Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
96Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Jurnal - Keganasan Rumahtangga Terhadap Wanita

Jurnal - Keganasan Rumahtangga Terhadap Wanita

Ratings:

3.0

(1)
|Views: 11,277|Likes:

More info:

Published by: siti mastura binti md radzi on Sep 03, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

08/08/2013

pdf

text

original

 
 Malaysian Journal of Public Health Medicine 2002, Vol. 2(1): 58-64
 
ORIGINAL ARTICLEKEGANASAN RUMAHTANGGA TERHADAP WANITA : PREVALEN DAN FAKTOR -FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA DI KALANGAN WANITA DI JABATANPESAKIT LUAR
 Norasikin M.
1
 
ABSTRAK
Satu kajian irisan lintang mengukur prevalen keganasan rumahtangga dan faktor-faktor yangmempengaruhinya di kalangan pesakit wanita di Jabatan Pesakit Luar Hospital Pontian telah dijalankan.Sampel kajian dipilih secara rawak sistematik pada bulan September 1998 hingga April 1999. Kajianmengunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh reponden. Hasil kajian menunjukkan prevalenskeganasan rumahtangga bagi tempoh satu tahun adalah 16.8% dan prevalens keganasan rumahtangga bagitempoh sepanjang hayat adalah 35.1%. Kajian menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antarakeganasan rumahtangga dengan faktor seperti umur, taraf perkahwinan, status pekerjaan, umur semasaberkahwin, sokongan moral daripada suami dan keluarga serta pengetahuan, sikap dan tindakan terhadapkeganasan rumahtangga. Peratus mangsa adalah tinggi di kalangan umur dibawah 20 tahun, bujang, bekerja,tidak mendapat sokongan moral daripada suami atau keluarga, sikap dan tindakan yang negatif sertaberpengetahuan rendah mengenai tempat mendapatkan bantuan. Faktor peramal yang signifikan menyumbangkepada keganasan rumahtangga dikalangan bujang adalah melakukan tindakan yang negatif dalammengendalikan masalah keganasan rumahtangga dan di kalangan berkahwin adalah perkahwinan pada usia yang muda (<25 tahun), tiada sokongan moral daripada suami dan melakukan tindakan negatif dalammengendalikan masalah keganasan rumahtangga.
 Kata kunci:
prevalen keganasan rumahtangga, mangsa keganasan, faktor mempengaruhi, faktor peramal
 
ABSTRACT
 A cross sectional study to measure the prevalence of domestic violence and the factors associated with it amongwomen who seek treatment at Hospital Pontian Out Patient Department was carried out in September 1998 until April 1999. The study sample was chosen through systematic random sampling. A total of 370 women between15 to 49 years were selected and the response rate was 100%. The Results show the one year prevalence rate of domestic violence was 16.8% and life- long prevalence of domestic violence was 35.1%. Studies showssignificant difference between the prevalence of domestic violence by age, marital and working status, age at marriage, knowledge, attitude and action to be taken toward domestic violence. Percent of victim is higher among women less than 20 year old, single, still schooling, negative attitude and action towards abuse and lessknowledge of place for seeking help. Factor that contribute significantly toward domestic violence among singlewomen is the lack of positive action in dealing with violence and among married women are early marriage(<25 year), lack of positive action in dealing with violence and lack of moral support from husband and family.
 Key words:
prevalence of domestic violence, mangsa keganasan, associated factors, contributing factors
 
PENGENALAN
Didapati kadar mortaliti dan morbiditi yangbermakna telah dikaitkan dengan keganasanrumahtangga, tetapi hanya segelintir wanita mangsakeganasan rumahtangga dapat dikesan semasamenerima rawatan di unit kecemasan, jabatanpesakit luar, di klinik ibu mengandung dan klinik -klinik swasta
1.
Prevalen keganasan rumahtangga diAmerika Syarikat adalah 28%, di New Zealandadalah 20.1%, di Korea adalah 37.5% , di Jepun
1
Pejabat Kesihatan Daerah Pontian, Johor 
 adalah 58.7% dan di Costa Rica adalah 54%
2
.Manakala kajian di Malaysia mendapati 39%daripada wanita berumur 18 tahun keatas pernahdipukul oleh suami atau teman lelaki
3
. Walaubagaimanapun kajian yang dijalankan sebelum iniadalah keatas orang ramai, di unit kecemasan dandikalangan mangsa keganasan rumahtangga yangmendapat perlindungan dipusat -pusat perlindungan.Tiada kajian yang dijalankan di jabatan pesakit luar.Oleh itu kajian prevalen keganasan rumahtangga danfaktor - faktor yang mempengaruhinya dikalanganwanita dijabatan pesakit luar dijalankan untuk mengetahui trend keganasan rumahtangga dan58
 
