3.1 KONSEP ALAM BELAJAR
Sejak dari kecil lagi, kita sentiasa mengalami proses pembelajaran yangberterusan tidak kiralah formal atau tidak formal. Justeru itu, suasana alam belajar yang kondusif pastinya bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaranyang berkesan yang dijalankan oleh guru tidak kiralah di dalam bilik darjah ataupundi luar bilik darjah. Penglibatan yang aktif dan interaksi yang baik perlu diwujudkanantara guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Untuk lebih memahaminya lagi,seorang guru perlu tahu konsep alam belajar itusendiri dengan lebih mendalam lagi. Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying,Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), alam belajar merupakan keadaan atausuasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalammencapai matlamat perubahan tingkah laku.
3.1.1 Tiga aspek utama alam belajar
Terdapat tiga komponen penting dalam membantu pembentukan murid yangmenyeluruh. Pertama ialah psikososial, kedua iaitu fizikal dan ketiga ialah komunitipembelajaran.a) Aspek psikososialFaktor pertama iaitu psikososial merangkumi 4 elemen iaitu nada suara yangsesuai, saling berbudi bahasa, tingkahlaku yang diterima dan suasana yangkondusif. Faktor ini lebih memfokuskan kepada perasaan murid-murid yangberhubung dengan aspek keselamatan dan keselesaan mereka dengan persekitaransekolah. Seorang guru yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudahdidampingi, beramah-tamah, cekap, berkeyakinan diri dan mengambil berat tentangEDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR1