inspirasi kepada bangsa yang [1] melahirkan epik tersebut. Dasar penceritaan epik tertumpu kepada kepahlawanan seseorang wira. Sebagai seorang wira, dia perlu mempunyai sifat-sifat dan perlakuan fizikal yang berbentuk kepahlawanan. Wira harus bersedia menghadapi cabaran dan dapat membuktikan kepahlawanannya. Masyarakat pula dapat menerima dan mengakui kepahlawanan wira tersebut sebagai yang terunggul pada zamannya.

Ciri-ciri epik adalah: 1. Pahlawan tampil sebagai susuk tubuh yang mengkagumkan. Hang Tuah mampu mengalahkan pencabarnya seorang diri dan memenangi pertarungan tersebut. Malah Hang Tuah sangat bijaksana kerana mampu memperdaya Taming Sari agar mereka saling bertukar keris. 2. Latar penceritaan pahlawan adalah luas, universal dan berlaku di sebarang tempat. Asal Hang Tuah daripada Melaka sedangkan penceritaan di atas adalah di Majapahit. 3. Keberanian tokoh dijadikan bahagian penting dalam keseluruhan tema. Hang Tuah digambarkan sangat berani menentang musuh seorang diri tanpa bantuan rakan-rakan yang lain. 4. Ada keterlibatan unsur supernatural (kuasa luarbiasa). Hang Tuah tidak cedera walau sedikitpun dalam pertarungannya. Perkara ini adalah suatu yang luar biasa. 5. Tindakan pahlawan bersifat objektif. Watak epik dilukiskan secara tidak langsung melalui dialog dan aksinya sahaja...seperti Hang Tuah diceritakan berjaya mengelak tikaman, melompat ke kiri dan kanan. Hal ini menggambarkan ketangkasan watak Hang Tuah.

2. Menyatakan kepentingan karya dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat melayu tradisional. Sekiranya kita mengkaji sikap dan sifat Hang Tuah, beliau boleh dijadikan contoh kepada setiap individu manusia seperti berikut: 2.1 Perlu bersikap berani Seseorang individu yang dianggap berani ialah, sanggup menggadaikan nyawa demi membantu orang lain. Dalam konteks Hikayat Hang Tuah, keberanian Hang Tuah tidak dapat dinafikan. Kesanggupan menentang musuh seorang diri sudah cukup menggambarkan beliau seorang yang sanat berani. Apatah lagi menentang musuh yang handal seperti Taming Sari. 2.2 Manusia perlu bijaksana. Kebijaksanaan adalah sesuatu yang penting dan signifikan kepada diri seseorang. Selalunya aspek kebijaksanaan dikaitkan dengan kebolehan seseorang itu menyelesaikan masalah dan dapat mengatasi masalah dengan jayanya. Ketika Hang Tuah bertikam dengan Taming Sari, Hang Tuah sangat bijaksana mencari punca masalah yang menyebabkan dirinya tidak mampu mencederakan Taming Sari. Seterusnya, dengan kebijaksana. Akhirnya Taming Sari terpedaya dan dapat dibunuh. 2.3 Taat setia kepada ketua. Kemana sahaja Sultan Melaka pergi, Hang Tuah sentiasa bersamanya. 2.4 Menghargai jasa dan sumbangan pihak lain. Hang Tuah diberi anugerah Sungai Jemaja oleh Betara Majapahit sebagai salah satu cara menghargai jasa-jasanya. 2.5 Sentiasa berwaspada. Perlu bersikap waspada terutama dengan pihak yang tidak kita kenali saperti Patih Gajah Mada. Apabila kita berada di perantuan, kita perlu sentiasa berhati-hati. 2.6 Hormat menghormati. Sebarang tindakan yang dilakukan Hang Tuah di Majapahit mendapat restu pemerintah di sana. Sultan Melaka dan Hang Tuah sentiasa sedar bahawa mereka berada di negara orang (Majapahit). 2.7 Menghormati tetamu. 2.8 Gambaran adat dan budaya masyarakat. Majlis perkahwinan antara Raja Melaka dengan Radin Emas Ayu digambarkan mempunyai adat-adat tertentu yang diamalkan oleh masyarakatnya. Di antara adat perkahwinan itu ialah seperti adat berjaga-jaga, hantaran mas kahwin, berarak dan mengadap raja. ********sekadar beberapa pandangan yang boleh difikir bersama.

3. Menjelaskan watak dan perwatakan Watak Hang Tuah. Seorang rakyat Melaka, pengiring kepada Sultan Melaka. Mendapat Gelaran Laksamana apabila berjaya mengalahkan Taming Sari. Ada lima sahabat. Perwatakan Hang Tuah 1. Taat setia 2. Berani 4. Bijaksana 5. Tangkas bermain senjata. 6. Sangat menghormati raja. **** perwatakan di atas perlu dihuraikan. . 4. Menyatakan aspek estetik dalam karya kajian. 4.1 Penggunaan bahasa yang indah sesuai dengan zaman. 4.2 Ketepatan pemilihan kata. 4.3

Rujukan untuk pengetahuan tambahan: http://resam-melayu.com/2010/03/hang-tuahantara-sejarah-mitos-atau-hikayat.html

You might also like