You are on page 1of 5

Dari Sudut Metafizik

Metafizik merupakan salah satu cabang utama ilmu falsafah. Ia membincangkan


mengenai hakikat vealiti, kewujudan dan dunia yang sebenarnya yang di luar alam biasa
atau yang tidak kelihatan. Oleh yang demikian, dari sudut ini mazhab idealisme percaya
semua realiti dapat dipindahkan ke dalam bentuk fikiran dan kerohanian. Konsep
metafizik ini mendapat nama dari perkataan Greek iaitu ʻϻєґá’ (meta) yang membawa
maksud ʻselepas’ dan ʻphysika’ bermaksud ʻmengenai alam’, ia merujuk kepada sebuah
karya purba mengenai alam oleh Aristotle.

Pada dasarnya metafizik merupakan cabang ilmu falsafah yang berkisar mengenai
persoalan tauhid atau ilmu ketuhanan. Sebagai contoh, kita sebagai umat islam
mempercayai bahawa tuhan itu merupakan sesuatu yang wujud dan ia ada di mana-mana.
Sementara itu kita tidak dapat melihat kewujudan Tuhan itu dan kita masih mempercayai
bahawa Allah itu wujud dan kekal selama-lamanya. Selaras dengan kehendak FPK
(Falsafah Pendidikan Kebangsaan) yang ingin menghasilkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan tanpa mengira kepada jenis agama yang dianuti oleh rakyatnya.
FPK juga dirangka selaras dengan elemen yang terdapat di dalam rukun negara iaitu
setiap rakyat mestilah mempercayai kepada wujudnya Tuhan. Setiap agama di muka
bumi ini juga mempercayai wujudnya Tuhan pencipta akan semesta sejajar dengan fitrah
kejadian manusia itu sendiri.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga bertujuan untuk menghasilkan insan yang


berilmu, berfikiran kreatif dan rasional, berakhlak mulia serta berkeupayaan memberi
sumbangan kearah kemakmuran masyarakat dan negara. Sama seperti konsep yang
terdapat di dalam mazhab idealisme, aspek metafizik juga merupakan pada persoalan
realiti yang mengkehendaki supaya manusia berfikir mengenai sifat semula jadi manusia
dan semua benda hidup di muka bumi. Selama mana manusia tahu menggunakan akal
fikiran dan berfikir tentang keadaan di sekeliling serta berusaha untuk memperbaiki mutu
kehidupan mereka boleh dikatakan telah memberi sumbangan kepada masyarakat di
sekeliling mereka. Di dalam mazhab idealisme aspek metafizik juga mengutarakan
tentang hakikat kewujudan. Persoalannya di sini bagaimana seseorang insan atau manusia
itu dapat menjaga hubungan dengan kewujudan benda di sekelilingnya, tidak kira sama
ada hubungan itu merupakan hubungan manusia dengan manusia, hubungan manusia
dengan alam atau hubungan itu merupakan hubungan antara manusia dengan
penciptanya. FPK juga menekankan tentang individu juga mempunyai tanggungjawab
dalam menjaga hubungan baik dan mesra antara sesama manusia bagi memupuk
perpaduan rakyat Malaysia. Ini telah dilaksanakan melalui program-program yang telah
dijalankan merentas kurikulum seperti yang terbaru adalah program 1 Malaysia yang
amat menitikberatkan tentang aspek-aspek perpaduan rakyat di negara kita.

Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk haruslah mempunyai satu dasar


