Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
sejarah permainan congkak

sejarah permainan congkak

Ratings: (0)|Views: 558 |Likes:
Published by sayapelajar

More info:

Published by: sayapelajar on Sep 02, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/19/2012

pdf

text

original

 
Latar belakang
Congkak yang dipercayai berasal daripada duniaAfrikaatauArab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, buktitertua yang dijumpaioleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan
 National Geographic
menjumpaikepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000  hingga7000 SMdi masa kiniJordan. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asiamelalui pedagang-pedagang Arab.Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dariMelakamemandangkannegeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayaisampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai
warri
atau
awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama
congklak 
 , di Filipina,
sungka
.
Pada zaman dahulu, hanya golonganistanabermain congkak denganmenggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hariini, congkak dimainkan di seluruh dunia.Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web diinternet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagaimaklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam talian.
Asas permainan
Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buahcongkak. Papan congkak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat
 
lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-duahujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papancongkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm.Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akanmengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak kedalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati.'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemainyang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong.Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemainyang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalamgiliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salahseorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggapkalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dankembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".
Peraturan permainan
 
Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:
1.Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakandengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampungdengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.2.Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkandalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemainhendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri.Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengankampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampungtersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.3.Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain bolehmeneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak dimana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampungkosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawanboleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.4.Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpungiliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akanberpindah kepada pihak lawan.5.Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampungdengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, iadianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain padapusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengakukalah.
Perbezaan peraturan
Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan lubangdan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa perbezaan dari segi peraturan.Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak bermulaserentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.
Cara membuat congkak 

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nor Mimihaazimah liked this
anneaini liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->