Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
23Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
jerebu

jerebu

Ratings: (0)|Views: 3,063 |Likes:
Published by H.J.KUNG

More info:

Published by: H.J.KUNG on Sep 01, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/07/2012

pdf

text

original

 
1.0 PENGENALAN
Sejak zaman dahulu lagi isu jerebu yang berpunca daripada pencemaran alamsekitar ini telah menjadi bahan wacana masyarakat. Hal ini disebabkan oleh impak  pembangunan dari segi kualiti hidup dan ia sering dikaitkan dengan faktor pencemaran,contohnya kajian impak pembangunan terhadap kualiti kehidupan di bandar KualaLumpur.Hal ini kerana proses kehidupan di bandar lebih terdedah kepada risiko impak  pembangunan yang negatif berbanding di kawasan luar bandar. Malah, bandar merupakan pusat tamadun manusia yang memerlukan pemantauan tahap kualiti hidup yang berterusan kerana terdapat pelbagai masalah alam sekitar yang mengiringi setiap pembangunan, salah satunya ialah masalah jerebu.Jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selaindaripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepadamanusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang. Keadaan atmosferadikatakan berjerebu sekiranya terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatanyang tinggi dan kandungan kelembapan yang rendah . Ini menyebabkan jarak penglihatanmenjadi kabur atau kurang jelas. Di kawasan tropika, kelajuan angin biasanya perlahan.Bagi tempoh-tempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udarasangat berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkancuaca kering. Tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan pencemaran ke udara sama ada daripada punca tempatan atau luar negara akanmenyumbang kepada pembentukan jerebu.Hal ini termasuklah kandungan udara tulen yang wujud dalam keadaan yang lebihdari kandungan sepatutnya. Jerebu ini merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujudsecara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang,asap kenderaan dan asap pembakaran juga adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu.Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan danterapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampaike permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan danmenurunkan kadar penglihatan.Jerebu telah menjadi satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketikadahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepadanegara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kilang dan jumlah kenderaan yang banyak menjadi penyumbang utama kepada fenomena ini. Selain daripada itu keadaancuaca juga memburukkan lagi keadaan, dimana pada tahun 1997, negara telah dilandafenomena El- Nino yang membawa cuaca kering dan panas berpanjangan. Jumlah hujanmenurun dan negara mengalami masalah bekalan air dan penurunan tekanan air. Antaradaerah yang mengalami masalah ini di Sabah ialah daerah Kota Merudu, Kota Belud danKudat.
 
2.0 PUNCA-PUNCA JEREBU /PENCEMARANUDARA
2.1 Pembakaran
Kejadian jerebu yang paling teruk dialami pada tahun 1997 adalah disebabkanoleh pembakaran terbuka oleh negara jiran. Negeri Sabah telah terjejas teruk akibatdaripada fenomena ini. Pembakaran terbuka di Kalimantan nyata telah membawa padahapabila api sukar dikawal dan menjilat sebahagian besar kawasan hutan. Oleh keranaKalimantan agak berdekatan dengan Sabah maka penduduk semakin cemas dan langkah berjaga-jaga telah dilakukan. Asap akibat daripada pembakaran tersebut telah meliputinegeri Sabah dan menyebabkan keadaan semakin teruk. Negeri tersebut terpaksamenghantar bantuan kepada Kalimantan dan Indonesia untuk memadam kabakaran.Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri telah menghantar 80 orang anggotanya untuk tujuan tersebut. Pembakaran ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada negara kitamalah negara-negara lain yang berdekatan seperti Thailand, Singapura, Brunai danFilipina juga tercemar dengan teruk. Hasil pembakaran ini telah menghasilkan gasKarbon Monoksida iaitu gas yang sangat merbahaya dan boleh membawa maut jikadihidu dalam suatu jangka masa yang panjang.
Sumber: Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak Darul Ridzuan
2.2 Pembakaran Bahan Api
Pembakaran bahan api seperti arang dan minyak juga adalah punca utama pencemaran udara Bahan api juga adalah bahan organik dan mempunyai unsur karbon.Oleh itu, pembakaran yang kurang lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Arangadalah suatu bahan yang mengandungi sulfur. Apabila terbakar sulfur akan berpadudengan oksigen di sekeliling menghasilkan sulfur dioksida melalui persamaan:S + 2O2-----------SO4
 
Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap diudara dan membentuk asid sulfurus. Selain itu, karbon dioksida juga berpadu dengan ionhydrogen dan membentuk asid karbonat.
Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan
2.3 Proses Perbandaran
Selain itu, wujudnya masalah jerebu ini adalah ekoran daripada proses urbanisasi yangtelah menggalakkan perkembangan sesebuah bandar dan wujudnya lokasi-lokasi perindustrian yang menyediakan peluang pekerjaan. Masalah ini wujud ekoran daripada proses pertambahan penduduk samada secara semulajadi atau migrasi. Jadi pertambahan bilangan perindustrian yang terdapat di sesebuah bandar akan menghasilkan impak positif dan negatif terhadap kehidupan masyarakat moden kini.
Pelepasan Asap Hitam Dari Cerobong KilangSumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan
Selain itu, pertambahan perindustrian juga banyak membawa bahan pencemar yang akan dilepaskan oleh industri melalui proses pembakaran bahan api. Sekiranya bahan pencemar ini tidak dikawal, kehidupan manusia akan terjejas kerana manusia berada di sekeliling kehidupan alam sekeliling yang tercemar seperti pengeluaran asapdari kilang, gas beracun, asap, debu dan sebagainya. Oleh yang demikian, hasil daripadakeadaan ini akan membahayakan kesihatan manusia kerana bahan pencemar tersebut

Activity (23)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Rendi Aja liked this
Huey Huey Nee liked this
Archana Archu liked this
Mirr Comey liked this
Sarah Azlan liked this
Christine Tan liked this
peggy_ng_2 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->