pendidikan yang releven kepada semua etnik yang terdapat di Malaysia dan perlu
menyediakan peluang pendidikan kepada semua warganya tanpa mengambil kira etnik
dan asal keturunan. Ini merupakan realiti yang perlu diambil kira oleh pihak pemerintah
dalam merangka dasar-dasar dalam pendidikan di Malaysia. Mazhab idealisme juga
mengetengahkan aspek hakikat realiti yang membincangkan tentang sifat-sifat realiti
supaya melaluinya sesuatu kesempurnaan itu dapat dicapai sepenuhnya. Sebagai contoh
kewujudan alam semester ini adalah satu realiti kepada wujudnya Allah sebagai Tuhan
yang menciptanya. Jadi sebagai pengikut atau umat islam kita wajib percaya dan beriman
kepada kewujudan dan kekuasaan Allah pencipta sekalian alam. Menyedari bahawa
negara Malaysia mempunyai warganegara yang berbilang etnik, pihak pemerintah telah
menyediakan peluang pendidikan yang seluas-luasnya kepada rakyat dengan
mengwujudkan prasarana pendidikan berbilang aliran seperti aliran Cina, India dan
Kebangsaan serta tidak menyekat sesuatu etnik itu daripada menerima pendidikan
melalui mana-mana aliran tersebut.
Aspek metafizik di dalam mazhab idealisme juga membincangkan tentang
dimanakah tempat manusia di dunia ini. Manusia berada di puncak hieraki dalam alam
ini, ini adalah disebabkan manusia ditugaskan untuk mentadbir alam ini. Manusia
merupakan penghuni bagi planet bumi pada masa yang sama mereka juga diperintahkan
untuk mengurus dan mentadbir bumi dan tidak melakukan kerosakkan ke atas muka
bumi. Manusia juga dikurniakan kebijaksanaan dalam menjaga hubungan baik diantara
manusia dengan alam sekitar. Manusia akan bertanggungjawab di atas segala tindakan
yang mereka lakukan di atas muka bumi. Segala tindakan yang dilakukan ditanggung
oleh mereka sendiri. Sebagai contoh apabila manusia melakukan pencemaran dengan
menebang hutan, meneroka tanah dan sebagainya maka suhu bumi akan meningkat
menunjukkan sebagai respon kepada manusia yang mencemarkan alam sekitar. Akibatnya
ais di kutub bumi akan mencair dan paras laut akan meningkat dan seterusnya pulau-
pulau kecil yang mempunyai penempatan dan hidupan akan tenggelam. Jadi manusialah
yang bertanggungjawab ke atas segala perlakuan mereka terhadap bumi.

Di dalam FPK juga terdapat unsur kepimpinan yang diterapkan supaya setiap
insan dididik agar menjadi manusia dan rakyat yang bertanggungjawab terhadap tindakan
yang mereka ambil dan kesannya kepada masyarakat sekeliling dan alam sekitar. Dengan
adanya nilai-nilai murni ini, seseorang individu yang dihasilkan menerusi perlaksanaan
yang berpaksikan kepada FPK akan menjadi individu atau insan yang lebih praktikal.
Oleh yang demikian, ia akan menghasilkan persekitaran yang lebih harmoni dan lebih
selesa kepada manusia dan kehidupan. Menyedari bahawa manusia adalah sebagai
pentadbir di muka bumi ini dalam mazhab umum barat, terdapat persamaan dalam FPK
yang juga dirangka untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat


majmuk dan mempunyai pelbagai variasi budaya dan nilai hidup melalui dasar
pendidikan kebangsaan ini adalah amat wajar bagi mencapai matlamat negara untuk
menjadi sebuah negara yang maju dalam tahun 2020. Status negara maju tidak mungkin
dapat dicapai tanpa rakyat yang berilmu, berketrampilan serta memenuhi ciri-ciri insan
yang dihasilkan mengikut acuan FPK. Golongan pendidik merupakan golongan yang
menggerakkan dasar-dasar pendidikan yang telah digubal oleh pihak pemerintah bagi
menghasilkan modal insan yang berkualiti dan memenuhi pasaran kerja sama ada
diperingkat nasional atau diperingkat global.

