You are on page 1of 3

PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 REFLEKSI DIRI PEMBANGUNAN SAHSIAH KUMPULAN V SEMESTER 2 2011/2012 NAMA NURUL HUSNA BT MOHD

YUSOF NO MATRIK D20112056394

NAMA PENSYARAH : EN NUZSEP ALMIGO

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Sebelum saya memulakan bicara, ingin saya memperkenalkan diri terlebih dahulu. Saya, Nurul Husna Bt Mohd Yusof , D20112056394. Pada 25 Mac yang lalu saya telah menghadiri kem pembangunan sahsiah yang bertempat di Dewan SITC, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kursus ini telah dijalankan bermula seawal jam 7 pagi dan telah berakhir pada jam 6 petang. Saya dapati terdapat kelebihan dan kekurangan dalam diri saya ini. Kursus ini juga telah meninggalkan kesan yang positif dalam diri saya ini dan dapat membantu saya dalam memperbaiki diri ini melalui slotslot yang terdapat dalam kem ini. Melalui kem ini kita dapat mengenali diri kita sama ada kita mudah mempercayai orang atau sebaliknya dalam mempercayai orang lain . Selain itu kita juga dapat mengetahui saya ini seorang yang mudah mempercayai orang lain dan sikap ini harus dikawal pada keadaan tertentu untuk kebaikan diri saya.saya harus melatih diri agar tidak terlalu mudah untuk mempercayai orang lain. Selain itu, melalui permainan yang terdapat dalam kem ini kita dapat melihat bagaimana kita menyayangi rakan kita. Seandainya kita hanya acuh tidak acuh dalam aktiviti ini kita dapat melihat cara kita menyayangi rakan kita. Kita akan melakukan setiap perkara yang disuruh dengan bersungguh-sungguh jika kita menyayangi rakan kita. Ini kerana bukan setiap masa kita dapat meluangkan masa sebegini bersama rakan kita. Pada masa sebegini kita mendapat peluang unutk melihat dengan lebih dekat dan rapat rakan kita. Saya juga mendapati melaui kem ini saya dapat melihat sama ada saya ini seorang yang ingin berfikir secara jauh atau tidak.. saya mendapati diri saya seorang yang suka berfikir secara logik tanpa berfikir panjang dan lebih selesa untuk berada dalam tahap keselesaan diri saya.

Bukan itu sahaja, saya juga merasakan melalui kem ini dapat memupuk semangat setiakawan dan semangat bekerjasama terutamanya aktiviti yang melibatkan aktiviti berkumpulan. Kaedah yang digunakan untuk memastikan kami sentiasa terikat itu merupkan satu idea yang bijak oleh fasilitator kerana dengan cara tersebut setiap ahli kumpulan bekerjasama dan bersatu terutamanya dalam aktiviti explorace agar tidak saling menyakiti antara satu sama lain. Kami semua berjaya menamatkan aktiviti ini dengan jayanya. Di sini saya dapat mempelajari semangat setiakawan dan semangat berpasukan. Saya juga melihat saya seorang yang mudah berkomunikasi dengan orang lain tetapi saya akan menjadi seorang yang pendiam pada awal perkenalan dan agak pasif ketika dalam aktiviti berkumpulan. Saya seorang yang lambat menyesuaikan diri dengan orang yang berada di sekeliling saya. Melalui kem ini juga saya dapati sebagai manusia kita seharusnya tidak mudah mempersendakan orang lain dan mudah mentertawakan orang lain. Hal ini kerana setiap orang mempunyai perangai dan gelagat yang tersendiri. Kelainan inilah yang mencorakkan dunia ini dan membuatkan seseorang individu itu unik dan istimewa dalam kalangan masyarakat. Oleh itu kita seharusnya menghargai orang-orang di sekeliling kita.. Kesimpulan yang dapat saya ulaskan daripada apa yang saya perolehi dalam program kem pembangunan sahsiah ini adalah setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri individu itu termasuk saya.. Setelah mengetahui kelemahan dan kekuatan diri saya, saya dapat menggunakan kelebihan saya kepada pelajar saya dan kelemahan yang ada saya akan memperbaiki diri yang lemah ini demi anak bangsa yang mempunyai masa depan yang cerah.. Hal ini kerana sahsiah guru yang sekian lama menjadi sanjungan masyarakat perlu dijaga supaya menjadi ikutan dan contoh yang baik bagi menjaga reputasi dan profesion perguruan.

You might also like