1.0 PENGENALAN Kecergasan yang optimum adalah penting bagi membantumurid melaksanakan aktiviti harian dengan cekap dan berkesan tanpa berasaletih. Selaras dengan itu, aktiviti dan amalan kecergasan yang terancang perludilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang dicadangkan dan dinilaimengikut norma yang telah ditetapkan. Justeru, satu penilaian standard yangdikenali sebagai Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan(SEGAK) untuk Murid Sekolah Malaysia telah dirangka untuk dilaksanakan mulaisesi persekolahan 2008 (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2008 StandardKecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) Untuk Murid Sekolah Malaysia)Menurut Ahmad Hashim (2006), pendekatan pengajaran pembelajaranPendidikan Jasmani yang mantap perlu melalui proses pengujian danpengukuran yang piawai dan berterusan serta bersesuaian dengan persekitaransekolah. Penggunaan prosedur ujian yang piawai dapat menghasilkan skor ujiankecergasan dan kemahiran yang tekal serta mempunyai kebolehpercayaan yangtinggi. Hal ini sekaligus berupaya meningkatkan kualiti pengajaran danpembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Penilaian pula adalah prosesmengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.Penilaian memerlukan prosedur ujian yang baik dan mudah difahami.Sehubungan dengan itu, guru Pendidikan Jasmani dikehendaki merancang danmengendalikan ujian kecergasan dan kemahiran untuk murid-murid di peringkatsekolah. Instrumen penilaian perlu dibina dan ditadbir oleh guru sama adamelalui pemerhatian, penulisan dan lisan. Hasil penilaian digunakan untuktindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaikipengajaran guru. Laporan perlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberimaklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru-guru yang lain (SukatanPelajaran Pendidikan Jasmani, 1999). 1 1.1 MENYEDIAKAN BATERI UJIANUNTUK ENAM (6) KOMPONEN YANG HENDAK DIUJI. 1.1.1 DUA (2) Instrumenuntuk Mengukur Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan. (i) Bleep Test (ii)Jangkauan Melunjur 1.1.2 DUA (2) Instrumen untuk Mengukur KecergasanFizikal Berlandaskan Lakuan Motor. (i) Lompat Jauh Berdiri (ii) Larian Zig ZagBarrow 1.1.3 DUA (2) Instrumen untuk Mengukur Kemahiran (Bola Tampar). (i)Menyangga (ii) Servis 2 1.2 INSTRUMEN UNTUK MENGUKUR KECERGASANFIZIKAL BERASASKAN KESIHATAN. 1.2.1 UJIAN “BLEEP” / “BEEP” (BLEEPTEST) Pengenalan: Ujian “Bleep” atau ujian “Beep” merupakan satu ujian larianulang-alik pelbagai tahap yang meningkat secara progresif. Ujian ini telah diciptadi Kanada dan kini merupakan salah satu ujian kecergasan aerobik atau ujiankecergasan daya tahan kardiovaskular yang popular di dunia. Kecergasankardiovaskular berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular, kecergasanrespiratori dan kecergasan aerobik. Semua ini merupakan aspek kecergasanterpenting. Kecergasan kardiovaskular adalah asas kepada sebarang aktivitifizikal juga faktor utama yang boleh mengurangkan risiko individu dari penyakitkardiovaskular. Contohnya seperti penyakit jantung, penyakit hipokinetik,kematian awal dan penyakit-penyakit yang lain. Kardiovaskular cergasmeningkatkan kebolehan melakukan sebarang tugas. Komponen dalamkardiovaskular terdiri daripada jantung, paru-paru, salur darah, darah dan otot. Iakomponen yang terpenting dalam profil fisiologi manusia. Nama Ujian: Bleep Test