 Malaysian Journal of Public Health Medicine 2002, Vol. 2(1): 58-64
 supaya langkah- langkah pencegahan dan kawalanserta rawatan yang berkesan dapat dilakukan.
METODOLOGI
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk keratanrentas yang dijalankan pada bulan September 1998hingga April 1999. Populasi sasaran adalah terdiridari wanita yang berumur 15-49 tahun yangmenggunakan perkhidmatan Jabatan Pesakit LuarHospital Pontian dan warganegara Malaysia.Seramai 370 wanita dipilih sebagai sampel danpenentuan saiz sampel mengunakan Perisian EpiInfo versi 6 (CDC Atlanta) dengan saiz populasisasaran 53080 orang (anggaran bilangan penduduk wanita berumur 15 - 49 tahun di daerah Pontian) danprevalen yang dijangkakan 39%
3
dan aras keertian5%. Pemilihan sampel mengunakan persempelanrawak sistematik. Pengumpulan data mengunakanborang soal selidik yang di isi sendiri olehresponden setelah penerangan diberikan. Soal selidik adalah gabungan soalan yang digunakan oleh kajian-kajian lain
3,4,5
Soal selidik mengandungi faktordemografi, sosioekonomi, sejarah reproduktif sertapengetahuan, sikap dan amalan dikalanganresponden. Keganasan rumahtangga yang digunakanadalah sebarang tindakan ganas terhadap wanita olehpasangannya atau ahli keluarga sama ada dalambentuk penderaan fizikal, seksual atau psikologiyang dilakukan di khalayak ramai atau tersembunyiyang dilapurkan oleh responden. Data dianalisamenggunakan program SPSS versi 8 (SPSS Inc.).Pengetahuan, sikap dan tindakan terhadap keganasanrumahtangga diukur menggunakan sistem skor.Terdapat 7 soalan berkaitan dengan pengetahuan(skor maksima adalah 7 dan pengetahuan rendahskor < 6), 6 soalan untuk sikap yang mana skormaksima adalah 24 (sikap negatif skor <18) dan 7soalan untuk mengukur tindakan yang mana skormaksima adalah 28 (tindakan negatif skor<21).Ujian t digunakan untuk menguji skor sikap, skortindakan dan skor amalan diantara mangsa danbukan mangsa keganasan rumahtangga. Ujian khikuasa dua digunakan untuk menguji taburan faktordemografi, sosioekonomi dan sejarah reproduktif antara mangsa dan bukan mangsa. Ujian regresilogistik digunakan untuk menguji kesan faktor risikoyang bermakna. Aras keertian yang digunakanadalah p<0.05. Faktor yang dikaji adalah sepertiberikut keganasan rumahtangga (0=mangsa,1=bukan mangsa), taraf perkahwinan (1=tidak berkahwin, 0=berkahwin), umur semasa berkahwin(1=<24 tahun, 0=24 tahun keatas), pengetahuantempat rujukan (1=rendah, 0=tinggi), sikap terhadapkeganasan rumahtangga (1=negatif, 0=positif) dantindakan terhadap keganasan rumahtangga (1=negatif, 0= positif).
HASIL KAJIAN
Seramai 370 responden mengambil bahagian dalamkajian ini. Kadar respon adalah 100%. Umurresponden adalah diantara 15 hingga 49 tahun . Minumur responden adalah 31.2 ± 9 tahun. Dalamkajian ini terdapat 295(79.7%) orang respondenMelayu, 48(13%) Cina dan 27(7.3%) India. Darisegi taraf perkahwinan didapati seramai 268(72.4%)daripada responden adalah berkahwin, 91(24.6%)adalah bujang, 5(1,4%) adalah janda dan 6(1.6%)adalah bercerai atau kematian pasangan. Dari segitaraf pendidikan didapati taraf pendidikan rendah(tiada sekolah/sekolah rendah) adalah 18.4%, taraf pendidikan sederhana (sekolah menengah) adalah67.2% dan tinggi (diploma/universiti)adalah 14.4%.
Prevalen keganasan rumahtangga
Prevalen mangsa keganasan rumahtangga untuk tempoh satu tahun adalah 16.8 % (62 orang).Prevalen keganasan rumahtangga dalam tempohsepanjang hayat adalah 35.1% (130 orang).Prevalen keganasan rumahtangga untuk tempohsepanjang hayat yang paling tinggi adalah penderaanpsikologi sahaja (11.6%) diikuti dengan kombinasipenderaan fizikal dan psikologi (11.1%) danpenderaan fizikal sahaja (10.5%). Ianya juga samadengan bagi tempoh satu tahun (Jadual 1).
Sifat keganasan rumahtangga
Penderaan fizikal yang paling tinggi adalahditampar, dipukul dan ditendang. Penderaan mentalyang tinggi adalah dimaki, dicemuh dan diherdik manakala penderaan seksual yang utama adalahdipaksa melakukan hubungan seks (Jadual 1).
Hubungan ciri-ciri demografi, sosioekonomi dansejarah reproduktif dengan keganasanrumahtangga
Dari segi demografi didapati peratus mangsakeganasan rumahtangga adalah tinggi dikalanganbangsa India berbanding bangsa lain, umur kurangdaripada 20 tahun, dikalangan bujang danpendapatan keluarga antara RM500-RM1000(Jadual 2). Sejarah reproduktif didapati peratusmangsa adalah tinggi dikalangan yang berkahwindengan umur kurang 20 tahun, mempunyai anak 3-4orang, umur mengandung anak pertama kurang dari20 tahun (Jadual 3). Hanya faktor umur, taraf perkahwinan, status pekerjaan dan umur semasaberkahwin terdapat perbezaan yang signifikan(P<0.05) 59
 
