Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
85Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
HUKUM BERSOLEK @ Tabarruj

HUKUM BERSOLEK @ Tabarruj

Ratings: (0)|Views: 15,252|Likes:
Published by Abu Harith

More info:

Published by: Abu Harith on Sep 01, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

07/10/2013

pdf

text

original

 
 1
 
جﺮﺒﺘﻟا
 
 Al-TABARRUJJ 
Oleh: Ustazah Ni’mat Sidqi (Seorang Ulamak Wanita Mesir-1930M-Terjemahan)
 
 2
MUQADDIMAH
Tabarruj
, ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari
RahmatuLlahi‘Alaihi
ada berkata: “Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkankecantikan rupa parasnya.”Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan
‘aurat
dan di sampingmenjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yangdemikian Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dariber
make-up
(tabarruj).Maka dengarlah wahai belia-beliawanis Islam semua, segala suruhan Allahs.w.t andainya anda semua beriman denganNya, Allah telah berfirman dalam al-Quran melalui surah al-Nur, ayat 31 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah merekamenampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Danhendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganmenampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah merekaatau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suamimereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera- putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budakyang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyaikeinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akanapa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekaliankepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” 
Ketahuilah bahawa kain tudung yang dimaksudkan Allah dan dalamfirmanNya yang bermaksud:
“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya” 
(al-Nur: 31)
 
bukanlah terhenti di bahagian kepala sahaja, malahanmenutupi bayangan mutiara yang tersisip di dada juga disuruh. Sesiapa yangmendedahkan bahagian kepala atau bahagian dadanya, maka sudah jelas, iabukan dari seorang yang menghormati suruhan Allah s.w.t. Akibat dari kecuaiandan kelalaian tersebut sudah pasti seseorang itu menerima azab yang pedih di hariakhirat kelak.Awas! Wahai golongan wanita, Allah telah berfirman yang bermaksud:
“Janganlah menampakkan perhiasan” 
(al-Nur: 31). Dengan ini jelas bahawasebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah bolehmembawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang ber
make-up
. Larangan seperti inihanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takutkepada kemurkaan Allah dan siksaan dariNya.Pengertian
 perhiasan
bukanlah terhad pada alat-alat solek atau fesyen-fesyenpakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istemewa adalah terletak padatubuh badan seseorang wanita itu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti inididedahkan kepada orang lelaki, maka perbuatan demikian juga dinamakanTABARRUJ!.Ada pula dikalangan wanita yang bertudung, disamping tudung inidiletakkan pula di atasnya kaitan bunga dan ukiran yang menarik, manakala
 
 3
rambutnya yang di bahagian hadapan sengaja dihulurkan keluar dari kain tudung,dan terjuntai menutupi sebahagian dahi dan lesung pipitnya. Andainya anginbayu meniup lalu, sudah jelas rambut tadi terlambai-lambai mengikut arus bayu.Ada fesyen pula, rambutnya disanggul dan dihias pula laksana mahkota,kerana dengan ini, setelah nanti dilekatkan dengan kain tudung, semakin jelasbentuk (tubuh badan) dan keindahan mahkotanya.Idea dan usaha ini dilakukan supaya tambah menarik setiap matamemandang, dan kononya supaya dianggap orang, bahawa ia juga seorang yangmentaati Allah, di sampung pandai pula menyesuaikan diri dengan berbagai-bagaifesyen pakaian mengikut keadaan zaman.Sebenarnya maksud dan usaha anda sedemikian rupa adalah salah. Allahs.w.t lebih mengetahui segala persoalan yang tersirat di dalam otak anda.Penzahiran tindakan ini bererti kamu menipu diri sendiri. Akhirnya anda jugatergolong di dalam golongan wanita-wanita yang bermake-up seperti dan firmanAllah dalam ayat yang lalu, dan padahnya bukan sama??!!Dari sini mari pula kita meninjau ayat Al-Quran yang bermaksud
 Dan jangan mereka menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang merekasembunyikan” 
 
(al-Nur: 31). Dari kandugan ayat ini, Allah juga melarang setengahgolongan wanita (tradisi mereka ini bergelang kaki) dari menghulurkan kakihingga terlihat perhiasan tersebut.Andainya baju yang dipakai menutupi ‘aurat, tetapi oleh kerana hoyonganbadan ketika berjalan, pakaian itu turut terhoyong hingga kadang-kadangternampak bentuk badan di setengah bahagian anggota, keadaan seperti inidimaafkan.Berikut pula mari kita merenung firman Allah khasnya yang ditujukankepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Hai isteri-isteri Nabi (a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jikakamu bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehinggaberkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” 
(al-Ahzab: 32)Dari ayat ini dapatlah difahamkan bahwa suara lemah-lembut adalah sebahagiandaripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabdayang bermaksud:
“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan,maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan.” 
Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis-jenis bauan bagi kaumwanita di waktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana
syari’at
Islam, apabilamelarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan ciri-ciri yang membawakepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.Ummu Salamah ada menceritakan, maksudnya begini: Asma’ binti AbuBakar telah menziarahi Rasullullah s.a.w pada suatu hari dengan berpakaian nipis.Lantas Rasulullah s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya:
“Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaid (baligh), tidakharus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” 
Di samping ituRasulullah mengisyaratkan kepada muka dan dua tapak tangan.Alangkah bahagianya seorang wanita andainya ia bersifat sederhana diluar rumah, tetapi menjadi peragawati di dalam rumah. Sudah tentu ia tidak

Activity (85)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Mde HoneyRafa liked this
Faizun Sekin liked this
Ubed Maloloe liked this
Nurul Asyikin liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->