You are on page 1of 13

NorAin Ismail BAML, UniSIM

MLL 303 : MEREKABENTUK BAHAN UNTUK BILIK DARJAH BAHASA MELAYU

ISI KANDUNGAN SOALAN Huraikan ciri-ciri bahan pengajaran yang berkesan bagi pembelajaran bahasa bagi salah satu kumpulan berikut :

a) murid sekolah rendah ATAU b) pelajar sekolah menengah

Nyatakan satu contoh yang sesuai bagi setiap ciri yang diterangkan.

(100 markah)

BIBLIOGRAFI

MLL 303 : MEREKABENTUK BAHAN UNTUK BILIK DARJAH BAHASA MELAYU

PENGENALAN Pembelajaran bahasa yang berkesan tidak hanya memerlukan perancangan yang menyeluruh tetapi turut menitikberatkan pemilihan bahan yang teliti. Bahan pengajaran amat penting dalam pembelajaran pelajaran kerana ia sebagai alat untuk membantu guru menjelaskan kepada pelajar tentang apa yang diajarnya. Tujuan bahan pengajaran adalah sebagai media untuk guru berkomunikai dengan pelajarnya, selain merangsang minat pelajar sepanjang pembelajaran.

Bahan pengajaran tidak hanya bermaksud buku-buku dan kertas kerja sahaja. Selain menggunakan buku-buku teks dan buku-buku aktiviti yang disediakan pihak Kementerian Pendidikan, guru boleh menggunakan daya kreativitinya untuk menghasilkan bahan-bahan lain, seperti petikan audio, bahan visual seperti rancangan televisyen atau video, sumber Internet seperti lelaman Youtube dan bahan-bahan maujud untuk menambahnilai pada kesan pembelajaran. Penggunaan daya kreativiti guru disebut oleh Elly, D.P. dan Gerlach, V.S. dalam Kamaruddin Haji Husin dan Siti Hajar Haji Abdul Aziz :
The effectiveness of any medium depends on the creativity of the teacher using it. (1997 : 293)

Keberkesanan sesuatu pengajaran itu bergantung pada daya kreativiti guru menyesuaikan bahan yang dipilihnya. Oleh itu, guru perlulah memilih, mengubah, mengolah atau mereka dan menyediakan bahan-bahan bergantung pada ciri-ciri tertentu yang penting. Guru menjadi tunjang utama yang memilih dan menyediakan bahan untuk pembelajaran pelajarnya. Pemilihan bahan ini merupakan satu proses yang memerlukan guru mengolah bahan yang telah dipilih supaya dapat disesuaikan untuk pengajaran bahasa. Proses

pengolahan bahan amat penting untuk guru membuat adaptasi atau memperjelaskan dan menambahkan aspek supaya selari dengan sukatan pengajaran.

Bahan pengajaran yang baik memiliki beberapa ciri penting yang baik. Contohnya, dalam kertas kerja ini, yang mana fokus peringkat pelajar ialah pelajar sekolah menengah, guru perlu mengambil kira banyak ciri sebelum bahan tersebut digunakan dalam bilik darjah.

MLL 303 : MEREKABENTUK BAHAN UNTUK BILIK DARJAH BAHASA MELAYU

CIRI-CIRI PEMILIHAN BAHAN Terdapat banyak ciri yang boleh diambil kira ketika memilih, mengolah dan menyediakan bahan. Bahan-bahan yang disediakan guru perlu menepati ciri-ciri itu. Berikut adalah 8 ciri yang akan diterangkan apabila guru menyediakan sesuatu bahan itu.

1. Mengikut konteks Bahan yang baik merupakan bahan yang mengikuti konteks kurikulum, pengalaman pelajar dan topik/tema pengajaran. Lazimnya, bahan yang disediakan Kementerian

Pendidikan seperti buku teks dan buku aktiviti, contohnya JAUHARI, mengikut konteks kurikulum. Namun, jika guru menggunakan bahan lain, selain buku teks atau aktiviti, maka guru perlu memastikan bahan tersebut mengikut konteks kurikulum dan topik/tema pengajaran supaya dapat merangsang minat pelajar. Guru tidak boleh sewenang-wenangnya memilih dan menyediakan bahan tanpa merujuk kepada sukatan pengajaran yang disediakan pihak Kementerian. Bahan yang mengikut konteks juga turut menitikberatkan objektif pengajaran. Ini membolehkan pelajar memperkembangkan potensi mereka.

