You are on page 1of 1

Kek Gula Hangus Bahan-bahannya: 1 cawan Tepung gandum 1 cawan Susu pekat 4 biji Telur 1 s/k Esen vanilla

1 s/k Bikarbonat soda 1 s/k Baking Powder Untuk membuat Gula Hangus 1 cawan Gula pasir 1 cawan Air panas 2 s/b Butter

Masukkan gula ke dalam kuali dan masak sehingga menjadi perang (biarkan gelap sedikit, tetapi jangan sampai hangus). Setelah itu masukkan air panas (masukkan sedikit dahulu dgn hati-hati kerana ianya akan meletup sedikit). Akhir sekali masukkan butter dan kacau sehingga butter cair. Ketepikan dan biarkan sejuk. Ayakkan tepung gandum bersama bikarbonat soda dan baking powder. Ketepikan. Pecahkan semua telur ke dalam mangkuk dan dikacau menggunakan whisk tangan (tidak perlu menggunakan mixer kerana ianya boleh menyebabkan kek menjadi kering). Setelah itu masukkan susu pekat dan gaul lagi sehingga sebati. Setelah itu masukkan tepung sedikit demi sedikit (sila gunakan senduk) jika adunan tidak larut, maksudnya masih ada ketulan tepung, jangan risau, teruskan dengan meletakkan esen vanila dan seterusnya gula hangus tadi. Kacau sehingga sebati. Oleskan loyang dengan butter. Sebelum dimasukkan ke dalam loyang, tapiskan adunan tadi dan masukkan ke dalam loyang yang telah dioleskan dengan butter tadi. Tutup dengan aluminium foil, kalau boleh diikat sekeliling untuk mengelakkan dari wap masuk. Biarkan adunan yang sudah bertutup tadi lebih kurang 2-3 jam untuk mendapatkan lubang 'sarang semut' :) Setelah 3 jam baru lah di kukus selama 1 jam. **tips: 1. gula tu boleh dikacau, dont worry, biarkan atas kuali gunakan senduk kacau pun boleh biarkan sampai gelap, jgn risau, rasa dia akan sedap rasa gula dah hangus mcm rasa coklat. warna dia akan hitam. kalau nak lagi hitam, sis pernah cuba tambah 2 s/k koko plus air panas sikit and tuang, lagi sedap rasa dia... 2. pukul telur jgn lama....dia akan keringkan kek, pukul sekadar telur kuning pecah n rata dah mencukupi sbb nanti kita kacau lagi bila masuk susu n tepung kan...and masa masukkan susu n tepung pun jgn kacau bayk sgt, hasilnya kek akan lembab n lembut.....lagi satu tip ialah aluminium foil mesti nak tutup loyang kek tu, kalau letak kain pada penutup pun tak dapat secantik klu letak alumuminium foil pada loyang

You might also like