You are on page 1of 7

SIMPULAN & IKATAN

BUKU SILA Menyambung dua tali halus yang sama besar. Mengikat kain anduh semasa pertolongan cemas. SIMPUL BUNGA GETI Menyambung dua tali yang sama besar dan tidak sama besar. Mengikat tali ke suatu tanjul

SIMPUL MANUK Mengikat tali ke tiang. Simpul ini tidak akan terlungsur. Memulakan dan mengakhirkan Ikat Seraya, Ikat Silang Gunting, dan Lilit Kacang / Ular.

SIMPUL HIMPIT Menyambung dua tali yang sama besar khasnya tali pancing. Menyambung dua tali yang licin. SIMPUL PULIH Untuk memendekkan tali Menguatkan bahagian tali yang lemah Menegangkan tali yang kendur setelah keduadua hujungnya diikat. SIMPUL BUNGA GETI GANDA Untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar. Untuk menyambung dua tali yang licin.

SIMPUL TINDIH KASIH Simpul penyelamat untuk menyelamatkan orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan.

LILIT BALAK Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah. Untuk menarik balak atau kayu. Untuk memulakan ikat serong. LILIT TAUT-LINE Untuk mengikat tali khemah ke pancang atau tali ke tiang supaya ia dapat dikendurkan atau ditegangkan. IKAT SERAYA Untuk mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang.

LILIT DUA SIMPUL Mengikat hujung tali ke tiang, pokok, gelong atau tali yang lain supaya tidak terlucut.

LILIT PEMATI BIASA Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu Nampak kemas dan tidak terbuang.

IKAT SERONG Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang.

TINDIH KASIH GANDA Simpul penyelamat untuk menyelamat orang dan dua tanjul itu boleh diubah untuk kesesuaian orang sakit

SIMPUL ABAH-ABAH Untuk membuat tanjul ditengah-tengah tali. Tanjul itu dimasukkan keliling dada dengan tujuan untuk menarik sesuatu barang. Untuk membuat tali tangga.

SIMPUL KERUSI Untuk menurunkan orang dari bangunan atau juram dengan memasukkan tanjul yang kecil di keliling dada dan tanjul yang besar di keliling kaki atau di pelipat lutut. BELIT LUCUT Untuk mengikat tali k e tiang atau dahan dan membukanya dengan senang.

SIMPUL NGAH Untuk membuat tanjul (gelung) ditengah tali sesuai untuk pendaki bukit. Saiz tanjul boleh diubah mengikut kekesuaian orang itu.

TINDIH KASIH AIR Untuk mengelakkan simpul daripada mengetat atau mudah lucut bila ditarik dalam air.

LILIT PASDUL Untuk membuat tangga. Untuk mencabut kayu pancang yang terbenam terlalu dalam dalam tanah.

LILIT TINDIH KEJAP Untuk mengikat hujung tali yang kasar ia tidak mudah melurut apabila ditarik dari iringan.

LILIT PEMATI SELIT Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang.

LILIT TONG Digunakan untuk mengikat tali ke tong atau kotak supaya ia mudah diangkat.

IKAT SILANG GUNTING Untuk menyambung dua batang kayu/buluh bagi membuat kaki yang bersilang. Untuk menyambung kayu supaya menjadi panjang. Untuk menguatkan batang kayu yang lemah.

LILIT KACANG/ULAR Digunakan untuk mengikat batangbatang kayu/ buluh bagi membuat lantai untuk sesuatu gadjet atau projek.

SIMPUL KEPALA LALAT Untuk mencegah hujung tali daripada bercerai.

IKATAN PENGAIL Ikatan ini kuat dan kukuh. Ia sesuai digunakan untuk mendaki bukit atau untuk Abseiling / Rapelling

SAMBAT BALIK Untuk mencegah hujung tali daripada bercerai. Dimulakan dengan kepala lalat dan kemudia teruskan dengan anyaman balik.

IKAT SILANG TUNGKU Untuk mengikat tiga batang kayu/buluh yang sama besar.

You might also like