Gambar 1: Panduan guru untuk Unit 2.1

Ciri ini perlu ada pada bahan dan harus dihubungkaitkan dengan pengetahuan sedia ada pelajar secara eksplisit. Contohnya dalam Gambar 1, untuk bahagian Memberi Respons, guru perlu tahu latar belakang keluarga pelajar sedikit sebelum meneruskan soal-jawab antara pelajar. Ada pelajar yang tidak mempunyai keluarga yang lengkap mungkin akan berkecil hati. Ada pelajar yang tidak tahu tentang budaya, apatah lagi jika mereka merupakan pelajar bukan Melayu atau pelajar kacukan yang mana pemahaman budayanya sedikit.

2. Merangsang interaksi Bahan yang digunakan guru, selain menepati ciri mengikut konteks, perlu merangsang minda dan menggalakkan komunikasi sesama sendiri, terutama sekali interaksi di luar bilik darjah amat digalakkan. Sama ada pelajar itu seorang Melayu jati atau kacukan, guru hendaklah memastikan bahan yang digunakan dapat menggalak pelajar terus berinteraksi dalam keadaan sebenarnya, bukan hanya direka-reka untuk tujuan pembelajaran sahaja.

Kementerian Pendidikan (MOE). (2011). Jauhari : Panduan Guru (1A Ekspres). Singapura : EPB Pan Pacific : ms16-17.

Gambar 2: Permainan bahasa Peti Ajaib dalam laman Youtube 2

Untuk seseorang pelajar itu menggunakan bahasa secara efektif, guru perlu mengambil kira bagaimana pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan menggunakan bahan yang disediakan. Contohnya, dalam aktiviti permainan bahasa, pelajar boleh

berinteraksi sesama sendiri dan kesannya dapat dilihat selepas tamat aktiviti kerana pelajar akan berbincang mengenainya. Seperti contoh Gambar 2, permainan Peti Ajaib ini tidak dibenarkan komunikasi secara verbal, oleh itu pelajar perlu menggunakan gaya bahasa badan. Oleh itu, guru boleh menggalakkan pelajar berbincang mengenainya selepas tamat permainan bagi mengekalkan pembelajaran yang efektif melalui permainan.

3. Menggalakkan pelajar membina kemahiran dan strategi belajar Satu lagi ciri yang b adalah bahan yang menggalakkan pelajar membina kemahiran dan strategi belajar. Bahan yang memiliki ciri ini, biarpun merupakan bahan yang mudah tetapi mampu membina keyakinan pelajar sehingga pelajar itu dapat bertutur dalam bahasa yang dipelajari.

Pengguna: lizzified06. (2012). Gema Bahasa : Permainan 3 Peti Ajaib. Dipetik 4 Ogos 2013 dari http://www.youtube.com/watch?v=o9GYDFPKXR8

Gambar 3: Memahami teks dalam Buku Aktivti.3

Dalam Gambar 3, ia merupakan bahan yang mudah dan berkesan jika guru membantu pelajarnya mengasah kemahiran bertutur dan membaca melalui bacaan lantang dalam bilik darjah. Masa pengajaran amat terhad, sama ada satu atau dua masa yang diperuntukkan setiap waktu. Agak sukar bagi guru untuk menghabiskan semua objektif pengajaran dalam masa yang singkat. Oleh itu, guru perlu memastikan bahan yang disediakan tidak kurang atau tidak melebihi had masa pengajaran. Seandainya bahan yang digunakan kurang dari had masa, guru boleh meluangkan masa selebihnya dengan permainan seperti Gambar 2.

4. Memberi fokus kepada aspek-aspek tatabahasa dan penggunaannya Ciri keempat, bahan yang digunakan haruslah memberi tumpuan kepada aspek-aspek tatabahasa dan penggunaannya. Contohnya, buku aktiviti JAUHARI pasti mengandungi latihan-latihan untuk aspek tatabahasa. Namun, bagi latihan penulisan, biasanya, guru perlu menyediakan bahan tambahan seperti slaid Powerpoint atau nota tambahan supaya mudah bagi pelajar memahami pelajaran.

Kementerian Pendidikan (MOE). (2011). Jauhari : Buku Aktiviti (1A Ekspres). Singapura : EPB Pan Pacific : ms 52-53.

Gambar 4: Latihan tatabahasa dalam buku aktivti.4

Misalnya, dalam gambar 4 ini, pelajar bdiberi masa untuk melatih aspek tatabahasa yang telah mereka pelajari. Melalui latihan, guru memberi ruang kepada para pelajarnya untuk melatih penggunaan tatabahasa. Namun, sewaktu memilih mahupun menyediakan bahan di atas ini, guru perlu terlebih dahulu fikirkan tentang kaitan aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajarnya. Menilai perkembangan atau progres pembelajaran pelajar melalui latihan memerlukan guru memikirkan langkah selanjutnya dalam memantau perkembangan pelajar.