Mazhab idealisme juga berkisar tentang perkembangan mental iaitu salah satu
sifat manusia yang dikurnniakan akal untuk berfikir. Ahli falsafah mazhab ini yang
terkenal iaitu Plato ( 427-347 S.M ) juga merupakan seorang pemikir yang hebat dan
dikenali melalui hasil karyanya yang agung iaitu The Republic. Beliau mengatakan
bahawa manusia dijadikan tuhan dengan kebolehan untuk belajar. Bagi beliau
pengetahuan sebenar ialah hasil taakulan kerana melalui proses taakulan seseorang dapat
melihat bentuk kerohanian yang sebenar sesuatu benda atau sesuatu perkara. Sebagai
contoh, kejadian siang dan malam yang berlaku silih berganti. Pada zaman dahulu ahli
astronomi berpendapat bahawa fenomena ini berlaku akibat daripada pergerakan matahari
yang mengelilingi bumi yang bergerak dari timur ke barat. Setelah ahli astronomi
mengkaji dan membuat penyelidikan akhirnya mereka mendapati bahawa kejadian siang
dan alam ini adalah berpunca daripada putaran bumi pada paksinya arah barat ke timur.
Dasar FPK juga amat jelas tentang menghasilkan warganegara yang berilmu dan
berketrampilan. Pelbagai pendekatan yang digunakan sama ada diperingkat perancang
dan perlaksana, ini adalah termasuk kelengkapan prasarana dan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif tidak kira sama ada di peringkat awal pembelajaran
mahupun di peringkat tertinggi. Ini adalah merupakan hasrat yang perlu diterjemahkan
melalui perlaksanaan dasar pendidikan yang berlaku sepanjang hayat ( life long learning).
Hal yang demikian berlaku kerana perkembangan dan pertumbuhan manusia dan juga
disarankan di dalam agama sebagaimana telah disabdakan oleh Rasulaallah S.A.W,
bahawa menuntut ilmu adalah fardhu ke atas orang muslim.
Mazhab umum barat juga banyak membincangkan tentang kegunaan akal untuk
mencari kebenaran pada tingkat teratas iaitu tentang kewujudan tuhan. Ianya pandangan
yang berkisarkan tauhid atau kewujudan satu kuasa yang memerintah sekelian alam ini
adalah berlandaskan kepada semua agama yang wujud di dunia ini yang mempercayai
tentang kewujudan pencipta. Mereka juga membincangkan tentang kehebatan akal yang
digunakan untuk berfikir, mencipta satu satu teori yang akhirnya dapat dibuktikan dan
digunakan sehingga hari ini. Sebagai contoh, Sir Isaac Newton yang melihat sebiji epal
yang jatuh ke bumi bukan sebagai satu fenomena biasa dan berfikir mengapa epal itu
jatuh ke bawah dan mesti ada satu daya yang menyebabkan ianya jatuh ke bawah. Setelah
melakukan taakulan maka terbitlah satu formula bagi daya yang masih kita guna pakai
sehingga ke hari ini iaitu F=ma. Berbalik kepada perhubungan mazhab umum ini dengan
FPK yang mana ianya juga berkaitan dengan pembangunan potensi akal manusia,
matlamat FPK juga ingin menghasilkan individu yang berilmu, iaitu menguasai segala
ilmu yang telah sedia ada serta berupaya mengembangkan ilmu tersebut sejajar dengan
keperluan dan kehendak masyarakat, negara dan dunia amnya.

FPK juga bermatlamat menyediakan modal insan yang berkualiti, ini bermaksud
setiap individu yang dihasilkan dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah individu
yang cenderung untuk menimba segala ilmu sepanjang hayat mereka, tidak kira sama ada
secara formal ataupun tidak formal. Setelah kita teliti dan fahami tentang matlamat dan
kehendak FPK, ianya adalah selaras dan mempunyai banyak persamaan dengan mazhab
idealisme barat terutamanya yang berkisar tentang aspek metafizik yang mana
membincangkan tentang perkembangan akal fikiran dan potensi manusia untuk berfikir
tentang konsep alam, ketuhanan dan konsep alam semulajadi. Aspek metafizik juga
mengutarakan tentang konsep akal dan yang pada pengikat tertinggi adalah peringkat
dimana ianya berkisar tentang kewujudan tuhan yang mana ianya hanya dapat dijawab
dengan kita menyelami ilmu keagamaan dengan lebih dalam kerana ilmu wahyu ini
perlulah disulami dengan ajaran tauhid dan bukanlah dengan taakulan akal fikiran dimana
jika kita menggunakan akal fikiran dalam menyelami ilmu ketuhanan ini nescaya kita
akan jauh tersesat.

You might also like