 Malaysian Journal of Public Health Medicine 2002, Vol. 2(1): 58-64
 
Jadual 1: Sifat keganasan rumahtanggaSifat keganasan rumahtangga Mangsa dalamsatu tahunBil (%)Mangsa sepanjanghayatBil (%)
Penderaan fizikalDitampar/ dipukul/ ditendang(guna tangan/ rotan/penyapu/kayu)Dibaling dengan objek Dicekek Dibakar/ dicucur puntung rokok/ sterikaDihentak kepala kedinding( n= 40)28(70.0)16(40.0)4(10.0)2 (5.0)-(n=86)57(66.3)23(26.7)8 (9.3)5 (5.8)7 (8.1)Penderaan psikologiDimaki/dicemuh/diherdik Diasingkan/tidak bebas bergerak Diancam/diugut(n=44)30(68.1)17(38.6)12(27.3)(n=87)50(56.8)25(39.8)12(13.6)Penderaan seksualDipaksa melakukan hubungan seksDiperlakukan kekerasan semasahubungan seks(n=5)3(60.0)2(40.0)(n=7)4(57.1)3(42.9)
Jadual 2: Hubungan faktor demografi dan sosioekonomi dengan keganasanrumahtangga (n=370)Ciri-ciri demografi Mangsa (n=62)Bil (%)Bukan mangsa (n=308)Bil (%)Nilai P
BangsaMelayuCinaIndia46(15.6)7(14.6)9(33.3)249(84.4)41(85.4)18(66.7)P>0.05Umur<20 tahun20 - 29 tahun30 - 39 tahun40 - 49 tahun17(27.4)14(22.6)15(24.2)16(25.6)35(11.4)101(32.8)100(32.5)72(23.3)P<0.05Taraf perkahwinanBerkahwinBujangJandaBerpisah/ cerai36(58.1)25(40.3)0(0.0)1(1.6)232(75.4)66(21.4)5(1.6)5(1.6)P<0.05Taraf pendidikanRendah (sekolah rendah / tidak bersekolah)Sederhana(sekolah menengah)Tinggi (diploma/ijazah)8(12.9)47(75.9)7(1.2)60(19.5)201(65.2)47(15.5)P>0.05Purata pendapatan keluarga<RM500RM500 -RM 1000>RM10007(1.2)27(43.6)28(45.2)23(7.5)103(33.4)182(59.1)P>0.05Status pekerjaanBekerjaSuri rumahtanggaTidak bekerjaBersekolah35(56.4)13(22.6)1(1.6)12(19.4)168(54.5)108(35.1)7(2.9)23(7.5)P<0.0560

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->