5. Memberikan peluang kepada pelajar menggabungkan kesemua kemahiran bahasa Terdapat empat kemahiran yang diketengahkan pihak Kementerian Pendidikan mendengar, bertutur, membaca dan menulis, yang perlu dikuasai para pelajar. Bahan yang berkesan memberi peluang kepada pelajar menggabungkan semua kemahiran bahasa dalam satu pembelajaran. Sewaktu memilih dan menyediakan bahan, guru hendaklah fikirkan

tentang keperluan belajar pelajar-pelajarnya. Bahan yang disediakan menggabungjalinkan


4

Kementerian Pendidikan (MOE). (2011). Jauhari : Buku Aktiviti (1A Ekspres). Singapura : EPB Pan Pacific : ms 68-69.

lebih dari satu kemahiran.

Gambar 5: Slaid pembentangan Prezi merupakan salah satu wadah yangberbeza. 5

Kemahiran membaca dan menulis tidak harus dilihat secara terpisah. Bahan yang dapat menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran yang ditetapkan akan mewujudkan satu trategi pembelajaran yang lebih bermakna.6 Dalam buku teks dan aktiviti JAUHARI, pelajaran disusun mengikut unit dan setiap unit pembelajaran memberi fokus pada aspek-aspek bahasa dan linguistik yang berbeza-beza. Contohnya, Gambar 5 mempunyai ciri yang boleh

memberi peluang kepada pelajar menggabungkan sekurang-kurangnya dua atau lebih kemahiran.

6. Harus autentik Bahan yang disediakan oleh guru harus autentik, bermakna asli dari segi teks. Memandangkan guru mengajarkan tentang aspek bahasa, maka bahan yang dipilih perlu dapat membantu pelajar mendengar, melihat dan membaca seperti penutur jati. Pelajar akan mudah faham kerana penggunaan bahasa berdasarkan situasi sebenar. Pelajar akan dapat berinteraksi dengan lebih sempurna kelak.

Prezi. (2010). Karangan perbincangan. Dipetik pada 4 Ogos 2013 dari http://prezi.com/i33uhhmmdawr/karangan-perbincangan/. 6 Qaryafikir. (2008). Kaedah Penyesuaian Bahan Bantu Mengajar. Dipetik pada 3 Ogos 2013 dari http://qaryafikir.wordpress.com/2008/09/11/kaedah-penyesuaian-bahan-bantu-mengajar.html

Gambar 6: Penggunaan video Youtube memberi kesan yang berbeza. 7

Dalam konteks Singapura, tidak berapa berbeza jika guru menggunakan bahan yang dipetik dari bahan Seberang Tambak, melainkan bahan tersebut mengandungi loghat tertentu. Gambar 6 ini merupakan sebuah cerpen KOMSAS untuk pelajar menengah satu. Meskipun tidak ada dialog, gambar ini turut mempunyai hamper kesemua ciri-ciri penting yang lain yang memberi kesan pada pelajar.

7. Harus menarik Bahan yang berkesan juga merupakan bahan yang menarik. Menarik bermaksud bahan tersebut mampu menarik minat serta mengekalkan tumpuan para pelajar dengan ilustrasi dan fon yang sesuai. Buku teks dan aktiviti JAUHARI mengandungi ilustrasi yang berbagaibagai dan fon yang digunakan memadai untuk peringkat sekolah menengah. Jika

dibandingkan dengan buku teks dan aktiviti JENDELA, buku-buku JAUHARI lebih tahan lama kerana mutu kertas yang lebih baik dan tidak mudah terkoyak.

Ghazali Lateh oleh pengguna: nurul565. (2012). Kasut Kelopak Jantung. Dipetik 3 Ogos 2013 dari http://www.youtube.com/watch?v=lCLt29ieeTQ

Gambar 7: Permainan bahasa SAHIBBA.8

Bagi bahan-bahan maujud seperti permainan-permainan bahasa, gambar di atas merupakan satu contoh yang baik. Permainan SAHIBBA, iaitu SCRABBLE veri Melayu, tidak mudah pecah dan jubin-jubin ajbad tahan lasak.

