Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
21Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
profesion keguruan bukan pilihan

profesion keguruan bukan pilihan

Ratings: (0)|Views: 763 |Likes:
Published by ainnor

More info:

Published by: ainnor on Sep 03, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/03/2014

pdf

text

original

 
Profesion Keguruan Bukan Satu Pilihan. Kesan-kesan?
1.0Pendahuluan
Profesion keguruan merupakan satu kerjaya yang mulia di sisi agama danmendapat pengiktirafan yang tinggi oleh masyarakat di negara ini. Kerjaya sebagaiseorang guru ini juga merupakan salah satu mercu tanda tahap ilmu, ekonomi, politik dansosial yang dimiliki oleh sesebuah negara. Guru bermaksud orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Guru merupakan salah seorang daripada anggotasekolah yang melibatkan diri secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum, program pendidikan, disamping membentuk sahsiah serta kelakuan pelajarnya yang sejajadengan nilai dan norma masyarakat. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat denganmutu pendidikan dalam beberapa segi seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaranumpamanya akan mempengaruhi sikap, minat dan nilai pelajar (Drs. Syaiful BahriDjamarah 2000:29). Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran yang berlangsung di sekolah turut memberi pengaruh yang besar terhadap tingkah laku, tahap penerimaan terhadap sesuatu ilmu dan kefahaman pelajar dalam pembelajaran.Pendidikan perguruan memainkan peranan penting bagi pencapaian matlamat pendidikan sesebuah negara. Guru merupakan individu yang memainkan peranan untuk memberi fokus kepada pemerolehan kemahiran dan ketrampilan di samping keperluanmenerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar sekolah. Guru semakin dianggap bertanggungjawab untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan di kalangan pelajar sama ada dari aspek mental mahupun moral.1
 
 Namun begitu, terdapat segelintir individu yang telah mencemarkan kemuliaan profesion keguruan ini apabila memilih jawatan sebagai seorang guru bukan satu profesion pilihannya. Individu inilah yang telah mencemarkan kemuliaan profesionkeguruan apabila menjawat jawatan sebagai seorang guru dan mengajar di sekolah-sekolah kelak. Mereka tidak akan berjaya dalam kerjaya mereka yang diceburi iaitusebagai seorang guru. Sebelum kita membincangkan tajuk ini dengan lebih lanjut, kita perlu memahami makna kerjaya itu terlebih dahulu. Kerjaya merupakan dua perkataanyang digabungkan menjadi satu perkataan iaitu kerja dan jaya (Drs. Syaiful BahriDjamarah 2000:29). Kerja bermaksud usaha untuk mendapatkan jawatan dan tugas-tugasyang dapat menghasilkan pendapatan manakala jaya bermaksud hasil atau kejayaan yangdiperolehi setelah sesuatu pekerjaan dilakukan. Seorang guru yang memilih kerjayasebagai seorang guru disebabkan faktor terpaksa hanya akan bekerja dan tidak akan pernah untuk berjaya di dalam setiap tugasan yang diberikan. Keadaan ini akanmenimbulkan kesan negetif yang terpaksa dipikul oleh pihak sekolah, pelajar, ibubapadan kerajaan. Terdapat banyak kesan-kesan negetif akan berlaku jika seseorang individumemilih kerjaya guru bukan profesion pilihannya.2.0
Kesan-kesan2.1 Kualiti Kerjaya Sebagai Guru Menurun
Individu yang memilih profesion keguruan ini sebagai kerjaya pilihan yang utamaakan meningkatkan kualiti profesion keguruan ini di mata masyarakat. Mereka akan berkerja keras bagi memastikan objektif setiap pekerjaan yang dilakukan adalah untuk meningkatkan tahap pendidikan pelajar di bawah jagaannya dan sekaligus mendapat2
 
 pengiktirafan masyarakat. Kerja keras dan semangat bekerja yang diberikan olehgolongan guru ini akan meningkatkan kualiti martabat keguruan ke tahap yangsepatutunya seiring matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian PendidikanMalaysia. Guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra, bertimbang rasa,kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil, periang dan berdedikasiakan mencerminkan personaliti diri seseorang guru itu untuk menjadi pendidik yangsejati. Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan gurumencapai prestasi yang tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada seseorang guruakan mewujudkan pengajaran yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkankesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar.Manakala, kesan yang kita dapat lihat daripada tindakan individu yang memilih profesion keguruan ini sebagai kerjaya bukan pilihannya ialah kualiti kerjaya sebagaiseorang guru akan menurun. Seorang guru yang berkualiti mestilah mengutamakantanggungjawabnya terhadap ilmu, kebajikan dan keselamatan pelajarnya (Mok SoonSang 2002:61). Mereka yang memikul tanggungjawab sebagai seorang guru disebabkanfaktor terpaksa tidak akan bertanggungjawab terhadap ilmu yang dimiliki, menjagakebajikan dan keselamatan pelajar yang berada di bawah jagaannya. Keadaan ini akanmenyebabkan kesan yang negetif yang akan dilihat oleh masyarakat sekeliling kepada bidang pekerjaan sebagai seorang guru (Prof. Dr. S. Nasution
 
1995:61). Kesan negetif iniakan menimbulkan prasangka yang tidak baik oleh masyarakat terhadap kerjaya sebagaiseorang guru. Masyarakat tidak akan mempercayai tugas seorang guru sebagai pendidik 3

Activity (21)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Abdul Azeem liked this
Abdul Azeem liked this
shessd liked this
nusthe2745 liked this
Saufi Wahab liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->