You are on page 1of 1

KELAB PENDIDIKAN MORAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS RAJANG (IPGMKR)


96500 BINTANGOR, SARAWAK

Rujukan Tuan :
Rujukan Kami :IPGMKR/23/07/009/ Jld 17( 43 )
Tarikh : 24 Julai 2009

Ketua Unit Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling,


Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Rajang,
96500 Bintangor,
Sarawak.
(u.p.: Encik Mohammad Ali Bin Mohammad Iskandar)

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa kelab kami akan mengadakan ceramah motivasi


seperti berikut;

Tarikh : 15 Ogos 2009


Tempat : Dewan Kenanga
Masa : 8.00 Pagi - 4.30 Petang

3. Sehubungan itu, pihak kelab memohon jasa baik pihak tuan untuk menghantar
pegawai pihak tuan sebagai penceramah bagi memberi motivasi kepada peserta kursus kami
iaitu seramai 50 orang.

4. Bersama-sama ini disertakan jadual aktiviti untuk rujukan tuan.

5. Kerjasama dan bantuan pihak tuan dalam hal tersebut amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

..........................................
NANCY ANAK BARANG
Pengerusi
Kelab Pendidikan Moral
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Rajang,IPGMKR
96509 Bintangor, Sarawak

s.k. Guru Penasihat


S.u Kelab Pendidikan Moral

You might also like