8. Mempunyai arahan yang sesuai Ciri terakhir yang penting ketika guru memilih dan menyediakan bahan, perlulah mempunyai arahan yang sesuai. Arahan ini tidak hanya bagi pelajar, tetapi bagi guru juga. Bahan yang mempunyai ciri ini menjadikan pemahaman pelajar lebih mudah, apatah lagi jika menggunakan kosa kata yang konsisten dan disertakan contoh. Gambar 2, 3, 4 dan 6 mempunyai contoh-contoh arahan yang mudah dan jelas. Pelajar dan guru boleh mengikut arahan tanpa sebarang kekeliruan.

Syarikat Permainan Malaysia (SPM) Sdn. Bhd. (1976). Sahibba. Dipetik pada 4 Ogos 2013 dari http://www.spmgames.com.my/catalog/childrens-games/sahibba

10

MLL 303 : MEREKABENTUK BAHAN UNTUK BILIK DARJAH BAHASA MELAYU

KESIMPULAN Ada banyak ciri yang boleh digunakan untuk mencari, memilih dan menyediakan bahan-bahan pengajaran. Mustahil sesuatu bahan itu menepati kesemua ciri. Kebolehan guru mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih menyerlah dan kreatif.9 Bahan-bahan yang telah disediakan guru akan memenuhi matlamat pengajaran. Namun, bahan yang baik merupakan bahan yang telah diolah untuk kegunaan dalam bilik barjah. Bukan hanya itu, malah guru menggunakan kebijaksaan mereka berkreatif dalam penyampaian, menarik minat pelajar dan menjadikan bilik darjah bahasa Melayu mesra pengguna dan menarik.

Abdul Nasir Haji Paisal. Pemilihan dan Penyesuaian Bahan Pengajaran Bahasa. 2009, http://asengonek.blogspot.sg/2009/11/pemilihan-dan-penyesuaian-bahan.html (Aug 2013).

11

MLL 303 : MEREKABENTUK BAHAN UNTUK BILIK DARJAH BAHASA MELAYU

BIBLIOGRAFI (1994). Teknik Pengajaran Bahasa Malaysia II. Kuala Lumpur : DBP. Abdul Nasir Hj Paisal. (3 Nov 2009). Pemilihan Dan Penyesuaian Bahan Pengajaran Bahasa. Dipetik dari : http://asengonek.blogpot.sg/2009/11/pemilihan-danpenyesuaian-bahan.html Abdullah Hassan. (1993). Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications. _______________. (2008). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing. Ghazali Lateh oleh pengguna: nurul565. (2012). Kasut Kelopak Jantung. Dipetik 3 Ogos 2013 dari http://www.youtube.com/watch?v=lCLt29ieeTQ Hashim Hj. Musa. (1993). Binaan dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj Abdul Aziz. (1997). Pengajian Melayu 2. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan (MOE). (2011). Jauhari : Buku Aktiviti (1A Ekspres). Singapura : EPB Pan Pacific. ____________________. (2011). Jauhari : Buku Teks (1A Ekspres). Singapura : EPB Pan Pacific. ____________________. (2011). Jauhari : Panduan Guru (1A Ekspres). Singapura : EPB Pan Pacific.

Nik Safiah, et el. (2010). Tatabahasa Dewan (edisi ketiga). Kuala Lumpur : DBP. Pengguna: lizzified06. (2012). Gema Bahasa : Permainan 3 Peti Ajaib. Dipetik 4 Ogos 2013 dari http://www.youtube.com/watch?v=o9GYDFPKXR8 Prezi. (2010). Karangan perbincangan. Dipetik pada http://prezi.com/i33uhhmmdawr/karangan-perbincangan/. 4 Ogos 2013 dari

Qaryafikir. (11 September 2008). Kaedah Penyesuaian Bahan Bantu Mengajar. Dipetik dari: http://qaryafikir.wordpress.com/2008/09/11/kaedah-penyesuaian-bahan-bantumengajar.html Ramli Hj. Salleh. (1995). Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

12

Rohani Ramadzan. (17 April 2011). Pemilihan Bahan Internet Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Dipetik dari http://rohaniramadzanbmm3105.blogspot.sg/2011/04/tajuk-4-pemilihan-bahan-internetuntuk.html Shahabuddin Hasim, et. el. (2003). Pedagogi : Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Pahang : PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.

Syarikat Permainan Malaysia (SPM) Sdn. Bhd. (1976). Sahibba. Dipetik pada 4 Ogos 2013 dari http://www.spmgames.com.my/catalog/childrens-games/sahibba Wan Dhia. (19 July 2011). Pemilihan Bahan Internet Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Dipetik dari http://cikguwandhia.blogspot.sg/2011/07/pemilihanbahan-internet-untuk.html

13

You might also like